Monday, June 29, 2009

kutu tak dengar MJ

kutu tak dengar michael jackson(MJ)... itu adalah ungkapan
mereka-mereka yang mengaku diri mereka adalah kutu
pada tahun 1984.. tahun zaman kegemilagan MJ dengan album
yang diagung-agungkan Thriller keluaran pada tahun 1983..
dan sebelum majlis anugerah Grammy feb 1984..
media eletronic saban hari memutarkan
lagu MJ yang tiga itu(thriller, beat it dan billie jean) hingga
nak muntah para kutu termasuk aku..

bila keputusan grammy keluar(seperti diduga) MJ mengungguli
dengan 8 grammy.. semua ketegori yang dia dicalon menang
kecuali song of the year yang dimenangi oleh the police dengan
every breath you take.. the police adalah sebuah kumpulan
yang didengar sebahagian kecil kutu.. terubat sikit luka kutu..

sebenarnya pada tahun 1980an itu merupakan tahun zaman
peralihan muzik para kutu.. ianya bermula disekitar tahun
1978 bila musik blues diangkat oleh kutu menjadi muzik
rasmi para kutu.. mengantikan muzik rock yang dipelopori
oleh led zeppelin dan deep purple serta lain2..

dan sekitar tahun 1981 bob marley dengan muzik reggae
tiba-tiba muncul dengan lebih kutu lagi.. menyebabkan
ramai kutu meninggalkan blues dan bernaung dibawah
muzik reggae.. dan diwaktuyang sama arus baru muzik rock
muncul dengan iron maiden, ac/dc,def leppard, white snake,
rainbow dsn.. dan kutu dah menjadi berbelah bagi..
hasilnya kutu pun berpecah menjadi 3 kumpulan..
1. kekal dengan blues
2. reggae dengan gelaran rastaman
3. rock(yang menukar nama jadi mat rock)..

pada masa ini aku menjadi kutu yang berasingan dan memisahkan
diri dari taksub pada ketegori tertentu.. lalu aku memilih untuk
mendengar muzik yang tersendiri oleh artiste yang mencipta muzik
yang berlainan dengan genre mereka sendiri.. aku mula mendengar
dengan lebih matang dengan memilih bukan sahaja muzik
tapi senikata yang mendalam.. maka munculah pink floyd..
walau bukan kumpulan yang baru tapi muzik mereka adalah
terasing dari yang lain.. sebelum itu ada dire straits
yang mengabungkan muzik country, rock dan blues dengan
petikan gitar yang berbunyi hampir seperti piano..
dan the police yang mengabungkan reggae, jazz, blues dan
rock dan menghasilkan muzik yang unit dan segar sepanjang masa..

disamping itu aku terus mencari artiste yang lain untuk
diminati namun sehingga sekarang masih tiada
walaupun genesis dan yes dapat sedikit menarik hati
namun tidak dapat menandingi yang tiga disebut tadi..

perlu disebut di tanah melayu aku ada wakil yang dibanggai
iaitu m nasir dan wakil indon ebiet g ade..

beberapa tahun lepas semasa bekerja di kemaman aku terpaksa
memandu selama lebih 2 jam sehari berulang alik dari kuantan ke
kemaman.. untuk mengisi kebosanan semasa memandu
aku telah membuat satu uji kaji yang bodoh(memang tiada
yang cerdik dapat di buat semasa 2 jam dalam kereta)
tapi menarik.. aku mengkaji antara lagu-lagu kegemranku
..yang mana boleh bertahan paling lama bila didengar berulang kali..
lagi dan lagi.. kebanyakannya hanya bertahan selepas
3-4 kali ulang saja sebelum kebosanan tiba..

namun ada satu lagu yang aku tahan dengar berulang kali..
bermula dari kemaman hingga ke kuantan lebih 10 kali ulang..
tanpa rasa boring.. dan lagu itu aku angkat menjadi juara dalam
uji kaji ini.. lagu itu ialah...



so lonely - the police(Outlandos d'Amour|1978)

disini kutu mengambil kesempatan memohon berbanyak kemaafan
pada kamu MJ kerana selama ini kutu selalu menggutuk kamu
..bukan apa pun kutu cuma agak jealous kat kamu dengan
segala perhatian yang kamu dapat.. no hard feeling ok dan
kalau betul kamu dah peluk islam... al fatihah & RIP..

