Friday, November 11, 2011

banjir..











siri benda #6|5'x4'|mixed|2011



mengingati peristiwa banjir besar tahun 2001 di Sungai Isap Kuantan..

1. beberapa orang yang aku kenal semasa mengharungi banjir
singgah di masjid dan solat zohor jamak dengan asar.. di dalam
masjid masa tu air setakat betis.. beruntunglah mereka merasa
solat dalam air.. aku sendiri tidak pernah.. tapi aku jugak sempat
solat jamak dirumah.. masa zohor tu air baru hendak cecah lantai..
lepas solat baru keluar redah air untuk pindah kerumah kakak
di bandar kuantan..

2. lima hari selepas banjir hari jumaat masjid yang biasanya penuh
hanya ada 3/4 ruang masjid yang dipenuhi.. yang lain agaknya
sedang sibuk membersih rumah.. termasuklah seorang kenalan
(yang biasa sama-sama berjemaah dimasjid)yang aku terserempak
masa pulang dari masjid.. tepuk dahi dia tanda sesal terlupa jumaat..

itu belum lagi Allah hantar tsunami atau gempa..

3. seorang sahabat yang masa tu sedang bekerja di Saudi..
isterinya bersendirian dengan anak-anak menghadapi banjir..
dia dapat bantuan sumbangan RM50.00 dari kompeninya
sebuah kompeni internasional dari jepun.. (isteri dia
sampai sekarang jadi trauma setiap kali hujan lebat)..
dia punya benggang terus berhenti dan balik Malaya..

seorang derebar lori pulak dapat sumbangan
RM3,000.00 dari tokey dia..

4. banjir tu melibatkan lebih 3,000 buah keluarga..
seribu lebih kenderaan tersadai.. beribu tan sampah
yang diambil masa berminggu-minggu untuk
dipunggah oleh majlis perbandaran..

5. lepas peristiwa itu berduyung-duyung orang terutama
di sungai isap damai(kws paling teruk kena banjir) tambah
rumah jadi dua tingkat.. takut banjir melanda lagi..
tapi sampai sekarang sudah 10 tahun banjir belum
kunjung tiba..

tapi tahun ini musim banjir belum sampai.. tengoklah
dalam sebulan dua ni..

tapi aku tak risau.. sebab aku tak duduk sg. isap lagi..





Wednesday, November 9, 2011

selak kain..













father, daughter & son|3.5'x4.5'|mixed|2011




semalam diTV seorang ustaz muda bercerita tentang disiplin dalam solat..
katanya masa solat pakaian mesti kemas.. yang berlengan panjang jangan
sinsing lengan baju sampai nampak lengan.. yang berseluar katanya ada
terkadang sinsing kaki seluar tinggi sebelah.. macam ni ke kita nak
mengadap Allah raja sekian raja.. Pencipta kita..

kalau kita nak jumpa pembesar.. orang kenamaan atau menteri..
beginikah kita berpakaian.. lengan disinsing.. seluar tinggi sebelah..
katanya lagi..

habis kata saya.. nak jumpa menteri pakai kain dan baju melayu?
sebab di Malaya 90 % orang pergi masjid jumpa Allah pakai demikian..

Bagi saya Allah tidak peduli apa yang kita pakai asalkan suci dan
menutup aurat.. jangan pakai pakaian wanita.. jangan pakai sutera..
jangan pakai yang jarang hingga menampakkan warna kulit..
jangan pakai yang ketat.. jangan pakai tshirt yang bergambar
dan bertulis terutama dibelakang kerana boleh mengganggu
jemaah dibelakang..

memanglah pakaian putih.. berjubah.. berkain.. berkopiah. berserban adalah
lebih baik kerana ia adalah pakaian sunnah..
dan menambah pahala solat.. tapi Nabi berjubah berserban
bukan dalam solat sahaja.. Nabi berpakaian demikian sepanjang masa..
kemedan peperangan pun Nadi berpakaian demikian..

