Monday, October 26, 2009

belum































belum ada tasik
belum yang agak menarik
belum yang sudah terusik
belum tentu kembali balik

Tuesday, October 20, 2009

jangan biarkan mereka lapar

hari ini masuk kali ke 5 kami tolong belikan
barang-barang keperluan bibik jiran sebelah..
kami gembira dapat lakukannya.. kami gembira dapat
membantu saudara sesama islam kami..

minggu lepas bibik itu minta maaf pada isteriku
sebab dia telah memetik dan memakan buah mempelam kami
yang mekar(tapi belum betul-betul masak) yang terjuntai
kekawasan rumah tuan dia.. dia betul-betul lapar
masa tu katanya.. seharian dia tidak makan..

kami rasa hendak menangis.. apa jenis manusia
yang membiarkan orang gajinya berlapar..

sedangkan Nabi pernah beri amaran.. tidak akan
masuk syurga orang yang tidur kekenyangan sedangkan
jiran sebelahnya kelaparan..

ini bukan kes jiran.. tapi orang yang tinggal
sebumbung dengan kita.. yang menjaga anak kecil
kita semasa kita tiada dirumah pergi kerja.. orang
duduk sahaja tak buat kerja pun
akan kelaparan kalau tak makan lebih dari 5 jam..
inikan pulak orang yang bekerja membasuh dan mengemas rumah..

kenapa perlu sentiasa sangka buruk pada pekerja kita..
tiadakah kita mempunyai naluri kalau tidak pengalaman hidup..
dan dapat menilai seseorang dengan memerhati
tingkah laku atau "body language".. apalagi jika
seseorang itu kita lihat selalu sembahyang..

begitulah jiran saya itu.. bibiknya tidak dibenarkan
memasak.. tapi tidak juga ditinggalkan sebarang makanan untuknya..
takkan seharian hendak ditelan biskut kering sahaja..

dimanakah hilang sifat kasih sayang.. kenapa dia
boleh layak menjadi guru sekolah sedangkan logik akal
dia tidak berfungsi.. kenapa menilai seseorang itu sama
sahaja.. adakah teruk sangat warga indonesia itu
lalu perlu dia dilayan sebegitu rupa..

memberi sisa makan anak kepada orang gaji untuk dihabiskan
adalah sesuatu yang baik untuk mengelakkan pembaziran(kami
pun selalu menghabiskan sisa makan anak).. tapi
itu kalau orang gajinya telah diberi makan dengan
sempurna.. tapi jika kita membuat demikian dalam
keadaan dia(bibik itu) sedang lapar.. ia merupakan satu
jenis penghinaan kelas tertinggi sekali..

betul kami cuma mendengar dari sebelah pihak sahaja..
tapi ilmu, pengalaman hidup, mata serta telinga kami dapat membantu
deria dan naluri kami membenarkan sekurang-kurangnya 80%
atas apa yang diceritakan kepada kami..

namun demi menjaga hati jiran.. kami terpaksa
menelan segala kepahitan itu..

Wednesday, October 14, 2009

semalam dirumah pena












dari celah dinding|3-5'x4.5'|mixed media

tarikhnya 9hb sepuluh
masanya minggu lepas
menemani si daeng ramli
siangnya pertama kali ke dewan bahasa
malamnya pertama kali ke rumah pena
ada majlis membaca sajak

ada proffesor membaca sajak
ada pelakon membaca sajak
ada penulis membaca sajak
ada penyanyi membaca sajak

ada wartawan membaca sajak
ada pelajar membaca sajak
ada orang russia membaca sajak
ada kawan membaca sajak

ada polis membaca sajak
ada perempuan membaca sajak
ada lelaki membaca sajak
ada yang menangis membaca sajak

ada yang marah-marah membaca sajak
ada yang ketawa membaca sajak
ada yang malu-malu membaca sajak
ada yang menggigil membaca sajak

untuk apa semuanya membaca sajak
sedangkan penontonnya
hampir-hampir hanya aku seorang sahaja..

Monday, October 12, 2009

malam dan siang











night and day | 4'x5'| koleksi dato' jaffar, bangi

petikan dari jaff point.blogspot :
"After buying Pak Zawi painting my art craze seeped in again. I have been avoiding gallery and art exhibition simply because I am running out of wall to hang my collections. Now I am breaking the rules again and today I bought another exciting art piece titled “ Night and Day” by Abu Yusof. The abstract painting reflects the current chaotic social ills and mad race that made differentiation between good and bad so faint. Luckily God made night and day otherwise we would not know when to stop work and sleep. We will be lost in the chase for wealth and power because, truth and honesty does not matter anymore.