Thursday, June 25, 2009

intensity in tense city












inten-city #43|acrylic on canvas|koleksi michael barrett|


semalam sedang aku duduk dan minum
lewat petang berseorangan direstoran hasan
berhampiran dengan rumah.. aku terkejut dengar takbir raya..
biar betul.. rupanya ia datang dari rancangan mari berteranum.. di tv 9..

ustaz yang mengajar tu menyanyikan contoh satu jenis lagu
dalam penglaguan pembacaan al quran.. takbir raya adalah contoh lagu itu..
dia memberikan mood yang sayu dan sedih.. kemudian dia
menyanyikan pula takbir raya dengan beberapa nada lagu yang lain..
'macammana' tanya ustaz tu pada anak muridnya..
'tak sampaikan maksud tujuan dan tidak melahirkan rasa sayu dan sedih'..

ya Allah.. Kau yang mensyariatkan takbir dipagi raya
tidak lain kecuali untuk menaikkan semangat jihad..
lihatlah umatmu ditanah melayu ini.. bersedih dengan takbir raya
yang mendayu-dayu.. teringat mak ayah, teringat datuk nenek,
teringat kekasih asmara dana dan lain-lain kesedihan..
tak kira pas tak kira amnu..

tapi yang pelik, kesedihan tu tak pula menghilangkan
selera makan seperti kebiasaan bila orang bersedih..

salah satu pekara yang aku akan tukar kalau aku jadi
raja ditanah melayu ni.. tukar lagu takbir dengan nada takbir
para mujahidin yang sedang menuju medan peperangan..
Allahu Akbar.!!!

dan azan pun aku nak tukar jugak.. biar azan
dengan nada yang memanggil dan mengajak
umat sembayang berjemaah
seperti maksud sebenar azan.. bukan azan sebab
nak beritahu masuknya waktu sembayang..

aku pun dah lama tukar menu makanan di pagi raya..
tak ada rendang.. tak ada ketupat.. tak ada lemang..
kalau kau orang datang rumah aku hari raya..
ada nasi ayam, dengan sayur-sayur yang banyak..
ada mee soto.. ada pizza.. pendek kata semua menu
yang tak berapa sama dengan orang.. asal anak aku suka
dan perut aku tak meragam.. itulah aku buat.. juga kuih-kuih kering
pula aku tukar dengan buah-buahan..
anggur, epal, tembikai, pisang dsn..

aku nonton jugak mari berteranum di tv 9..
sampai habis.. anak siapa yang comel-comel tu..

Monday, June 22, 2009

sentuh siti sikit














gambar diatas diambil dari satu cerita tentang datuk siti(datuk siti mana lagi!) didalam NST ahad 21hb lepas.. ada kumpulan soalan-soalan yang diringkaskan dan jawaban balas siti pada soalan itu yang lebih ringkas.. oleh kerana paper ini dalam BI soalan dan jawapannya mesti dalam BI juga kan..

saya terpanggil untuk ulas hal ini bukan sebab saya peminat..
tidak juga saya membenci.. saya tak ada apa-apa dengan siti..
tapi ada beberapa perkara yang saya tidak faham tentang soalan dan jawapannya..

soalan 1

orang tu tanya "sister siti sairah or siti saida" siti jawab " my mum, siti salmah"
apa sebenarnya orang tu tanya.. saya agak.." which of your sister do you closer to, siti sairah or siti saida".. adakah siti tak faham soalan bila dia jawab my mum siti salmah.. memanglah semua orang tahu dia sayang dan rapat dengan mak dia.. tak tanya pun orang tau..

berhati-hati menjawab soalan lebih-lebih soalan dari wartawan.. belum kira soalan dari peguam.. orang boleh buat macam-macam andaian dari jawaban yang kita beri..

