Monday, December 28, 2009

semua hari adalah sama















kenapa jadi gila-gila menyambut
hari dimana kau meningkat tua setahun lagi
sedangkan kalau boleh kau mahu muda
sentiasa..

kenapa jadi mabuk-mabuk meraikan
hari yang membawa kau makin hampir
pada kematian sedangkan kalau boleh
kau mahu hidup 1000 tahun lagi..

kenapa jadi kecuh-kecuh mengucapkan
selamat tinggal pada tahun yang akan
pergi buat selama-lamanya sedangkan
yang baru datang belum tentu kau akan
bahagia..

kenapa jadi bengong dan bengap
menjadikan satu hari itu lebih istimema
dari hari yang lain sedangkan semua hari
adalah sama disisi Tuhan..

epilog:
semua hari adalah sama
yang suka berpesta akan
tetap berpesta
yang perlu hanyalah sebab..
yang beramal akan tetap
beramal tidak perlu pada sebab..

Saturday, December 19, 2009

rindu















cahaya
menari-nari
angin
menyisir rambut
udara
bagaikan
dapat dihiris
kulit
dengan bauan
yang melekat
mata
menitiskan air
bibir
dengan senyuman
sianak kecil
jasad
diawangan
hati
melaut biru

rindu
menjadi nadi
berdenyut-denyut
hidup dan
abadi

Wednesday, December 16, 2009

syurga atau neraka















kau mengejar dunia
dunia berlari
meninggalkan mu
kau salahkan semua orang
kecuali dirimu

kau menempah tiket
ke syurga
kau menaiki kenderaan
ke neraka

kau kata Alhamdulillah
kerana Allah jadikan
neraka untukmu

Sunday, December 13, 2009

aku pernah jatuh cinta















aku pernah jatuh cinta
bukan sekali
bahkan
sebanyak bintang
beribu-ribu kali

tapi hanya bulan
yang satu
menambat hati
malah
sebanyak pasir
berjuta-juta
simpulan mati

berubah-ubah
tapi tetap dipantai
dan berabad-abad
menanti

Monday, December 7, 2009

bilal terlaju di dunia

sekarang ada bilal baru kat masjid dikawasan perumahan ini..
tapi biasa kalau azan kedengaran sedang kita baru mula ambil
wuduk.. wuduk kita akan selesai lebih dahulu dari azan..
tapi bilal baru ni sangat laju.. azan dia akan tamat sebelum
kita selesai wuduk.. macam azan senafas sahaja..
aku rasa bilal ini ada rekod yang dia telah pecah..
mungkin bilal terlaju didunia.. mungkin jugak
dia ada amal apa-apa petua.. awek muda ke atau sbn..
jadi sejak bilal baru ni aku selalu sahaja solat masbuq..

terlanjur cerita pasal masjid ni aku ada teringat
beberapa peristiwa..

di satu masjid yang lain.. disatu kampung tempat aku tinggal
beberapa tahun yang lepas.. bilal masjid tempat itu tidak
pernah azan asar(atau sekurang2nya aku tak pernah dengar
dia azan asar).. ini kerana dia bekerja pada siangnya..
pada suatu hari buat pertama kalinya aku dengar dia azan asar..
dan berkata dalam hati aku.. dah buang tabiat ke agaknya
orang tua ni sebab kat dinding jam menunjukan pukul 3:25 petang..

dan dimasjid yang sama pada satu waktu zohor.. masa itu jemaah masjid
cuma ada 3 orang saja.. aku, haji kamal dan madi(kami bertiga
memang kawan baik).. sedang kami menunggu-nunggu kalau-kalau
pak imam akan datang.. singgah sebuah bas rombongan.. kami pun
langsung menunggu mereka supaya dapat berjemaah sekali..
selepas mereka selesai berwuduk dan sebagainya.. para ahli
rombongan terus meluru kedepan.. belum sempat hj kamal
kedepan(biasa dia jadi imam kalau imam tak ada).. ketua
mereka(agaknya) terus naik ke sejadah imam dan memberitahu
semua jemaah.. " kita sembahyang jamak taqdim, qasar dua-dua"
.. satu rampasan kuasa telah berlaku didepan mata kami..

aku, haji kamal dan madi terpinga-pinga sambil memandang
sesama kami.. kami berundur kebelakang.. duduk atas tangga
menunggu mereka habis sembahyang.. mana punya kaum ni agaknya
kami tertanya-tanya antara kami..

dan disuatu masjid yang lain pula(mengikut cerita seorang
kawan yang berjemaah disitu.. bilal masjid itu tiba-tiba
pada suatu hari buat satu perangai pelik.. yang tidak pernah
di buat oleh mana2 bilal sebelum ini.. lepas azan dia akan qamat
dan lepas qamat dia akan berundur ke belakang dan langsung
balik kerumah.. bukan sekali tapi berkali-kali.. kat rumah
dia sembahyang ke tidak wallahuaqlam.. selepas ditanya-tanya
rupa-rupanya dia sakit.. kakinya tak boleh bengkuk..
agaknya masa dia belajar dulu semasa bab sembahyang duduk,
dia tuang pergi tengok wayang hindustan shah rukh khan berlakun..