This art piece from Abu Yusof reminds me not to be trapped in the rat race and pollution of the mind. I have to swim away from the strong current that dragging me to the ocean. I am happy in my port and with my new art piece “ Night and Day”. For those who love art, see if you could relates yourself with this exciting work from Abu Yusof. Break away from bad politics be it in the office or at Bagan Pinang."

malam dan siang
siang dan malam

tiada lagi tirai
dan
saling tidak mengenali

Monday, October 5, 2009

ketam batu(tidak sama dengan ketam nipah)

ada manusia hidup didalam dua alam..
kalau dalam islam.. binatang yang hidup
didalam dua alam seperti katak, ketam batu dsn
haram untuk dimakan.. kenapa Allah mengharamkannya
bukan kerja kita untuk kaji..

tapi yang pasti haiwan yang hidup dua alam ini
tidak mempunyai sifat yang seperti haiwan lain..
identitinya tidak jelas..

islam menitik beratkan hal identiti..
kita hidup perlu mengelakan dari
menimbulkan fitnah.. berahsia.. menyembunyikan
fakta dsn akan mendatangkan kesusahan dan
kekacauan pada waktu semasa dan kemudian hari
lebih-lebih lagi..

ada kawan saya berahsia tentang perkahwinan mereka..
kalau dengan kawan-kawan tidak kisah sangat..
tapi dengan keluarga sendiri pun..
berbagai alasan yang tidak logik mereka kemukakan..
saya pun tak mahu komen apa-apa..

mereka hidup didua alam yang berbeza..
satu set kehidupan disebelah keluarga atau isteri
pertama dan kawan-kawan lama.. satu set kehidupan lagi disebelah isteri atau
isteri kedua dan kawan-kawan baru.. bagaikan minyak dengan air.. tidak
bercampur..

cuma sebagai kawan saya hanya mahu nasihatkan..
jangan lupa sunnah nabi.. berbising-bising(meraikan)
selepas akad nikah..

sayang dengan hanya berbising-bising pun kita dapat pahala..
kita tidak mahu..
dah lah dapat tempat bersedapan..

Monday, September 7, 2009

ramadan yang berkat










cubalah makan
sekeping roti cicah teh
dan beberapa biji tamar
masa bersahur..

kau akan dapati
tiada apa-apa masaalah
berpuasa hingga ke petang

bukan roti yang mengenyangkan
bukan teh yang menghilangkan dahaga
bukan tamar yang memberi tenaga

tapi Allah yang Maha Kuasa
yang menjadikan
Ramadan itu
penuh keberkatan..

tak perlu ayam golek
tak perlu bakar terubuk
tak perlu murtabak
tak perlu bubur lambuk
tak perlu semuanya

ambil saja keberkatan
bulan yang mulia ini

biar peniaga bazaar ramadan
pakat tutup gerai
ramai ramai pergi
jemaah kat masjid
lepas buka.. solat maghrib..

Wednesday, August 19, 2009

selamat berpuasa













a lonely tree by the kuantan bypass highway | 3.5'x4'

lukisan diatas adalah yang terbaru
setelah sekian lama..
siapa yang berminat boleh membelinya
dengan harga runtuh..
RM2500/-
..sangat sesuai menghiasi dinding ruang tamu
dihari raya nanti..
untuk melihat lukisan saya yang lain sila ke
rajawaliartgallery.blogspot.com

*******************************************

kamu semua pasti tertanya-tanya
kenapa aku tidak pernah bercerita tentang
lukisan-lukisan pada entri aku yang lepas-lepas

kenapa tidak ada promosi kepada
kerja-kerja seni aku dalam blog ini..
sedangkan ini adalah kerja utama aku..

aku pun tidak tahu kenapa..
mungkin kerna:
"..aku melukis bukan
kerna nama.."

******************************************

kerana kemungkinan ini entri aku yang terakhir
sebelum ramadan.. dan ada kemungkinan blog ini
akan berada dalam keadaan yang amat pasif
sepanjang bulan ini.. ingin aku ucapkan..
selamat menyambut bulan yang mulia
semuga bertambah amal kepada semua kamu..

