Saturday, July 31, 2010

out of the blue.. abu yusof solo











































terima kasih pada semua yang hadir..

Wednesday, July 28, 2010

pameran solo saya... yabedabedoo..















kamu semua dijemput hadir
semuga kehadiran kelian akan
memeriahkan lagi upacara..

Saturday, May 15, 2010

tiada kata secantik bahasa untuk kami memujimu duhai bonda


khadijah bt mohamad azhar








kami pernah setuju untuk menjaga bayi sepasang pasangan muda jiran kami yang baru berpindah tahun lepas.. bayi itu yang baru berusia 2 bulan anak sulung kepada seorang ustaz hafiz dan isterinya seorang ustazah..

apabila mereka bertanyakan bayaran kami cepat-cepat menolak namun meminta jasa baik mereka untuk mengajar anak-anak kami mengaji quran..

aufa nama bayi itu kami jaga seperti anak kami sendiri.. beberapa hari pertama dia bersama kami merupakan hari-hari yang amat teruja.. semua aktiviti harian kami berubah mengikut jadual penjagaan aufa..

namun rupanya Allah ada rancanganNya sendiri.. keceriaan aufa dalam hidup kami hanya berkekalan selama seminggu sahaja.. keluarga kami diserang deman selsema.. kebetulan musim h1n1 tengah melanda.. kami dengan berat hati terpaksa menyerahkan penjagaan aufa takut dia juga terkena jangkitan.. untuk sementara waktu sahaja kata kami.. sehingga semuanya sihat kembali..

ustaz terpaksa mengupah orang lain pula untuk menjaga aufa.. rupanya keluarga baru yang menjaga aufa juga seperti kami.. amat sayang kepadanya sehingga tidak mahu melepaskan dia walaupun kami sudah bersedia mengambilnya kembali seminggu kemudian..

walaupun kami akur namun perasaan rindu kepadanya amat terasa.. dan terpaksa kami telan dengan amat sukar.. rezeki kami hanya setakat itu sahaja..

ya memang Allah punya rancangan yang lebih hebat buat kami.. 2 bulan lepas emak aku yang tidak mampu untuk berjalan kerana sakit lutut yang kronik yang tidak dapat penjagaan yang sempurna dikampung telah bersetuju untuk tinggal bersama kami.. setelah sekian lama dipujuk..

hari pertama beliau bersama kami.. kami suami isteri tidak dapat tidur malam kerana terlalu teruja.. yah! emak sekarang tinggal bersama kami.. kami berjanji dengan diri kami untuk menjaga beliau dengan sebaik mungkin..

aku bersyukur kerana dianugerahkan seorang isteri yang begitu mengambil berat kebajikan ibu mentuanya.. memang emak tidak silap bila bersetuju untuk menerima isteriku sebagai menantu.. buktinya boleh ditanya kepada pengumpul sampah yang pasti menyumpah-yumpah dengan bau busuk semasa mengangkut berbungkus-bungkus lampin-pakai-buang dewasa setiap dua hari sekali, dari tong sampah kami yang amat besar, merah dan beroda..

dan cinta ku kepada isteriku telah naik beberapa darjah yang amat tinggi sejak hari itu..

kembali kepada kisah aufa diatas.. bertapa seorang bayi mempunyai aura yang hebat keatas sesiapa sahaja.. seperti yang kami alami walaupun hanya seketika tapi ikatan kasih sayang yang terbentuk amat kuat untuk dilepaskan malah kekal abadi.. apalagi ikatan seorang ibu dengan anaknya..

aku pernah membuat sajak untuk ayah aku.. aku juga pernah membuat siri sajak khas untuk isteriku.. tapi aku masih tercari-cari perkataan-perkataan serta ayat-ayat yang sesuai (untuk mengarang walau satu sajak untuk ibuku) namun masih belum ketemui yang setanding untuk menggambarkan kehebatan kasihsayangnya..

aku tidak tahu tarikh sebenar hari ibu.. cuma aku tahu ianya memang pada bulan mei ini.. bagi ku itu tidak penting.. kerana mulai sekarang setiap hari aku akan menyaupkan nasi kemulut ibu..

Sunday, May 2, 2010

azan dan iqamat










sekadar hiasan.. gambar ini tiada kaitan dengan cerita dibawah..