Friday, December 4, 2009

seharian di johor







































ada yang pertama kali
tapi gembira
ada yang bertemu dan
berpisah
ada yang tertinggal
dan ditinggalkan
selain dari seorang
(atau 2 orang)
semuanya kecundang

wahai johor
kami akan kembali
bersedialah kamu
menerima kejutan..

Monday, November 30, 2009

mimpi

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjghkOu1bOg18P-GM8j4bBoSYwj6Mvbb0LnquCL_7P0eNoO0Lq02DE1D3OU4dCa0aTlIUoZlbAji8-99-rYkF7bwvNjFoyT414AYF2_6-Yz6jRnhPenCHsopmFBa2IYipE3eKaqiVp4cro/s320/dreaming+of+white+dragonflies.jpg

siri kucing dan pepatong #3(dreaming of white dragonflies)|3.5'x3.5

perihal nasib 2 haiwan yang berbeza. kucing yang survive kerna
sifat penyayang manusia dan pepatong yang semakin pupus
disebabkan oleh sifat buruk manusia yang sama. sikucing tidak
tahu kenapa rakan sepermainannya telah semakin kurang
sekarang hingga terbawa2 kedalam mimpi. semoga mimpi
kucing itu menjadi kenyataan walaupun dia sudah lupa
warna sebenar pepatong dgn mengambarkan pepatong
itu berwarna putih

Saturday, November 28, 2009

kongsi! kongsi!

kongsi adalah sunnah..
rasulullah tidak akan makan kecuali berkongsi suatu makanan..

kongsi bawa kekuatan..
perkongsian ilmu dari yang berilmu kepada yang kurang berilmu
menjadikan sesuatu kumpulan atau masyarakat itu dipenuhi
oleh orang bijak pandai.. ilmu adalah kekuatan..

kongsi membawa ketenangan..
perkongsian dalam apa jua perkara didalam kehidupan akan
merapatkan sesuatu perhubungan lalu menjadikan hidup
penuh ketenangan..


kongsi membawa kesyurga..
apabila kita bersedia berkongsi harta kita dengan orang miskin
kita akan mendapat kemuliaan dari Allah..

kongsi adalah kasih-sayang..
apabila kita bersedia berkongsi hal-hal peribadi dengan seseorang
kita akan mengeratkan perhubungan dengan seseorang itu..
suami-isteri
anak-beranak
adik-beradik
saudara-mara
sahabat-handai

..namun sebaliknya
Allah dan rasul tidak suka orang yang kedekut..
kedekut harta.. kedekut ilmu.. kedekut serba-serbi..

..juga sebaliknya
kita akan kehilangan kasih sayang jika kita
tidak terbuka.. tidak sedia berkongsi masaalah..
suka berahsia kerana tidak menaruh kepercayaan kepada
kaum keluarga serta sahabat handai..

lebih-lebih lagi bila sesuatu yang kita rahsiakan itu diketahui
melalui sumber yang lain.. bukan dari mulut kita sendiri..

Wednesday, November 25, 2009


lines series #4(traveler's dream)|4'x5'|acrylic on canvas

masjid dekat rumah aku tidak sembelih lembu tahun ini..
aku dan adik beradik terpaksa mencari tempat lain untuk
membuat ibadat korban yang setahun sekali ini..
apabila ditanya bilal masjid itu dia kata ini adalah keputusan pengerusi
masjid.. alasannya dia melihat pada pelbagai hal yang tidak menyenangkan
berlaku semasa kerja sembelihan yang dilakukan tahun lepas..
macam tu pun ada..

pada pendapat aku apapun alasan kerja penyembelihan korban
tetap patut diadakan di mana-mana masjid pun.. inilah satu-satu
kemeriahan yang ada pada Hari Raya Aidil Adha.. dan inilah sedikit
kegembiraan pada mereka-mereka yang miskin terutamanya..
dan inilah tujuan ibadat korban disyariatkan.. untuk orang kurang
berkemampuan.. dahlah harga daging fresh amat mahal sekarang..

aku dengar penduduk di taman perumahan disini yang mana buat
korban seperti aku bertaburan membuat korban ditempat-tempat lain..
kalau kita tidak mahu buat korban.. janganlah susahkan orang lain
yang ingin melakukan ibadat yang mulia itu..

bukanlah yang mulia itu
darah yang memacut
dari haiwan-haiwan
yand dikorbankan
tapi tubuh yang
didalamnya mengalir
darah yang suci

selamat
menyambut
hari raya
korban
kepada para
sahabat-sahabatku
mukminin dan
mukminat

Saturday, November 21, 2009

bukan dua kekasih

wahai Tuhan
kepunyaan Mulah
setiap mata yang menawan
tajam dan menggoncangkan

izinkan aku memeluk cahaya
dan memujuk rayu dia
janganlah menjadi kejam
kepada kekasih yang kerdil ini

jangan silaukan matanya
jangan rosakkan tumpuannya
janganlah cemburu pada
minat dan cita-citanya

dia amat memerlukan kamu cahaya
bagi melengkapkan namanya
dan biarkan fokusnya
kepada hanya satu

bukan dua garisan
bukan dua ayat
bukan dua lukisan
bukan dua kekasih

Wednesday, November 18, 2009

sembunyi!sembunyi!