soalan 2

"bad boy or boy-next-door".. saya rasa soalan panjang dia berbunyi " Whom do you attract to, a man with a bad boy image or man with the boy-next-door image"..
siti jawap "bad boy".. ini seperti membuka pekong didada suami sendiri ni.. jangan gitu.. tipu sikit apa salahnya.. untuk menjaga suami.. jawapan yang tak macam siti.. bad boy dalam bahasa orang putih bukan makna budak nakal ia agak lebih dasyat maknanya dari budak jahat dalam bahasa melayu.. siti tak faham agaknya.. datuk k bad boy, woooo kinky..

soalan 3

pass

soalan 4

"diamonds or luxury watch"... siti suka daimonds.. siti dalam bab ni memang kurang pengetahuan.. kebanyakan jenama jam 'super' seperti patek philippe, breguet, cartier, bovet, bsn(sekadar memberi beberapa nama) biasanya bertatahkan berlian pada jam mereka.. tapi berlian bukalah yang menyebabkan mereka mahal tapi design, 'workmanship' dan enjin jam itu punya complication.. jam yang harga 1 juta misalnya kalau dibuang berlian dia masih berharga sekitar 700,000.. tapi berlian yang dibuang tadi di berli oleh habib jewel akan dijual dengan harga kurang dari 100,000 ribu.. kalau pilih jam siti dapat jam dan berlian dengan harga yang jauh lebih mahal.. malangnya siti pilih berlian.. ruginya.. kalau sesak-sesak pun.. jam lebih senang dijual berbanding belian semata.. kalau siti nak berlajar beli jam jumpa saya..

soalan 5-11

pass

soalan 12 & 13

sebenarnya soalan 12 adalah soalan 13 begitu juga sebaliknya.. ianya telah ditukar turutannya.. ini tidak lain supaya tidak mengaibkan datuk siti.. sebab ianya tidak menjadi kebiasaan orang bertanya bergitu..
biasanya orang mesti tanya pasukan dulu kemudian baru tanya permain.. saya agak ini soalan trick dari wartawan saja nak mainkan siti.. so bunyinya agak begini..
"which team do you support man united or liverpool"
"liverpool"
"which of the liverpool player do you like to watch, ronaldo or beckham"
"ronaldo"

tak mungkin siti seorang yang mengikuti atau arif tentang EPL.. dia kata liverpool kerana datuk k minat liverpool(berani potong).. kerana datuk k remaja zaman 70an.. sebab di zaman tu(kecuali saya) semua orang adalah penyokong liverpool.. siti adalah remaja zaman eric cantona dan beckham, dia jadi harus sokong man united kalau dia ikut EPL.. berhati-hati menjawab soalan..

soalan 14

pass(apa punya soalan ni dan apa punya jawaban) patutnya wartawan ni dah kena pelempang.. kalau tak maknanya siti tak tau apa itu G-string..


Friday, June 19, 2009

radio ga-ga-l









three trees| watercolor| koleksi peribadi|

apa cerita dan apa khabar radio-radio di tanah melayu..
aku dah agak lama tidak dengar radio..
aku percaya masa yang paling banyak antara kita
dengar radio adalah semasa memandu..
masa ini pun aku tidak dengar juga.. apa lagi masa dirumah..

dulu aku selalu minum petang di kedai kak kiah..
dia memang sentiasa pasang radio..
bukan pulak aku minum kat situ sebab nak dengar radio
tapi sebab karipap kak kiah sedap..
kak kiah biasanya pasang saluran radio
yang paling aku tak suka.. aku tak pasti nama salurannya..
tapi yang aku pasti radio tu banyak lagu hindustan..
dan dj dia memang pakar tentang lagu-lagu hindustan..
itu aku kagum.. dia betul buat dia punya homework..
tapi benci betul cara bongkaknya menyampaikan
pengetahuannya tentang lagu2 hindustan..
seolah-olah tiada yang lebih penting dari itu..

