Monday, August 3, 2009

mereka juga saudara kita..

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda:
Tiga orang yang Aku musuhi pada hari kiamat nanti adalah
orang yang telah memberi kerana Aku lalu berkhianat dan
orang yang membeli barang pilihan lalu dia makan lebihan harganya
serta orang yang mengupah pekerja kemudian pekerja tersebut
menunaikan akadnya sedangkan upahnya tidak diberikan”
[HR Bukhari].

dan Rasulullah saw juga bersabda yang bermaksud :
"Majikan seharusnya membayar upah pekerjanya
sebelum peluh di dahinya kering."


dua hadis diatas aku sertakan disini sebagai satu ingatan
bahawa kesedihan yang aku alami sekarang amat
berasas.. kerana hal yang menyedihkan ini telah
berlaku keatas dua orang pembantu rumah jiran aku ..
kedua-dua pembantu itu adalah perempuan warga indonesia..
dan kedua-dua majikanya adalah guru sekolah..

kes pertama(jiran belakang rumah):

setelah 2 tahun(setahun tanpa permit) bekerja tanpa diberi
gaji walau satu sen.. majikannya semasa di airport memberi
satu sampul surat berisi rm seribu lebih sahaja.. kamu bayangkan
bibi itu bekerja setiap hari tanpa cuti selama 2 tahun.. termasuk
membasuh kereta hampir setiap hari.. ini bermakna gaji
yang dia dapat cuma dalam lingkungan rm 2 lebih sahaja sehari..

tergamak seorang perempuan islam yang juga seorang guru
melakukan demikian kepada seorang saudara seislamnya
yang telah berkorban meninggalkan anak dan suami selama 2 tahun..

bibi itu kerana bimbang majikan tidak memberi apa-apa.. telah
meminjam dari isteriku rm30 sebagai duit poket dalam perjalanan..
dia menceritakan semuanya semasa menalipon kami
memimta nama penuh dan alamat bagi menghantar duit yang
dipinjamkan itu.. yang kami halalkan baginya..

kes kedua(jiran sebelah)

bibi sebelah rumah baru bekerja 8 bulan.. dan kami
dapat tau darinya baru tadi.. majikannya masih tidak
membayar gaji dengan alasan gajinya disimpan oleh
majikan.. (kedua-dua guru itu mengajar disekolah yang sama..
mungkin bertukar-tukar idea sesama mereka).. kes ini
lebih memeranjatkan aku kerana jiran ini baik orangnya pada
pandangan aku.. dan aku mempunyai hubungan yang baik
dengan suaminya..

isteri aku menjadi tempat dia mencurahkan kerisauan
dan kesedihan( dari celah-celah pagar) ini semuanya bermula
bila bibi itu kerap meminta tolong isteriku belikan barang-barang
keperluannya seperti sabun, shampoo dan ubat-ubatan..
bila ditanya kenapa tidak menyuruhkan pada majikannya
.. lalu dia pun berceritalah halnya

antara lain dia tidak dibenarkan memasak.. dan pernah
dituduh memasak walaupun dia akur dan memang tidak
pernah memasak.. dia juga tidak dibenarkan meminum milo..
dan biasa dipagi hari cuma minum air masak sahaja..
dan hanya roti menjadi makanan menghilang kelaparan..
sedangkan dia perlu tenaga untuk kerja sehari suntuk..

niat baik bibi untuk mencari kutu anaknya disalah
erti bibi itu memukul anaknya.. kerna anaknya
mengadu demikian.. sedangkan bibi itu cuma
memegang kuat sedikit kerana anaknya seperti
kebanyakan budak sukar untuk duduk diam..
"banyak kutunya kak" kata bibi itu pada isteriku..

yang pasti isteriku kata dia tidak pernah mendengar
anak-anak jiran itu menangis waktu siang semasa
dalam penjagaan bibi itu.. tapi cuma aku biasa dengar
budak-budak tu menangis waktu malam .. semasa
ibubapa mereka ada dirumah..

aku bimbang apa yang terjadi pada bibi belakang
rumah akan terjadi juga pada bibi sebelah.. sedang
aku tidak mampu berbuat apa-apa kerana hubungan
baik dengan jiran perlu aku jaga.. untuk menasihati pun
aku tidak berani.. sehalus mana pun kata-kata, pasti
kedengarannya seolah-olah aku cuba menjaga tepi
kain orang..

