ada yang akan mati
dan hidup didalam syurga
ada yang akan mati
dan hidup didalam neraka
ada pula yang memilih untuk mati
dan terus hidup didunia ini
dan mengharapkan
dia tidak akan mati
untuk kali kedua
abuyusof
kuantan
070410
Wednesday, April 7, 2010
Friday, February 19, 2010
jubli perak janggut aku tahun ini
aku setuju dengan kau tuan doktor
memang janggut bukanlah paspot
untuk masuk kesyurga..
tapi aku yakin janggut yang
aku simpan sejak sekian lama
tegar menahan setiap penghinaan
teguh menerima ancaman
nyawa aku pertaruhkan
tak mungkin Nabi akan
mengsia-siakan aku
kerana hanya atas namanya
janggut ini ku biarkan tumbuh
dan subur
aku yakin Nabi
orangnya amat penyayang..
abu yusof
kuantan
190210
Tuesday, February 9, 2010
jangan jadi benda
selain dari manusia dan haiwan
tiada jantina dan
tidak dapat membezakan antara jantan dan betina
tiada deria
tidak boleh merasa
tidak boleh bau
tidak boleh melihat
tidak boleh mendengar
yang hentam semuanya
dan tidak peduli semuanya
nak dikata manusia bukan
nak dikata haiwan juga bukan
apa lagi kalau bukan BENDA
biarlah jadi lembu
janganlah jadi benda
abu yusof
kuantan
080210
Wednesday, February 3, 2010
wangi-wangian

her office #1|acrylic on canvas|2'x3'|private collection
kalau di ibaratkan
wanita itu sebagai
wangi-wangian
ada satu, dua, tiga
ada beberapa yang aku
sentiasa suka
ada wangian yang
membuat aku pening
ada wangian yang memualkan
dan membuatku
mahu muntah
ada wangian mahal
yang digilai ramai
ada wangian murah
buat mereka yang tiada
ada wangian tiruan
yang berbau sama
berbahan toksid
ada wangian dari alkohol
ada wangian dari minyak
ada dari ambar
ada dari kasturi
ada dari geharu
semuanya bagiku
tiada sewangi bau
badan isteriku
dan bau bayi-bayi yang
dia lahirkan untukku
abu yusof
kuantan
030210
Saturday, January 30, 2010
datang hari jumaat
hari raya haji tahun lepas
27hb november 2009
hari juamaat
maal hijrah tahun lepas
18hb disember 2009
hari jumaat
hari natal juga
25hb disember 2009
hari jumaat
dan pada tahun ini
tahun baru pada
1hb januari 2010
hari jumaat
nanti maulud nabi juga
26hb februari 2010
hari jumaat
(dipahang cuti hari hol
7hb mei 2010 hari jumaat)
hari wesak
28hb mei 2010
hari jumaat
nuzul quran
27hb ogos 2010
hari jumaat
aidulfitri
10hb september
hari jumaat
deepavali
5hb november 2010
hari jumaat
...sabda nabi sallallahu alaihi wasallam
" tidak akan berlaku kiamat kecuali
pada hari jumaat"
mungkinkah jumaat yang berikutnya..
sudah bersediakah
anda?
27hb november 2009
hari juamaat
maal hijrah tahun lepas
18hb disember 2009
hari jumaat
hari natal juga
25hb disember 2009
hari jumaat
dan pada tahun ini
tahun baru pada
1hb januari 2010
hari jumaat
nanti maulud nabi juga
26hb februari 2010
hari jumaat
(dipahang cuti hari hol
7hb mei 2010 hari jumaat)
hari wesak
28hb mei 2010
hari jumaat
nuzul quran
27hb ogos 2010
hari jumaat
aidulfitri
10hb september
hari jumaat
deepavali
5hb november 2010
hari jumaat
...sabda nabi sallallahu alaihi wasallam
" tidak akan berlaku kiamat kecuali
pada hari jumaat"
mungkinkah jumaat yang berikutnya..
sudah bersediakah
anda?
Sunday, January 24, 2010
aku(abu)

selfportrait: i am (like this painting) not perfect
3.5' x 4.5'
mixed media
aku (abu)
garam sesudu ditanganku
masin terasa pada yang kusentuh
gula dalam genggamanku
manis senyuman dibibir semua
hempedu pecah kerja tanganku
pahit menyakiti sekeliling
asam menjadi pilihanku
masam diwajah yang tersayang
santan diperah jari-jemariku
lemak sekian yang disisi
bunga-bunga dalam dakapanku
wangian menguasai suasana
lilin terbakar dalam diriku
menerangi semua yang kusayang
aku akan menjadi abu
menanti bertemu Tuan Empunya diriku
Friday, January 22, 2010
manusia
melihat manusia
dari kacamata
layang-layang
manusia itu pencuri
sarang
melihat manusia
dari kacamata
ikan
manusia itu semuanya
legam
melihat manusia
dari kacamata
ular
manusia itu senang
terkejut
melihat manusia
dari kaca mata
lebah
manusia itu tidak
puas-puas
melihat manusia
dari kaca mata
ayam
manusia itu suka
bertelor
melihat manusia
dari kacamata
lembu
manusia itu suka
menyusu
melihat manusia
dari kacamata
manusia
manusia itu bukan
aku
abu yusof
kuantan
220110
Monday, January 18, 2010
inilah dunia