ada juga masa aku rasa nak dengar radio..
aku buka era.. ada lapuran trafik..
jalan sini sesak.. jalan sana merangkak..
aku tukar hotfm.. ada pendengar sedang memberi
satu pendapat..aku tak nak dengar pendapat pendengar
yang telepon radio sebab dia suka telepon radio dan
dia teruja sebab dia berjaya mengalahkan
pemanggil lain dan panggilannya berjaya
menembusi dan didengar..dia bukan telepon sebab
dia ada pendapat yang bagus untuk dikongsi..

aku tukar suria.. lagi lapuran trafik.. oi orang lepeh!
oi orang marang! oi orang gua musang! dengor sini..
kay-el sesok tau.. jalan jam merata-rata........!!
orang lepeh, orang marang, orang gua musang
perduli apa jalan KL jam.. orang KL pun dah lali..
jam ke tak jam ke mereka tetap akan tempoh..
ngabih ke beras je.. lapuran trafik dilapur
sebab ke memang tak ada benda dah nak lapur..

aku tukar sinar..lagu rock leleh..
kerana sebab lagu dia ada gitar goreng
dia kata dia rock.. kuat betul mat-mat rock bercinta yek..
goreng gitar macam hard rock.. lagu cinta
mendayu meleleh-leleh.. rock kepala hotak dia.. aku tukar
pahang fm.. propoganda dalam loghat pahang..
aku tukar muzik fm..ada lagu siti.. suara sedap..
tapi bukan selera aku.. memang aku cerewet
dengar lagu.. lagu aku tak minat aku tak dengar sampai habis..
aku tukar lagi.. lite fm.. john lennon lagu imagine..
aku dengar sampai habis..lepas tu lagu ghostbuster..
aku tukar traxx.. wah! the police.. every breath you take..
aku dengar sampai habis.. tapi sebanyak-banyak
lagu the police yang sedap-sedap, mereka bila buat keputusan
putar lagu the police mereka akan pasang lagu ini lagi dan lagi..
mujurlah lagu the police tiada yang boring..

hati ini terubat juga.. kemudian keluar pulak
lagu rap hiphop.. ceh!.. cepat-cepat aku tukar.. sakit telinga..
aku pun tutup terus radio..capai keset m nasir..
album sang pencinta.. dibeli oleh seorang sahabat
dan paksa aku bayar.. sebab m nasir aku tak kesah..
aku bayar saja..walau pun aku kecewa dengan
lagu-lagu dari album ini.. aku dengar juga sebab
hampir semua radio ditanah melayu bukan selesa aku..

bertahun-tahun ditimur tengah dan mendengar BBC..
selera aku terhadap radio menjadi terlalu tinggi
untuk dipenuhi oleh saluran radio tanah melayu..

Tuesday, June 16, 2009

yang pelik dan tidak pelik












masjidilaqsa| koleksi puan latifah othman|


bagi aku ada beberapa perkara yang pelik
(yang aku tak pernah buat) berlaku dalam masyarakat kita..
dan aku tiada menemui jawapan..

1. selalu aku jumpa di restoran-restoran
tomyam orang-orang.. satu kumpulan atau
satu keluarga makan besar selepas jam 12 mlm..
sedangkan mereka akan pulang untuk tidur.. pelik.

2. aku pelik bila orang-orang berduyun-duyun disetiap
pasar-pasar malam.. membeli berbagai-bagai makan bagailkan
esok akan tiada lagi makanan..

3. (dipasar malam juga)orang menjadi pelik bila
aku membeli seplastik beg penuh buku-buku
terpakai.. sedangkan orang lain membawa
berpuluh beg plastik semuanya makanan.. pelik.

4. orang sanggup bayar seketul ikan patin
rm45.. walaupun sedap dan aku pun suka
tapi dengan duit sebanyak tu aku boleh ke beserah
dan beli ikan baru naik untuk makan seminggu untuk satu
famili.. pelik.