secara simboliknya kalau kita membezakan pakaian solat dengan
pakaian harian bermakna kita telah membezakan agama dari
kehidupan harian.. maka kita secara tidak disedari.. menolak
agama sebagai cara hidup..

pakai kain didalam jubah memang sunnah.. tapi pakai kain
dengan baju melayu dengan kemeja..? orang melayu pakai
kain kepada dua perkara yang pasti.. ke masjid dan ke tandas..
Nabi jugak pakai kain masa istinjak.. tapi Nabi jugak pakai
kain semasa membuat kerja dia.. berdakwah..

kalau nak ikut sunnah Nabi pergilah kepejabat pakai kain..
jangan kemasjid dan ketandas sahaja..









Friday, November 4, 2011

ganti nama diri..













kiah #1|3.5x4.5|mixed|2011


di Rajawali..

abdullah jones aku kenal dan berkawan sejak 25 tahun dahulu
selepas habis zaman persekolahan.. biasa la kami akan bercakap
dengan bahasa aku-kau..

abdullah 'acai' hamdan aku kenal dan berkawan kurang lebih
3 tahun.. dia masih muda dan belum
berumah tangga jadi dia bahasakan diri dia 'saya' dan
aku dia panggil 'abang abu' dan
aku bahasakan diri aku 'saya'..

begitu jugak dengan najihah.. saya-abang abu..

ali nublee aku kenal masa sama-sama buat tabligh..
agaknya lebih kurang 18 tahun lepas.. masa tu dia
masih student.. jadi aku dengan dia biasa guna
ana-anta.. atau selalunya kawan-awok(orang pahang
lah katakan)

begitu jugak dengan ajis.. kawan-awok..

bila duduk semeja dan berborak-borak.. masa ni lah
masaalah akan timbul.. aku-saya-kawan bertukar ganti
kadang-kadang jadi agak 'awkward' kata orang putih..

mengapa jadi macam ini.. kenapa bahasa melayu
ada terlalu banyak ganti nama diri.. saya, aku,
kawan, koi, hamba, orang, patek, beta, awak, kau,
engkau, mu, hang, kamu, anda dan macam-macam lagi..

tapi yang peliknya tak cukup dengan pelbagai ganti nama itu
masih ramai yang tidak menggunakan ganti nama tapi memilih
untuk membahasakan dirinya mengunakan nama sendiri(hampir
semua penyanyi dan pelakun di Malaysia) menggantikan
aku atau saya dsn..

masih kurang ajar membahasakan aku atau saya dengan ahli
keluarga yang lebih tua.. nak kata ini ajaran Islam
tidak jugak.. sebab anak-anak dan sahabat Nabi berbahasa
ana-anta sahaja bila bercakap dengan Nabi Yang Mulia..

Tapi yang pelik jugak bila berbahasa orang putih dengan
emak ayah guna I-you sahaja..

ok bahasa melayu itu unik dan dalam hal ini bertambah unik..
bahasa kita penuh kesopanan dan lemah lembut kita kata..
atau kita sahaja yang menterjemahkan sopan santun
itu demikian rupa..

bersopan santun hanya bila kepentingan diri kita
tidak tergugat.. tapi bila kepentingan diri kita tergugat
hilang segala sopan dan santun..

bersambung..

Tuesday, November 1, 2011

sampaikan..













siri benda #7|6'x4.5'|mixed media|2011


aku bercadang untuk berjumpa seseorang
dan menyatakan begini kepadanya:

" Dan.. boleh tak aku nak beritahu kau
sesuatu.. sesuatu yang mungkin menyinggung
perasaan kamu.. tapi aku sangat perlu untuk
memberitahu kamu hal ini.. untuk kebaikan kamu
sebenarnya..

Dan.. Alhamdulillah aku lihat kamu sekarang
lima waktu sembayang di masjid.. kamu tahukan
bahawa sembahyang di masjid itu satu Sunnah Nabi kita
yang amat besar..

di kabarkan dari hadis Nabi bahawa mereka-mereka
yang berada di padang mahsyar akan terlihat satu
golongan manusia yang akan menunggangi sebuah
kenderaan yang akan terbang sepantas kilat..
maka mereka-mereka di padang mahsyar nanti akan
kagum dan tertanya-tanya siapakan gerangan mereka..
adakah mereka itu para nabi atau adakah mereka itu
para syuhada..

nanti akan dikabarkan kepada mereka bahawa
mereka itu adalah dari kalangan umat Muhammad
yang bersolat jemaah di masjid setiap waktu..