kepada kamu yang ada orang gaji.. renungilah kedua
hadis Nabi diatas..

pada pendapat aku.. sesiapa saja yang yang kita ambil
untuk hidup sebumbung dengan kita.. kita perlu melayan
mereka sebagai salah seorang dari ahli keluarga kita..
beri mereka makan dengan apa yang kita makan..
merawat mereka bila mereka sakit.. mengembirakan
mereka bila mereka sedih..

kalau kita tidak puas hati dengan mutu kerja mereka
atau mereka dari golongan yang tidak mahu solat..
(kedua-dua orang bibi tadi mereka bersolat)
lepaskan mereka.. jangan layan mereka sebagai hamba..

namun Nabi juga pernah bersabda " yang terbaik antara
kamu adalah mereka yang terbaik terhadap hambanya"

12 comments:

bokbon said...

sayu pula hati bila mengingatkan masih ada umat mahu kembali ke jahiliah.

rupa-rupanya perkara begini masih berleluasa, dari Islam kepada Islam pula tu. apa nak jadi..

aku said...

salam,

tu la org kita, dh la tak reti hukum, sesama manusia pun tak reti nak buat baik.
ada pembantu umh, sombong cam setan.

sharamli said...

ada jgk yg mcm tu...x pk ke kal0 xde 0rg gaji lagik huru hara umah dy0rang

Anonymous said...

Isk kes sgt sama dgn ex bibik org yg sy knl tp nak cerita pjg plak kang membebel hahahaha

tp plg sedih bila makan,
makan sisa dan tak dijemput pun padahal keja berlambak2, ank kecil ramai dan semua degil pantang kn tegur.
mmg tersentuh bila dtg rmah kami, bibik tu mkn byk mcm tak mkn seminggu.

T_____T

Aishah Nur Hakim said...

rindu pulak kat kak efni yang berkhidmat kat rumah umi aishah tujuh tahun...dan berhenti untuk balik ke bukit tinggi dan kawen...

dah anak dua dah pun..

bibik terbaek...
satu kapal barang malaysia dia bawak balik indon.

Kongkang Kengkang said...

tapi patut... lagi 1 x patut ni suka sgt pakai org gaji. lepas tu xde duit. lepas tu x bayar gaji. tapi nak pakai org gaji. camne tuh?

Opie said...

Sangat setuju!

Ada juga bibi di rumah. Orangnya lembut, suka kucing, kuat iman dan sentiasa temani ibu ke masjid setiap Isya'. Sekilas pandang macam adik beradik..^^

Can't imagine why anyone would treat those who help them that way.. Especially when they're so far away from home.

lonelyroseblack said...

salam..

saya kira, para pekerja indonesia yang kami gajikan, setimpal dengan titik peluh mereka..(kerana, sejauh mana pun mereka 'pergi', sooner or later, mereka akan kembali pada kami atas sebab2 yang mereka sendiri rasa amat berbaloi..)

syukur alhamdulillah... :)

cuma, kadang2, atas 'kelemahan' kita sebagai manusia biasa, dapat majikan yang baik, mereka pijak kepala, begitu juga sebaliknya...

pun, moga2 kami tak tergolong dalam golongan majikan yang 'hampesss' tu... :)

terrarosa said...

saya pun kadang - kadang tak puashati juga dengan kenalan yang 'berkira' dengan pengasuh anak - anak mereka... cuti sehari 2 pun nak kena potong gaji , sedangkan apa yang pengasuh buat untuk jaga anak - anak mereka sebenarnya tak boleh dinilai dengan wang ringgit sahaja.


jiran dengan 'cikgu' yer ?
jiran saya ustaz lagi heheheee...
tapi itu cerita lain !

Najwa Aiman said...

Kedua-dua bibi tu bolehlaporkan ke Jabatan Tenaga Kerja berdekatan. Akta Kerja 1955 kata gaji mesti dibayar tak lewat daripada hari ke tujuh bulan berikutnya.

Mohamad Farez Abdul Karim said...

seorang hamba lagi mulia dari tuannya, kerana dia memberi khidmat.

Tuannya hanya memberi upah.

Adil atau tidak nilai upah dan gaji, Tuhan akan adili nanti.

Kalau berhutang lagilah, hehe...

(tengah takut ni)

ku2 said...

salam.
cikgu dua org tu terlupa diri sebenarnya. kita doakan agar Allah balikkan hati-hati mereka.
insyaAllah.