mnasir:mencari tuhan|2'x3'|acrylic on canvas|artist

cahaya
yang
sembunyi
rupanya
lebih
bernilai
bagi
seorang
yang
bernama
kekasih

Sunday, November 15, 2009

oh! nasib saf-saf aku


saf#4|4'x5'|acrylic on canvas

lukisan diatas ada yang keempat dari siri SAF yang aku
mula buat disekitar awal 90an..

saf #2.. aku hadiahkan pada kawan yang telah pun
meninggal dunia beberapa tahun lepas..
setahun sebelum dia meninggal dunia
kawan rumahnya di sg isap telah dilanda banjir
besar 2001.. lukisan itu telah rosak tenggelam
dalam banjir..

saf #2.. aku sertai dalam pertandingan lukisan
formula malaysia 2000 dan menang saguhati rm1,000.00..

saf #3.. dibawa oleh kawan dan dihantar bersama beberapa
lukisan lain ke sebuah galeri kecil di kl..
galeri itu dah ditutup.. kecuali satu yang terjual yang
lain tidak tahu nasib mereka.. termasuk saf #3 itu

saf #4.. aku hantar ke pertandingan terbuka johor..
bersandarkan nasib saf aku yang berbeza-beza seperti
diatas aku berdoa saf aku kali ini membawa kisah yang
lebih menarik.. apa agaknya cerita dia di johor itu..
entah makan entah tidak.. harap-harap dia berjaya
menambat hati-hati para juri dengan trick-trick yang
menarik.. lalu menjadi kebanggaan aku..

Friday, November 13, 2009

raikan kehidupan


raikan kehidupan|5'x5'|acrylic on canvas|

kain pelekat baju melayu
unifom orang melayu ke masjid
biasa disini
amat mengaidkan
di tanah arab
juga di pakistan

ustaz kita mengajar..
ditanah suci nanti
ikut cara ambil wuduk
mazhab hanafi
bila tersentuh perempuan
baru tidak batal
sedangkan
rukun wuduk
shafie dan hanafi
adalah sama

shafie kata
sebaik-baiknya
menyapu seluruh rambut
sekurang-kurangnya
tiga helai rambut
kita tinggal yang
sebaik-baiknya
kita pegang yang
sekurang-kurangnya
sampai ketitisan darah
terakhir..

kita sandarkan
amalan harus dalam
assunnah wal jamaah
bermati-matian
pertahankan
tahlil, wirid kuat lepas
sembahyang, baca yasin
malam jumaat dsn
kita tinggalkan yang
sunnah dan yang wajib

amalan kita tidak
boleh disentuh
sudah turun temurun
nenek moyang
kita amalkan

biar mati adab
jangan mati adat
(baca: biar mati agama
jangan mati melayu)

Friday, November 6, 2009

final piala malaysia

kelantan akan bermain di final malam ini bertemu N9..
walaupun aku berasal dari kelantan.. tidak ada apa-apa
yang teruja buat aku kerana aku tidak pernah menyokong
pasukan kelantan..

aku dibesarkan di pahang.. dan hanya pahang saja yang
pernah aku sokong.. jadi apabila pasukan pahang dah jadi
pasukan belasahan seperti sekarang ini.. aku tidak lagi mengikuti
perkembangan bolasepak negara..

lagipun mutu bolasepak negara sangat rendah sekarang ini..
dan aku jadi hairan bila 85,000 tiket habis dijual..

pihak FAM perlu fikirkan macammana supaya setiap tahun
pasukan kelantan dapat bermain di final.. supaya tiket habis dijual..

terlanjur bercerita pasal bola.. aku masih ingat kenangan yang
paling menyakitkan dalam sejarah aku sebagai penyokong pahang..
pahang tewas pada singapura pada separuh akhir.. dengan tendangan
penalti selepas terikat agreget 2-2.. tendangan tajudin noor yang terkena
tiang sedangkan keeper singapura masa itu sudah tersalah langkah.. kalau
bola itu masuk pahang akan kefinal buat pertama kali(macam john terry
miss penalti tu..).. segalanya masih segar dalam ingatan..

kenangan paling manis sudah tentu apabila pahang menjadi
juara 1983.. menewaskan selangor 3-2.. tapi tahun berikutnya
menjadi kenangan kedua paling pahit.. apabila pahang tewas
pula kepada selangor 3-1 dengan 2 gol minit terakhir oleh
khan hung meng..

dengan 2 juara.. 4 naib juara dan berbelas kali bersaing
di separuh akhir.. percapaian pasukan pahang agak
boleh di banggakan..

tapi sekarang ini perlawanan chelsea dan manchester united
malam esok jauh lebih dinanti-nantikan dengan debaran dan keterujaan..

apa FAM nak buat supaya dapat menarik minat
bekas-bekas peminat macam aku ke kancah liga malaysia?