Dan kamu patut bersyukur banyak-banyak kerana
Allah telah berikan hidayah pada kita untuk
menjadi pembawa rahmat dan berkat ke sekian alam..

Tapi Dan.. solat jemaah ada peraturan yang perlu
kita ikut untuk mencapai yang terbaik dan terpuji
disisi Allah.. kalau kita kurang arif malah sangat
banyak lagi yang kita tidak tahu sebenarnya dari
khazanah ilmu Allah yang maha luas.. kita kena belajar
dan rajin bertanya..

Dan.. hanya satu saja setakat ini yang aku mahu kamu tahu..
minta maaf kalau aku katakan samaada kamu perasan
atau tidak berdiri kamu didalam saf amat jarak sekali..
selalunya aku perhatikan kamu berdiri dengan menjarakkan
diri kamu lebih dari sejengkal dari jemaah yang lain..

aku tidak tahu kenapa kamu melakukan begitu tapi
adalah wajib saf itu dirapatkan sehingga bersentuhan bahu..
malah kita diwajbkan melangkah dan bergerak dalam solat
bagi menutupi ruang-ruang yang ditinggalkan kosong..

dengan menjarakkan diri kamu begitu kamu telah dengan
tidak sengaja telah merosakkan keseluruhan saf tempat
kamu berdiri.. amat rugi lah kamu.. kerana niat mendapat
rahmat Allah dengan bersolat di masjid bertukar menjadi
kemurkaanNya..

kalau kamu merenggangkan diri bagi mendapat keselesaan
semasa kamu duduk tahiyat akhir nanti.. kerana aku perhatikan
memang begitulah keadaan kamu yang berpeha besar itu..
maka aku kabarkan pada kamu.. kita kena tahu masa bila untuk
kita perlu korbankan yang sunat bagi mengerjakan yang wajb..
duduk diatas punggung dalam tahiyat akhir adalah sunat sedangkan
merapatkan saf adalah wajib.. boleh saja kamu duduk
di tahiyat akhir dengan cara duduk seperti di tahiyat awal..
tidak ada masaalah.. kerana itupun sunat juga.."

maka semua kata-kata yang aku susun di atas bermain-main
didalam kepala.. tidak tahu bila akan dapat aku luahkan
kepada rakan jemaah di masjid aku itu.. sudah lebih dari
setahun..

jadi aku tulis disini supaya ianya tidak hilang dari
kotak minda ku..

Wednesday, October 5, 2011

doa #2













siri benda #6|3.5 x4.5|mixed media|2011


Aku terlihat sebuah kereta yang sedang mahu berangkat..
semua penumpangnya yang serami 5 orang sedang menadah tangan..
berdoa barangkali.. doa menaiki kenderaan agaknya.. bersambungaan
dengan doa semuga Allah selamatkan perjalanan mereka mungkin..

Dulu Nabi(SAW) naik kenderaannya(unta).. menyebut Alhamdulillah bila duduk..
membaca doa menaiki kenderaan(Subhanallazi sahgharalana..) dan diikuti
dengan tahmid 3X, tasbih 3X dan takbir 3X.. kemudian memandang
wajah sahabat yang mengikutinya dan senyum( atau kalau tiada teman.. melihat ke langit
dan senyum)..  tiada tangan yang di tadah..

Agaknya orang sekarang lebih pandai dari Nabi(SAW)..

Melihat akan gelagat umat sekarang aku rasa masih ramai yang
kurang pasti bahawa..
bukanlah menadah tangan itu adalah doa.. tapi apa yang kita pinta dengan
Allah itu adalah doa sebenarnya.. dengan lisan atau tanpa lisan.. menadah
atau tidak terangkatnya tangan..