dunia ini adalah..
melihat wajah isteri
yang sedang tidor
kemudian
mengerakkan dia
bangun sembahyang subuh
dunia ini adalah..
hiruk pikuk
diwaktu pagi
mengesa anak
cepat mandi
cepat sarapan
mencari-cari
wang kecil
buat belanja mereka
dunia ini adalah..
menghantar anak
kesekolah
dalam
kelam-kabut
dijalanraya
dunia ini adalah
singgah dipasar
membeli
ayam ikan
sayur dan
barang-barang runcit
dunia ini adalah
kehidupan seharian
hari ini
esok dan seterusnya
selain dari
dunia ini adalah
dunia khayalan yang
kamu impikan
tak mungkin jadi
kenyataan
Wednesday, January 13, 2010
abdullah

abdullah bersama pupu-pupunya
"siapa nama", tanya cikgu kelas 1 sigma kepada anakku..
"Abdullah", jawab anakku dengan penuh yakin membuatkan
aku rasa cukup bangga..
cikgu tersebut mengambil kad nama lalu memberikan pada anakku
untuk dipakaikan didada..
kamu perlu ada disamping aku ketika itu untuk mendengar
bertapa indahnya nama itu disebut oleh empunya nama..
nama abdullah adalah nama yang biasa diberi oleh
Nabi kepada anak-anak sahabat yang baru lahir
dizaman madinah.. ibnu abbas, ibnu umar, ibnu zubir adalah
contoh sahabat-sahabat yang bernama abdullah..
telanjur bercerita tentang nama.. ingin aku menyentuh sikit
perihal menamakan anak..
banyak orang kita silap tentang nama yang baik..
Nabi menyuruh kita memberi nama yang mempunyai
makna yang baik.. bukan makna yang baik di jadikan nama..
contoh nama yang baik adalah muhammad
yang bermakna yang terpuji..
contoh makna yang baik dijadikan nama
adalah khairunnisa' yang dalam
bahasa melayunya wanita yang baik..
cuba kita bayangkan seorang asli yang baru
memeluk islam memberi nama anaknya;
wanitayangbaik binti sipulan..
kerana pada dia melayu adalah islam..
sekarang cuba kita bayangkan
kita seorang berbangsa arab didatangi oleh seorang melayu
dan berkata nama saya.. wanitayangbaik binti ahmad
(ismi.. khairunnisa' binti ahmad)..
sekurang-kurangnya kalau dia tidak gelak dia akan berkata
dalam hatinya.. biar betul orang ni..
pernah terjadi di sebuah ipt di timur tengah seorang pelajar
melayu memperkenalkan dirinya didalam sebuah dewan
kuliah sebagai zaitun binti musa.. lalu disambut oleh gelak ketawa
pelajar-pelajar arab.. tidak salah mereka ketawa..
macamlah orang memperkenalkan dirinya
kepada kita sebagai.. petai binti musa..
anakku yang bernama Abdullah itu lahir pada tahun 2003..
rupa-rupanya adalah tahun yang sama pak lah dilantik
menjadi perdana menteri malaysia.. dan tanpa aku
sedari pada tahun yang sama seorang sababat baik aku
yang pada masa tu sedang berada di england telah menukarkan
namanya kepada.. abdullah jones..
bila aku tanya dia kenapa jones.. dia kata sebab dia sedang
menghirup udara yang sama dengan idolanya.. sir tom jones..
Monday, January 11, 2010
doa

berdoalah pada Tuhanmu
didalam sembahyangmu
dan diluar sembayangmu
berdoalah kepada Dia
dalam berdiri
dalam duduk
dalam sujud
dalam tidur
dan dalam jaga
berdoalah
semasa berjalan
semasa berlari
semasa berhenti
dan semasa rehat
berdoalah
semasa makan
semasa minum
semasa lapar
semasa dahaga
berdoalah
semasa senang
semasa susah
semasa kaya
semasa miskin
semasa tenang
dan semasa gusar
berdoalah
dikala riang
dikala sedih
dikala bersama orang tersayang
dikala rindu
berdoalah sentiasa kepada Allah
kerana Dia yang Maha Pengasih
pasti akan tunaikan
lambat atau cepat
cuma janganlah kau berdoa
untuk kemusnahan
apabila kau dizalimi
kerana itu tidak pernah dibuat oleh Nabi
...
Subscribe to:
Comments (Atom)