Wednesday, November 4, 2009

tanpa tajuk












sebuah lukisan lama dan tidak untuk dijual

aku tidak dapat fikirkan
bila tiba masanya
Tuhan akan membunuh masa

aku tidak dapat bayangan
syurga tanpa hujung
neraka tanpa habis

dan ada orang masih
bertanya?
"ada tauliah atau tidak"

Friday, October 30, 2009

belum(siap)

my latest work in progress..



tiada apa yang hendak ditulis..
kata omputih 'a picture worth a thousand words'..

jadinya.. gambar di atas ada seribu perkataan
yang tak terucapkan..

doakan semuga ianya berjaya menambat hati seseorang..

Monday, October 26, 2009

belum































belum ada tasik
belum yang agak menarik
belum yang sudah terusik
belum tentu kembali balik

Tuesday, October 20, 2009

jangan biarkan mereka lapar

hari ini masuk kali ke 5 kami tolong belikan
barang-barang keperluan bibik jiran sebelah..
kami gembira dapat lakukannya.. kami gembira dapat
membantu saudara sesama islam kami..

minggu lepas bibik itu minta maaf pada isteriku
sebab dia telah memetik dan memakan buah mempelam kami
yang mekar(tapi belum betul-betul masak) yang terjuntai
kekawasan rumah tuan dia.. dia betul-betul lapar
masa tu katanya.. seharian dia tidak makan..

kami rasa hendak menangis.. apa jenis manusia
yang membiarkan orang gajinya berlapar..

sedangkan Nabi pernah beri amaran.. tidak akan
masuk syurga orang yang tidur kekenyangan sedangkan
jiran sebelahnya kelaparan..

ini bukan kes jiran.. tapi orang yang tinggal
sebumbung dengan kita.. yang menjaga anak kecil
kita semasa kita tiada dirumah pergi kerja.. orang
duduk sahaja tak buat kerja pun
akan kelaparan kalau tak makan lebih dari 5 jam..
inikan pulak orang yang bekerja membasuh dan mengemas rumah..

kenapa perlu sentiasa sangka buruk pada pekerja kita..
tiadakah kita mempunyai naluri kalau tidak pengalaman hidup..
dan dapat menilai seseorang dengan memerhati
tingkah laku atau "body language".. apalagi jika
seseorang itu kita lihat selalu sembahyang..

begitulah jiran saya itu.. bibiknya tidak dibenarkan
memasak.. tapi tidak juga ditinggalkan sebarang makanan untuknya..
takkan seharian hendak ditelan biskut kering sahaja..

dimanakah hilang sifat kasih sayang.. kenapa dia
boleh layak menjadi guru sekolah sedangkan logik akal
dia tidak berfungsi.. kenapa menilai seseorang itu sama
sahaja.. adakah teruk sangat warga indonesia itu
lalu perlu dia dilayan sebegitu rupa..

memberi sisa makan anak kepada orang gaji untuk dihabiskan
adalah sesuatu yang baik untuk mengelakkan pembaziran(kami
pun selalu menghabiskan sisa makan anak).. tapi
itu kalau orang gajinya telah diberi makan dengan
sempurna.. tapi jika kita membuat demikian dalam
keadaan dia(bibik itu) sedang lapar.. ia merupakan satu
jenis penghinaan kelas tertinggi sekali..

betul kami cuma mendengar dari sebelah pihak sahaja..
tapi ilmu, pengalaman hidup, mata serta telinga kami dapat membantu
deria dan naluri kami membenarkan sekurang-kurangnya 80%
atas apa yang diceritakan kepada kami..

namun demi menjaga hati jiran.. kami terpaksa
menelan segala kepahitan itu..

Wednesday, October 14, 2009

semalam dirumah pena












dari celah dinding|3-5'x4.5'|mixed media

tarikhnya 9hb sepuluh
masanya minggu lepas
menemani si daeng ramli
siangnya pertama kali ke dewan bahasa
malamnya pertama kali ke rumah pena
ada majlis membaca sajak

ada proffesor membaca sajak
ada pelakon membaca sajak
ada penulis membaca sajak
ada penyanyi membaca sajak

ada wartawan membaca sajak
ada pelajar membaca sajak
ada orang russia membaca sajak
ada kawan membaca sajak

ada polis membaca sajak
ada perempuan membaca sajak
ada lelaki membaca sajak
ada yang menangis membaca sajak

ada yang marah-marah membaca sajak
ada yang ketawa membaca sajak
ada yang malu-malu membaca sajak
ada yang menggigil membaca sajak

untuk apa semuanya membaca sajak
sedangkan penontonnya
hampir-hampir hanya aku seorang sahaja..

Monday, October 12, 2009

malam dan siang











night and day | 4'x5'| koleksi dato' jaffar, bangi

petikan dari jaff point.blogspot :
"After buying Pak Zawi painting my art craze seeped in again. I have been avoiding gallery and art exhibition simply because I am running out of wall to hang my collections. Now I am breaking the rules again and today I bought another exciting art piece titled “ Night and Day” by Abu Yusof. The abstract painting reflects the current chaotic social ills and mad race that made differentiation between good and bad so faint. Luckily God made night and day otherwise we would not know when to stop work and sleep. We will be lost in the chase for wealth and power because, truth and honesty does not matter anymore.