5. orang sanggup menghabiskan duit minyak
untuk pergi 40km dari kuantan ke pekan
semata-mata kerana nak makan murtabak sedap
kata mereka.. pelik

6. aku pelik orang makan sarapan dengan
nasi dan lauk pauk.. sedangkan mereka nak kepejabat
bukan nak kebendang..

kerana itu aku tak pelik sekarang ramai orang
muda-muda mati kerana serangan jantung..

apa yang dibayar

nasi lemak daun pisang

teh tarik halia gelas besar

roti telor bawang

nescafe ais


char kueh teow cili potong

kopi o ais kaw


mee goreng mamak

kopi tongkat ali tambah susu


apa yang dibayar..

kelaparan atau kematian


abu yusof
00:18 130308
(sajak ini ada dimuat dalam blog a.j. bulan ogos)

Friday, June 12, 2009

1991












rush hour| watercolor on paper| koleksi peribadi|


Tanggal 27hb oktober 1991, jam 10 pagi,
bertempat di Masjid Greenwood,
telah berlangsung satu upacara akad nikah.

Bakal bapa mentuaku dengan mengenggam erat tanganku
(bakal menantunya) melafazkan,
"aku nikahkan dikau Azhar binti Othman orh.. silap."
"Semula," kata wali hakim.
"Aku nikahkan dikau errrr."
"Tarik nafas dan selawat," kata wali hakim lagi.
"Aku khawinkan dikau azhar.."
"Nikah," tegur wali hakim.

Tangan bakal bapak mentuaku yang ada
dalam genggamanku, kurasakan berpeluh.
"Aku nikahkan dikau Azhar bin Othman dengan anakku
Sha.. err Soleha.. ishhhh."
"Semula," ulang wali hakim
"Kalau tak boleh minta wali hakim je buat," tegur seseorang.

Bakal bapak mentua aku tidak perduli. Dia teruskan juga.
Hinggalah lafaz kali yang ke 12 barulah menjadi, dan pernikahan
aku dan isteriku disahkan oleh para saksi.

Begitulah sukar dan berazamnya seorang bapa,
melepaskan anak perempuan yang satu-satunya.

Kalau arwah ayahku masih hidup dan
menyaksikan peristiwa ini pasti dia
kagum. Kerana secekal-cekal dia pun
tak berani mengakad-nikahkan walau seorang dari
5 orang anak perempuannya.

Rasa kasih, hormat dan kagum aku pada
bapak mentuaku bermula disaat itu.
Sehiggalah dia menghembuskan nafasnya
yang terakhir pada 25hb oktober 2003.

Dan keesokan harinya pada 26hb oktober 2003,
kami memperolehi seorang penganti kepada beliau.
Anak aku yang ke 5 dilahirkan. Juga dihospital yang
sama dia mennggal dunia.

Aku menamakan anakku itu Abdullah,
mengambil sempena nama datuknya Abdul Jalil bin Abot.

Aku pernah menghadiahkan bapak mentuaku sebuah
jam tanganTitoni, tapi tak pernah aku lihat dia memakainya.
Dia tetap dengan jam Seiko lamanya.
Bila ditanya oleh isteriku kenapa dia tidak pakai jam itu.
"Sayang" jawapnya sepatah.

Semasa berita tentang seorang kanak-kanak
mati didera oleh bapanya sendiri, sekitar tahun
90an, sedih dan terkesan dengan berita itu,
bapa mentuaku telah menelefon kami minta
bercakap dengan cucunya.

Aku bersyukur kerana mempunyai seorang
bapak mentua yang baik dan penyayang pada
anak menantu dan cucu-cucunya.

Aku percaya ada ramai bapak-bapak
mentua yang baik diluar sana.
Tapi tak ramai aku rasa yang berani mengenggam
tangan bakal menantunya dan melafazkan sendiri
lafaz akad, sedangkan dia tahu yang dianya seorang
yang berdarah gemuruh.

Abah, kami anak-beranak amat
merindui abah.

Semuga Allah mencucuri rahmat keatasnya. Amin.

p/s: Nak mengesahkan cerita akad nikah diatas
boleh tanya Abdullah Jones. Dia pun ada sama.