Nabi(SAW) tidak menadah tangan bila berdoa masnun seperti
doa melihat makanan(Allahuma bariklana..).. doa makan(bismilahi wa'la barkatillah..)
doa masuk dan keluar masjid.. doa masuk dan keluar tandas.. doa
sewaktu mendatangi isteri .. doa selepas wuduk.. doa selepas azan..
doa tidur dan bangun tidur.. dll.

kalau kita nak tadah tangan pun tak salah tapi tak Sunnah lah..
bayangkan semasa nak mendatangi isteri (ehem) tadah tangan dulu..

Dan jangan lah pandang serong orang yang tak menadah tangan semasa
azan atau semasa makan dan berkata dalam hati 'tak doa ke pak lebai ni'
sedangkan ilmu kita yang cetek..









Monday, September 6, 2010

my art works














artist: abu yusof
title: siri benda #3(the things in my head)
size: 3.5'x4.5'
media: mixed media
















title: SAF #4
size: 5'x4'
media: acrylic on canvas
















title: siri benda #2(biar jadi lembu jangan jadi benda)
size: 3.5'x4'
media: acrylic on canvas














title: masjid sultan abdullah pekan
size: 3'x4'
media: acrylic on canvas

















title: 19:20 15 ramadhan 1431, kuantan
size: 3'x4'
media: acrylic on canvas
















title: dreaming of white dragonflies
size: 3.5'x3.5'
media: acrylic on canvas
















title: fragile
size: 3.5'x3.5'
media: acrylic on canvas
















title: siri dinding #6:tiga cerita satu dinding kaca
size: 4' x 5'
media: mixed media
















title: the travellers dreams
size: 4'x5'
media: acrylic on canvas















title: pencarian
size: 4'x4.5
media: acrylic on canvas















title: siri dinding #5: dari celah dinding
size: 3.5'x4.5
media: mixed media
















title: sebuah rumah di permatang badak
size: 3.5'x4.5'
media: acrylic on canvas
















title: meraikan kehidupan
size: 5'x5'
media: acrylic on canvas

Saturday, September 4, 2010

ilham dan anugerah















ilham adalah anugerah.. anugerah dari Allah kepada setiap manusia.. tidak kira apapun taraf keimanan kamu.. dalam menghasilkan sesuatu karya atau ciptaan yang bagus adalah diluar dari kemampuan diri kamu.. ianya hanya akan datang dengan izin Allah..

dan Allah tidak akan mendatangkan ilham ciptaan kereta yang hebat kalau kamu hanya memandu proton saga seumur hidup kamu.. Allah tidak akan mengilhamkan kamu sebuah karya penulisan yang bagus kalau bahan bacaan kamu hanya akhbar harian dan kamu tidak ada rasa cinta pada buku.. Allah tidak akan menglihamkan kamu sebuah karya senilukis yang bagus kalau kamu tidak dapat bezakan antara kehendak seni dengan kehendak diri..

karya mereka yang berjalan tidak sama dengan karya mereka yang berlari.. dan karya mereka yang berjalan dengan kasut tidak akan sama dengan karya mereka yang berjalan berkaki ayam.. karya kamu yang mempunyai kawan 10 orang tidak akan sama dengan karya orang yang mempunyai kawan beribu orang.. karya orang yang telah mengembara serata dunia tidak akan sama karya orang yang sesat di kuala lipis..

anugerah ilham dari Allah bergantung dengan apa yang ada didalam lipatan sejarah hidup kamu yang tersimpan didalam pundak tubuh badan kamu.. kamu boleh berangan-angan tapi angan-angan seorang pelukis potret tak akan menjadi tanpa foto sebagai madah dan alat untuk menghasilkan karya..

Saturday, July 31, 2010

out of the blue.. abu yusof solo











































terima kasih pada semua yang hadir..

Wednesday, July 28, 2010

pameran solo saya... yabedabedoo..















kamu semua dijemput hadir
semuga kehadiran kelian akan
memeriahkan lagi upacara..