Thursday, August 13, 2009

burung, batu dan telor(bukan anu-anu)

"membunuh 2 ekor burung dengan
seketul batu (killing 2 birds with a stone).."

satu peribahasa yang biasa kita dengar dan
sentiasa cuba utk diamalkan.. kerana ia
menjimatkan dari pelbagai sudut..

sekarang kita tukarkan burung(bukan anu)
diatas dengan permasaalahan..
sebenarnya bukan 2 malah
banyak burung(masaalah) dapat diselesaikan
dengan hanya mengunakan satu batu(bukan anu)..
bahkan dengan telur-telurnya(bukan anu jugak)sekali..

cuba kita pilih masaalah yang sedang kita hadapi
sekarang.. yang sangat memeningkan kepala semua
kita termasuk kerajaan dan pihak berwajib..

1. masaalah mat rempit
2. masaalah jenayah ragut
3. masaalah kematian dijalan raya
4. masaalah kecurian kenderaan
5. masaalah bohsia
6. masaalah dadah
7. masaalah pengangkutan awam
8. masaalah pencemaran udara dan bunyi
9. masaalah hubungan luarnikah
10. masaalah sampingan(telur-telur) dari
permasaalahan diatas

semua masaalah diatas hanya dapat
diselesaikan hanya dengan mengharamkan
pengunaan motosikal dimalaysia.. itu..

kenapa?
cuba lihat..

1. ini jelas.. tiada moto tiada mat rempit
2. ini pun agak jelas.. hampir 100% peragut
mengunakan motosikal
3. peratus kematian penunggang dan pembuncing
moto adalah yang tertinggi sekali
4. juga peratus kecurian moto juga adalah
tertinggi berbanding kenderaan lain
5. masaalah bohsia dengan mat rempit amat
sinonim sekali
6. motosikal adalah kenderaan utama
sipenagih dan sipenjual dadah
7. apabila motosikal diharamkan ia akan
meningkatkan permintaan kenderaan awam
dan bila permintaan tinggi penawaran automatik
akan tinggi jugak.. teori mudah ekonomi..
8. pencemaran udara & bunyi dari berjuta-juta motosikal
dapat dihapuskan
9. juga kenderaan utama penzina-penzina
kelas bawahan(golongan mat rempit lagi)
10.. dari sebab-sebab diatas dapat mengatasi
masaalah kekurangan doktor terutama di
wab kecemasan.. juga masaalah kesesakan di
penjara.. masalah pembaziran petrol dsn

jadi satu persoalan akan timbul.. bolehkan
kita hidup tanpa motosikal..
jawabnya sudah tentu boleh..

aku dah hidup lebih 40 tahun tanpa motosikal
.. aku boleh kamu pasti boleh jugak..

(diusa kurang dari 10 % mengunakan motosikal..
begitu juga negara yang pernah aku lawati(kecuali
thai dan vietnam).. mesir, turki, india, pakistan, bangladesh
semuanya amat kurang motosikal..dan
negara yang mengharamkan moto dibawah 250cc
iaitu jordan, syria dan saudi..)
mereka juga boleh hidup tanpa motosikal..

Monday, August 10, 2009

lihat dan fikir











pasangan-pasangan pernikahan
berada sisi keredaanNya
memberi cahaya
kepada sang penghuni dilangit
kerana menyangjungi sunnah NabiNya

setiap amalan diganda 10 kali
apa lagi dengan ramadhan yang
hampir menjelma lagi

semuga umur kita masih
panjang dan hati ni menjadi
gembira menyambut al mubarak

celakalah hati yang sedih
dengan kehadiran bulan yang
mulia ini.....

Monday, August 3, 2009

mereka juga saudara kita..

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda:
Tiga orang yang Aku musuhi pada hari kiamat nanti adalah
orang yang telah memberi kerana Aku lalu berkhianat dan
orang yang membeli barang pilihan lalu dia makan lebihan harganya
serta orang yang mengupah pekerja kemudian pekerja tersebut
menunaikan akadnya sedangkan upahnya tidak diberikan”
[HR Bukhari].

dan Rasulullah saw juga bersabda yang bermaksud :
"Majikan seharusnya membayar upah pekerjanya
sebelum peluh di dahinya kering."


dua hadis diatas aku sertakan disini sebagai satu ingatan
bahawa kesedihan yang aku alami sekarang amat
berasas.. kerana hal yang menyedihkan ini telah
berlaku keatas dua orang pembantu rumah jiran aku ..
kedua-dua pembantu itu adalah perempuan warga indonesia..
dan kedua-dua majikanya adalah guru sekolah..