Tuesday, June 9, 2009

1983









masjid besar kuantan | koleksi mohd anwar, ktn |



1983..

suatu hari semasa masih belajar di itm
aku telah membeli kaset pink floyd aku
yang pertama.. album terbaru dan terakhir
mereka - the final cut(1981)..

dan album ini terus menduduki
tangga no 1 dalam carta pilihan aku..

dan menjadi rutin aku untuk
beberapa hari kemudian setiap kali selepas kelas
aku akan mengurung diri dan berbaring
ditengah-tengah bilik memasang kaset ini
dan menikmati setiap lagu mereka dari
mula sampai akhir..
kegilaan aku pada muzik pink floyd bermula
disini..

dan tak lama selepas itu aku mula
membeli setiap album mereka yang
terdahulu..

rupa-rupanya album the final cut itu
bukanlah album mereka yang terbaik..
aku menjadi bertambah-tambah teruja
mendegar lagu-lagu mereka dari
album-album yang terdahulu;
* meddle(1971)
* dark side of the moon(1973)
* wish you were here(1975)
* animal(1977)
* the wall(1979)

orang dibelakang kehebatan pink floyd adalah
pemain bass, penyanyi dan penulis sebahagian besar
lagu-lagu mereka; roger waters..

pada tahun 1992 sempena runtuhnya
tembok berlin.. roger yang sejak 1985 menarik
diri dari pink floyd telah mengadakan konsert
terbesar dalam sejarah(300,000 penonton)

semalam aku telah membeli akbar metro
buat pertama kalinya untuk sekian lama..
kerana ada berita mengenai roger waters
mengencam israel kerana tembok tebing barat antara
kata-katanya...

"It's actually very, pretty depressing,
coming back here three years later and seeing that
the political situation has changed very little.
There are more settlements, there has been more grabbing of land,
and it's actually quite depressing to witness.
When you stand in front of an edifice like this,
whether it's here or outside a township in South Africa,
or in the Warsaw ghetto during the second world war or
in Berlin in the '60s and '70s, there's something you know instinctively,
this is wrong. This is a bad thing. This is wrong.
This is not helping anybody, this thing"
- roger waters speaking to reporter at aida refuggees camp in palestine..

dia juga menyatakan kekesalan
mengadakan konsert di israel pada 2006
dan berjanji akan buat konsert yang besar
kalau israel merobohkan tembok tersebut..

dan dia juga berjanji melakukan
sesuatu untuk penduduk ramallah
walaupun masih belum mempunyai
apa-apa idea untuk itu..

semuga dia ikhlas lalu dianugerahkan
hidayat.. amin..

wish you were here..
satu lagu roger waters kegemaranku..

Saturday, June 6, 2009

1998









taman kerang | 25" x 33"| acrylic on paper| koleksi mohd anwar|

pagi ini aku buat keputusan
untuk membersih tong sampah..
seperti kata seorang pegawai
majlis perbadaran kuantan
dalam satu majlis "jangan jadikan
tong sampah kamu sampah"..

jadi teringat kata-katanya itu..
aku sentiasa menjaga tong sampah
aku supaya sentiasa bersih..

sudah lebih 15 tahun tong sampah aku ini..
tapi masih elok dan nampak macam
baru lagi..

aku punya tong sampah ini amat istimewa..
ianya tidak sama dengan tong sampah
orang lain.. warnanya merah tidak hitam..
bersegi tidak bulat.. beroda dan boleh digerak
dengan mudah tak seperti orang lain punya..

ia menjadi mercu tanda di kawasan perumahan aku..
sesiapa yang hendak kerumah aku untuk pertama kali
pasti mudah mencari.. "rumah no. 20 ada tong sampah
berwarna merah" merupakan standard panduan
aku pada mereka..

tong sampah kesayangan aku ini
mempunyai nilai sentimental yang tinggi..
ianya akan mengingatkan aku
yang aku satu masa dahulu ada sebuah
restoran yang paling besar dan cangih
di kuantan..