This art piece from Abu Yusof reminds me not to be trapped in the rat race and pollution of the mind. I have to swim away from the strong current that dragging me to the ocean. I am happy in my port and with my new art piece “ Night and Day”. For those who love art, see if you could relates yourself with this exciting work from Abu Yusof. Break away from bad politics be it in the office or at Bagan Pinang."

malam dan siang
siang dan malam

tiada lagi tirai
dan
saling tidak mengenali

Monday, October 5, 2009

ketam batu(tidak sama dengan ketam nipah)

ada manusia hidup didalam dua alam..
kalau dalam islam.. binatang yang hidup
didalam dua alam seperti katak, ketam batu dsn
haram untuk dimakan.. kenapa Allah mengharamkannya
bukan kerja kita untuk kaji..

tapi yang pasti haiwan yang hidup dua alam ini
tidak mempunyai sifat yang seperti haiwan lain..
identitinya tidak jelas..

islam menitik beratkan hal identiti..
kita hidup perlu mengelakan dari
menimbulkan fitnah.. berahsia.. menyembunyikan
fakta dsn akan mendatangkan kesusahan dan
kekacauan pada waktu semasa dan kemudian hari
lebih-lebih lagi..

ada kawan saya berahsia tentang perkahwinan mereka..
kalau dengan kawan-kawan tidak kisah sangat..
tapi dengan keluarga sendiri pun..
berbagai alasan yang tidak logik mereka kemukakan..
saya pun tak mahu komen apa-apa..

mereka hidup didua alam yang berbeza..
satu set kehidupan disebelah keluarga atau isteri
pertama dan kawan-kawan lama.. satu set kehidupan lagi disebelah isteri atau
isteri kedua dan kawan-kawan baru.. bagaikan minyak dengan air.. tidak
bercampur..

cuma sebagai kawan saya hanya mahu nasihatkan..
jangan lupa sunnah nabi.. berbising-bising(meraikan)
selepas akad nikah..

sayang dengan hanya berbising-bising pun kita dapat pahala..
kita tidak mahu..
dah lah dapat tempat bersedapan..

Monday, September 7, 2009

ramadan yang berkat










cubalah makan
sekeping roti cicah teh
dan beberapa biji tamar
masa bersahur..

kau akan dapati
tiada apa-apa masaalah
berpuasa hingga ke petang

bukan roti yang mengenyangkan
bukan teh yang menghilangkan dahaga
bukan tamar yang memberi tenaga

tapi Allah yang Maha Kuasa
yang menjadikan
Ramadan itu
penuh keberkatan..

tak perlu ayam golek
tak perlu bakar terubuk
tak perlu murtabak
tak perlu bubur lambuk
tak perlu semuanya

ambil saja keberkatan
bulan yang mulia ini

biar peniaga bazaar ramadan
pakat tutup gerai
ramai ramai pergi
jemaah kat masjid
lepas buka.. solat maghrib..

Wednesday, August 19, 2009

selamat berpuasa













a lonely tree by the kuantan bypass highway | 3.5'x4'

lukisan diatas adalah yang terbaru
setelah sekian lama..
siapa yang berminat boleh membelinya
dengan harga runtuh..
RM2500/-
..sangat sesuai menghiasi dinding ruang tamu
dihari raya nanti..
untuk melihat lukisan saya yang lain sila ke
rajawaliartgallery.blogspot.com

*******************************************

kamu semua pasti tertanya-tanya
kenapa aku tidak pernah bercerita tentang
lukisan-lukisan pada entri aku yang lepas-lepas

kenapa tidak ada promosi kepada
kerja-kerja seni aku dalam blog ini..
sedangkan ini adalah kerja utama aku..

aku pun tidak tahu kenapa..
mungkin kerna:
"..aku melukis bukan
kerna nama.."

******************************************

kerana kemungkinan ini entri aku yang terakhir
sebelum ramadan.. dan ada kemungkinan blog ini
akan berada dalam keadaan yang amat pasif
sepanjang bulan ini.. ingin aku ucapkan..
selamat menyambut bulan yang mulia
semuga bertambah amal kepada semua kamu..

Thursday, August 13, 2009

burung, batu dan telor(bukan anu-anu)

"membunuh 2 ekor burung dengan
seketul batu (killing 2 birds with a stone).."

satu peribahasa yang biasa kita dengar dan
sentiasa cuba utk diamalkan.. kerana ia
menjimatkan dari pelbagai sudut..

sekarang kita tukarkan burung(bukan anu)
diatas dengan permasaalahan..
sebenarnya bukan 2 malah
banyak burung(masaalah) dapat diselesaikan
dengan hanya mengunakan satu batu(bukan anu)..
bahkan dengan telur-telurnya(bukan anu jugak)sekali..

cuba kita pilih masaalah yang sedang kita hadapi
sekarang.. yang sangat memeningkan kepala semua
kita termasuk kerajaan dan pihak berwajib..