kes pertama(jiran belakang rumah):

setelah 2 tahun(setahun tanpa permit) bekerja tanpa diberi
gaji walau satu sen.. majikannya semasa di airport memberi
satu sampul surat berisi rm seribu lebih sahaja.. kamu bayangkan
bibi itu bekerja setiap hari tanpa cuti selama 2 tahun.. termasuk
membasuh kereta hampir setiap hari.. ini bermakna gaji
yang dia dapat cuma dalam lingkungan rm 2 lebih sahaja sehari..

tergamak seorang perempuan islam yang juga seorang guru
melakukan demikian kepada seorang saudara seislamnya
yang telah berkorban meninggalkan anak dan suami selama 2 tahun..

bibi itu kerana bimbang majikan tidak memberi apa-apa.. telah
meminjam dari isteriku rm30 sebagai duit poket dalam perjalanan..
dia menceritakan semuanya semasa menalipon kami
memimta nama penuh dan alamat bagi menghantar duit yang
dipinjamkan itu.. yang kami halalkan baginya..

kes kedua(jiran sebelah)

bibi sebelah rumah baru bekerja 8 bulan.. dan kami
dapat tau darinya baru tadi.. majikannya masih tidak
membayar gaji dengan alasan gajinya disimpan oleh
majikan.. (kedua-dua guru itu mengajar disekolah yang sama..
mungkin bertukar-tukar idea sesama mereka).. kes ini
lebih memeranjatkan aku kerana jiran ini baik orangnya pada
pandangan aku.. dan aku mempunyai hubungan yang baik
dengan suaminya..

isteri aku menjadi tempat dia mencurahkan kerisauan
dan kesedihan( dari celah-celah pagar) ini semuanya bermula
bila bibi itu kerap meminta tolong isteriku belikan barang-barang
keperluannya seperti sabun, shampoo dan ubat-ubatan..
bila ditanya kenapa tidak menyuruhkan pada majikannya
.. lalu dia pun berceritalah halnya

antara lain dia tidak dibenarkan memasak.. dan pernah
dituduh memasak walaupun dia akur dan memang tidak
pernah memasak.. dia juga tidak dibenarkan meminum milo..
dan biasa dipagi hari cuma minum air masak sahaja..
dan hanya roti menjadi makanan menghilang kelaparan..
sedangkan dia perlu tenaga untuk kerja sehari suntuk..

niat baik bibi untuk mencari kutu anaknya disalah
erti bibi itu memukul anaknya.. kerna anaknya
mengadu demikian.. sedangkan bibi itu cuma
memegang kuat sedikit kerana anaknya seperti
kebanyakan budak sukar untuk duduk diam..
"banyak kutunya kak" kata bibi itu pada isteriku..

yang pasti isteriku kata dia tidak pernah mendengar
anak-anak jiran itu menangis waktu siang semasa
dalam penjagaan bibi itu.. tapi cuma aku biasa dengar
budak-budak tu menangis waktu malam .. semasa
ibubapa mereka ada dirumah..

aku bimbang apa yang terjadi pada bibi belakang
rumah akan terjadi juga pada bibi sebelah.. sedang
aku tidak mampu berbuat apa-apa kerana hubungan
baik dengan jiran perlu aku jaga.. untuk menasihati pun
aku tidak berani.. sehalus mana pun kata-kata, pasti
kedengarannya seolah-olah aku cuba menjaga tepi
kain orang..

kepada kamu yang ada orang gaji.. renungilah kedua
hadis Nabi diatas..

pada pendapat aku.. sesiapa saja yang yang kita ambil
untuk hidup sebumbung dengan kita.. kita perlu melayan
mereka sebagai salah seorang dari ahli keluarga kita..
beri mereka makan dengan apa yang kita makan..
merawat mereka bila mereka sakit.. mengembirakan
mereka bila mereka sedih..

kalau kita tidak puas hati dengan mutu kerja mereka
atau mereka dari golongan yang tidak mahu solat..
(kedua-dua orang bibi tadi mereka bersolat)
lepaskan mereka.. jangan layan mereka sebagai hamba..

namun Nabi juga pernah bersabda " yang terbaik antara
kamu adalah mereka yang terbaik terhadap hambanya"