ia merupakan salah satu barang-barang
dari tinggalan restoran itu yang aku
tidak jual selepas aku terpaksa
tutup kedai disebabkan gawat tahun 1998

selepas aku keluar dari premis itu
ramai orang berebut-rebut untuk
berniaga disitu..

namun selepas 9 tahun aku meninggalkan
premis itu dan peniaga silih berganti
(peniaga terakhir adalah seorang mamak..)
sejak 2 tahun lepas premis yang dulu tercanggih
itu telah kosong dan seolah-olah akan terus berkubur

lain pulak cerita pak ali yang mula berniaga disebelah permis itu
beberapa bulan sebelum aku tutup..
makin hari makin maju perniagaannya.. aku dengar sekarang dah
pakai camry baru.. dah rezeki dia..

walaupun aku dengar macam-macam cerita pasal pak ali..
aku sentiasa sangka baik dengan pak ali..
malah dulu aku pun selalu pergi makan kedai dia..
pak ali pada aku adalah kawan..

Wednesday, June 3, 2009

2009









pokok-pokok: pokok-pokok tanpa rumah dan kebun adalah sia-sia buat manusia |16.5' x 11.5'
| water color on paper | koleksi puan latifah othman |

2009..

semalam semasa membaca akhbar..
berita tentang stadium di terengganu yang runtuh..
ada sesuatu yang menarik perhatian ku..
membuatkan aku rasa hendak menangis..

sentuhanku tidak mendapat reaksi..
lalu ku amat-amati
rupanya ada rekahan dan retakan..
bilakan ini berlaku
aku tidak sedar..

aku rasa hendak menangis
dalam keadaan ekonomi sedang merudum ini..
ianya menimpa..

skrin telepon aku pecah
jadinya dia punya 'touch screen' tak berfungsi..
walaupun fungsi key pad masih elok..
apa jadah guna pda phone
kalau touch screen tak boleh..


telepon pulak jenis cina
mana ada spare part..

apa? stadium runtuh?
.. kat malaya ni apa yang tak runtuh?

kalau nak nangis pun..
masa diumumkan pembinaannya dulu..
sekarang ni buat apa..
mujur tak ada yang mati..







Tuesday, June 2, 2009

1988











night & day
| 4' x 5'| acrylic on canvas
-koleksi puan latifah othman-

1988..

hujan amat lebat sedang turun..
kawan aku lan memandu kereta mazdanya
selaju dan setangkas yang dia termampu..
sampai ditempat yang dituju aku melihat jam
ditangan.. tinggal 5 minit sahaja lagi..
aku bergegas dengan beg digalas..
lan tidak jauh mengekuri dibelakang..
meredah hujan dari tempat letak kenderaan
membuatkan aku basah ruyup..

pengumuman panggilan terakhir kedengaran..
aku bersalaman dan berpelukan dengan lan
mengucapkan selamat..

.. dengan pakaian yang masih basah
aku bergegas melepasi satu demi satu kaunter..
hinggalah selesai segala urusan..

aku berlari mengejar masa yang sedikit..
alhamdulillah aku sempat juga..
dan selepas menyerahkan boarding pass aku pada
pramugari yang tersenyum..
aku memasuki kedalam perut kapalterbang
buat pertama kalinya
dalam hidup..

.. pakaian aku masih basah.. dengan nafas tercungap-cungap
aku mencari-cari tempat duduk ku.. keratan boarding pass yang
aku pegang terlepas dari tangan jatuh kelantai..

.. semasa aku tunduk untuk menmungutnya.. aku terperasan
selipar yang aku pakai lain sebelah..

agaknya semasa bergegas turun dari masjid
di kelana jaya tadi aku tertukar sebelah selipar..

pertama kali naik k/terbang..
dengan pakaian yang basah dan
selipar lain sebelah..
perduli apa.. ini semua dunia yang fana..

sebentar kemudian k/terbang turkish airline
laju meninggalkan kuala lumpur membelah awan
dengan aku didalamnya..
mulut berkumat-kumit membaca
apa-apa yang patut aku baca..