1. masaalah mat rempit
2. masaalah jenayah ragut
3. masaalah kematian dijalan raya
4. masaalah kecurian kenderaan
5. masaalah bohsia
6. masaalah dadah
7. masaalah pengangkutan awam
8. masaalah pencemaran udara dan bunyi
9. masaalah hubungan luarnikah
10. masaalah sampingan(telur-telur) dari
permasaalahan diatas

semua masaalah diatas hanya dapat
diselesaikan hanya dengan mengharamkan
pengunaan motosikal dimalaysia.. itu..

kenapa?
cuba lihat..

1. ini jelas.. tiada moto tiada mat rempit
2. ini pun agak jelas.. hampir 100% peragut
mengunakan motosikal
3. peratus kematian penunggang dan pembuncing
moto adalah yang tertinggi sekali
4. juga peratus kecurian moto juga adalah
tertinggi berbanding kenderaan lain
5. masaalah bohsia dengan mat rempit amat
sinonim sekali
6. motosikal adalah kenderaan utama
sipenagih dan sipenjual dadah
7. apabila motosikal diharamkan ia akan
meningkatkan permintaan kenderaan awam
dan bila permintaan tinggi penawaran automatik
akan tinggi jugak.. teori mudah ekonomi..
8. pencemaran udara & bunyi dari berjuta-juta motosikal
dapat dihapuskan
9. juga kenderaan utama penzina-penzina
kelas bawahan(golongan mat rempit lagi)
10.. dari sebab-sebab diatas dapat mengatasi
masaalah kekurangan doktor terutama di
wab kecemasan.. juga masaalah kesesakan di
penjara.. masalah pembaziran petrol dsn

jadi satu persoalan akan timbul.. bolehkan
kita hidup tanpa motosikal..
jawabnya sudah tentu boleh..

aku dah hidup lebih 40 tahun tanpa motosikal
.. aku boleh kamu pasti boleh jugak..

(diusa kurang dari 10 % mengunakan motosikal..
begitu juga negara yang pernah aku lawati(kecuali
thai dan vietnam).. mesir, turki, india, pakistan, bangladesh
semuanya amat kurang motosikal..dan
negara yang mengharamkan moto dibawah 250cc
iaitu jordan, syria dan saudi..)
mereka juga boleh hidup tanpa motosikal..

Monday, August 10, 2009

lihat dan fikir











pasangan-pasangan pernikahan
berada sisi keredaanNya
memberi cahaya
kepada sang penghuni dilangit
kerana menyangjungi sunnah NabiNya

setiap amalan diganda 10 kali
apa lagi dengan ramadhan yang
hampir menjelma lagi

semuga umur kita masih
panjang dan hati ni menjadi
gembira menyambut al mubarak

celakalah hati yang sedih
dengan kehadiran bulan yang
mulia ini.....

Monday, August 3, 2009

mereka juga saudara kita..

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda:
Tiga orang yang Aku musuhi pada hari kiamat nanti adalah
orang yang telah memberi kerana Aku lalu berkhianat dan
orang yang membeli barang pilihan lalu dia makan lebihan harganya
serta orang yang mengupah pekerja kemudian pekerja tersebut
menunaikan akadnya sedangkan upahnya tidak diberikan”
[HR Bukhari].

dan Rasulullah saw juga bersabda yang bermaksud :
"Majikan seharusnya membayar upah pekerjanya
sebelum peluh di dahinya kering."


dua hadis diatas aku sertakan disini sebagai satu ingatan
bahawa kesedihan yang aku alami sekarang amat
berasas.. kerana hal yang menyedihkan ini telah
berlaku keatas dua orang pembantu rumah jiran aku ..
kedua-dua pembantu itu adalah perempuan warga indonesia..
dan kedua-dua majikanya adalah guru sekolah..

kes pertama(jiran belakang rumah):

setelah 2 tahun(setahun tanpa permit) bekerja tanpa diberi
gaji walau satu sen.. majikannya semasa di airport memberi
satu sampul surat berisi rm seribu lebih sahaja.. kamu bayangkan
bibi itu bekerja setiap hari tanpa cuti selama 2 tahun.. termasuk
membasuh kereta hampir setiap hari.. ini bermakna gaji
yang dia dapat cuma dalam lingkungan rm 2 lebih sahaja sehari..

tergamak seorang perempuan islam yang juga seorang guru
melakukan demikian kepada seorang saudara seislamnya
yang telah berkorban meninggalkan anak dan suami selama 2 tahun..

bibi itu kerana bimbang majikan tidak memberi apa-apa.. telah
meminjam dari isteriku rm30 sebagai duit poket dalam perjalanan..
dia menceritakan semuanya semasa menalipon kami
memimta nama penuh dan alamat bagi menghantar duit yang
dipinjamkan itu.. yang kami halalkan baginya..