30.04.2010

.. hari ini bilal tidak datang.. imam n0. 1 ganti jadi bilal
.. imam n0. 2 bangun naik mimbar beri salam lalu duduk
.. imam no. 1 bangun terus iqamat
.. terpinga-pinga sidang jumaat
.. terdengar suara-suara "azan.. azan"
.. lalu dia kembali bangun dan azan
.. aku pun kurang pasti apa tindakan terbaik
.. kerana ini kejadian pertama pernah aku lalui..
.. yang aku pasti azan 2 kali bukanlah rukun jumaat
.. aku sempati dengan imam itu
.. tapi kesilapan adalah lumrah hidup manusia..

Wednesday, April 7, 2010

hidup dan mati

ada yang akan mati
dan hidup didalam syurga

ada yang akan mati
dan hidup didalam neraka

ada pula yang memilih untuk mati
dan terus hidup didunia ini

dan mengharapkan
dia tidak akan mati
untuk kali kedua

abuyusof
kuantan
070410

Friday, February 19, 2010

jubli perak janggut aku tahun ini














aku setuju dengan kau tuan doktor
memang janggut bukanlah paspot
untuk masuk kesyurga..

tapi aku yakin janggut yang
aku simpan sejak sekian lama
tegar menahan setiap penghinaan
teguh menerima ancaman
nyawa aku pertaruhkan

tak mungkin Nabi akan
mengsia-siakan aku
kerana hanya atas namanya
janggut ini ku biarkan tumbuh
dan subur

aku yakin Nabi
orangnya amat penyayang..

abu yusof
kuantan
190210

Tuesday, February 9, 2010

jangan jadi benda














selain dari manusia dan haiwan
tiada jantina dan
tidak dapat membezakan antara jantan dan betina

tiada deria
tidak boleh merasa
tidak boleh bau
tidak boleh melihat
tidak boleh mendengar


yang hentam semuanya
dan tidak peduli semuanya

nak dikata manusia bukan
nak dikata haiwan juga bukan

apa lagi kalau bukan BENDA

biarlah jadi lembu
janganlah jadi benda

abu yusof
kuantan
080210

Wednesday, February 3, 2010

wangi-wangian









her office #1|acrylic on canvas|2'x3'|private collection


kalau di ibaratkan
wanita itu sebagai
wangi-wangian

ada satu, dua, tiga
ada beberapa yang aku
sentiasa suka

ada wangian yang
membuat aku pening

ada wangian yang memualkan
dan membuatku
mahu muntah

ada wangian mahal
yang digilai ramai

ada wangian murah
buat mereka yang tiada

ada wangian tiruan
yang berbau sama
berbahan toksid

ada wangian dari alkohol
ada wangian dari minyak
ada dari ambar
ada dari kasturi
ada dari geharu

semuanya bagiku
tiada sewangi bau
badan isteriku
dan bau bayi-bayi yang
dia lahirkan untukku

abu yusof
kuantan
030210

Saturday, January 30, 2010

datang hari jumaat

hari raya haji tahun lepas
27hb november 2009
hari juamaat

maal hijrah tahun lepas
18hb disember 2009
hari jumaat

hari natal juga
25hb disember 2009
hari jumaat

dan pada tahun ini
tahun baru pada
1hb januari 2010
hari jumaat

nanti maulud nabi juga
26hb februari 2010
hari jumaat

(dipahang cuti hari hol
7hb mei 2010 hari jumaat)

hari wesak
28hb mei 2010
hari jumaat

nuzul quran
27hb ogos 2010
hari jumaat

aidulfitri
10hb september
hari jumaat

deepavali
5hb november 2010
hari jumaat

...sabda nabi sallallahu alaihi wasallam
" tidak akan berlaku kiamat kecuali
pada hari jumaat"

mungkinkah jumaat yang berikutnya..

sudah bersediakah
anda?

Sunday, January 24, 2010

aku(abu)















selfportrait: i am (like this painting) not perfect
3.5' x 4.5'
mixed media



aku (abu)

garam sesudu ditanganku
masin terasa pada yang kusentuh

gula dalam genggamanku
manis senyuman dibibir semua

hempedu pecah kerja tanganku
pahit menyakiti sekeliling

asam menjadi pilihanku
masam diwajah yang tersayang

santan diperah jari-jemariku
lemak sekian yang disisi

bunga-bunga dalam dakapanku
wangian menguasai suasana

lilin terbakar dalam diriku
menerangi semua yang kusayang

aku akan menjadi abu
menanti bertemu Tuan Empunya diriku