kes kedua(jiran sebelah)

bibi sebelah rumah baru bekerja 8 bulan.. dan kami
dapat tau darinya baru tadi.. majikannya masih tidak
membayar gaji dengan alasan gajinya disimpan oleh
majikan.. (kedua-dua guru itu mengajar disekolah yang sama..
mungkin bertukar-tukar idea sesama mereka).. kes ini
lebih memeranjatkan aku kerana jiran ini baik orangnya pada
pandangan aku.. dan aku mempunyai hubungan yang baik
dengan suaminya..

isteri aku menjadi tempat dia mencurahkan kerisauan
dan kesedihan( dari celah-celah pagar) ini semuanya bermula
bila bibi itu kerap meminta tolong isteriku belikan barang-barang
keperluannya seperti sabun, shampoo dan ubat-ubatan..
bila ditanya kenapa tidak menyuruhkan pada majikannya
.. lalu dia pun berceritalah halnya

antara lain dia tidak dibenarkan memasak.. dan pernah
dituduh memasak walaupun dia akur dan memang tidak
pernah memasak.. dia juga tidak dibenarkan meminum milo..
dan biasa dipagi hari cuma minum air masak sahaja..
dan hanya roti menjadi makanan menghilang kelaparan..
sedangkan dia perlu tenaga untuk kerja sehari suntuk..

niat baik bibi untuk mencari kutu anaknya disalah
erti bibi itu memukul anaknya.. kerna anaknya
mengadu demikian.. sedangkan bibi itu cuma
memegang kuat sedikit kerana anaknya seperti
kebanyakan budak sukar untuk duduk diam..
"banyak kutunya kak" kata bibi itu pada isteriku..

yang pasti isteriku kata dia tidak pernah mendengar
anak-anak jiran itu menangis waktu siang semasa
dalam penjagaan bibi itu.. tapi cuma aku biasa dengar
budak-budak tu menangis waktu malam .. semasa
ibubapa mereka ada dirumah..

aku bimbang apa yang terjadi pada bibi belakang
rumah akan terjadi juga pada bibi sebelah.. sedang
aku tidak mampu berbuat apa-apa kerana hubungan
baik dengan jiran perlu aku jaga.. untuk menasihati pun
aku tidak berani.. sehalus mana pun kata-kata, pasti
kedengarannya seolah-olah aku cuba menjaga tepi
kain orang..

kepada kamu yang ada orang gaji.. renungilah kedua
hadis Nabi diatas..

pada pendapat aku.. sesiapa saja yang yang kita ambil
untuk hidup sebumbung dengan kita.. kita perlu melayan
mereka sebagai salah seorang dari ahli keluarga kita..
beri mereka makan dengan apa yang kita makan..
merawat mereka bila mereka sakit.. mengembirakan
mereka bila mereka sedih..

kalau kita tidak puas hati dengan mutu kerja mereka
atau mereka dari golongan yang tidak mahu solat..
(kedua-dua orang bibi tadi mereka bersolat)
lepaskan mereka.. jangan layan mereka sebagai hamba..

namun Nabi juga pernah bersabda " yang terbaik antara
kamu adalah mereka yang terbaik terhadap hambanya"

Monday, July 27, 2009

fikir beberapa jenak

kita tidak berhak menyebarkan pandangan kita
sendiri tentang cara bagaimana hendak hidup
didunia ini.. kita membaca terjemahan al quran dan
hadis serta sekian banyak buku-buku agama.. kita
membuat tafsiran sendiri.. kita fikir cara kita adalah
terbaik.. kita amalkan untuk diri kita sendiri.. kita
anggap itu hak kita.. kita kata "nanti pandailah
aku jawab depan Allah diakhirat nanti.."

tapi apabila kita ada kepandaian teknikal.. dan kita ada
peluang untuk sampaikan pandangan kita itu.. melalui
pelbagai media.. melalui media cetak atau eletronik atau
media seni.. ianya menjadi dakyah dan perlu ditentang..

kalau kita bukan ulamak yang layak mentafsir alquran
dan hadis.. kita tiada hak menyebarkan pendapat kita
sendiri tentang bagaimana hendak menjalani hidup
ini mengikut cara yang kononnya bersesuaian dengan
alquran dan sunnah yang kita baca dari terjemaah yang
banyak..

kita gambarkan cara terbaik untuk menunjukkan
kebaikan kita pada anjing adalah dengan mengusap
kepala anjing itu.. sedangkan ada bangsa yang membela
anjing sebagai kawan.. bukan setakat membelai malah
mencium anjing tersebut merupakan satu bangsa yang
memakan daging anjing..

kita gambarkan orang yang baik adalah oarang
yang berkawan baik dengan pelacur.. tidak salah
berbaik dengan pelacur dengan niat ingin mengajak
dia kejalan lurus.. tapi pelacur yang kita gambarkan
tidak sama dengan pelacur yang berada diluar sana..
pelacur yang kita gambarkan itu.. tidak ujud..

kita gambarkan kehidupan yang hakiki adalah
berteraskan kesucian diri yang ada didalam hati..
amalan luaran hanya kulit.. sedangkan tanpa kulit
yang baik mustahil akan terhasil isi yang baik..
malah makanan yang baik kalau tidak dipacking
akan runyai dan basi.. setaraf dengan najis..

percayalah kalau kita tidak pernah susah kerana
agama.. duit kita tidak pernah habis kerana agama..
masa kita tidak pernah habis kerana agama..
kita tidak akan faham agama..
ini bukan janji saya tapi janji Allah dan Rasul..
jadinya adalah kita hanya layak mengikut orang
yang Allah anugerah kefahaman Agama..
yang seluruh hidupnya telah diwakafkan
untuk agama..

khadijah r.ha semasa menikahi Rasulullah s.a.w
adalah seorang wanita yang kaya.. tapi semasa
dia mati.. dia tidak meninggalkan apa-apa harta..
diakhir-akhir hayatnya.dia pernah berkata..
"(kerana dia sudah tiada apa yang hendak dikorbankan)
ya Rasulullah bila aku mati nanti ambillah tulang-tulangku
untuk dijadikan senjata dan jambatan untuk(tujuan)
sebarkan agama"

lalu semasa dia meninggal dunia Allah turunkan ayat ini
yang bermaksud..

" 27. wahai jiwa yang tenang. 28. kembalilah kepada Tuhanmu
dengan hati yang puas lagi diredaiNya. 29. maka masuklah kamu
kedalam jemaah-jemaah hambaKu. 30. dan masuklah
kedalam syurgaKu." (surah Al Faj)

khadijah r.ha adalah antara salah seorang wanita
yang mempunyai martabat yang paling tinggi
disisi Tuhan yang pernah hidup dimuka bumi ini..

alam ini adalah hak Allah.. agama ini adalah hak Allah..
jangan kita memandai dan berkata kita ada hak untuk
amal agama mengikut cara kita..
jangan kata Rasulullah simpan janggut kerana dizamannya
tiada gillette.. adakah Allah tiada kuasa untuk
menurunkan hujan gillette dari langit?

kamu belum lihat pedang-pedang dizaman
salahuddin berlonggok-longgok dimuzium
di damsyik.. berkilat memancar-mancar tidak
sedikitpun berkarat walau telah berusia ratusan tahun..

berjalanlah dibumi Allah dan kamu pasti
akan melihat kebesaranNya.. tiada yang lebih
hebat dari cinta seorang lelaki islam kepada
seorang yang asalnya bukan islam ..
lebih dari cinta Rasulullah..
kepada isterinya mariah..

walaupun saya perlu bersyukur atas pemergian
seseorang kerana dakyahnya..
saya tetap mendoakan agar Allah
merahmatinya.. kerana didadanya
ada kalimat lailahaillallah

Friday, July 24, 2009

sajak-sajak pendek tidak perlu tajuk lagi











15
dalam dunia yang bulat
sebagaimana kita mahu
mencari jalan kembali dan mencari
jalan kembali dan mencari jalan
kembali dan mencari jalan kembali dan..

16
walaupun dia kadang-kadang
tidak mampu untuk tersenyum
kerana kepenatan
dihatinya aku yakin
masih segar
terhadap diriku

17
bunga-bunga
yang kembang
menjadikan namaku
melahirkan
silangbunga

18
biarlah mesej yang hendak disampaikan
menjadi mesej yang kesampaian

19
kau menyembunyikan dirinya
sedangkan dihatinya
yang ada hanyalah dirimu

20
kita semua adalah sama
semata-mata hidup mencari cahaya
yang terang dalam gelap
yang cerah dalam terang

21
dunia tidak akan berubah
selagi kau biarkan
semuanya berlaku
dan berlalu

22
jangan
kau
dipenjara
oleh
khayalan
tanpa
akal
fikiran

23
hendak aku ringkaskan
segala masaalah didunia ini
dalam satu duduk dalam solat
bagi menyelesaikan segala-galanya

24
mengukir dunia yang kacau dengan
senyumanmu yang hilang
sehingga manisnya tiada lagi bererti
walau seribu juta kepahitan menjadi gula

25
anugerah
anugerah
anugerah
jangan menyerah
jangan anu ghairah

Tuesday, July 21, 2009

disatu jumaat tahun lepas













betina-betina | water color | koleksi peribadi

telepon aku berbunyi...
gejeng..gejang..gejing
Just a castaway, an island lost at sea, oh
Another lonely day, with no one here but me, oh
More loneliness than any man could bear
Rescue me before i fall into despair, oh

I'll send an s.o.s. to the world
I'll send an s.o.s. to the world
I hope that someone gets my
I hope that someone gets my
I hope that someone gets my
Message in a bottle, yeah
Message in a bottle, yeah
(ringing tone)

"hello"
"assalamualaikum" (suara perempuan)
"waalaikumussalam"
"abang abu"
"ye...?" (orang perempun mana pulak ni)
"abang abu tak ingat saya ke"
"siapa ye"
"alah saya la ni.. nor.. QSMSB"
"ohh puan nor(janda anak 3 pakai merc lampu kacang
..orang terengganu)
"apa halnya"
"abang kat mana ni"
"rumah"
"boleh jumpa tak"
"jumpa..? tapi saya tak kerja MJSB lagi"
" tahu.. saya dengar.. sebab tu telepon ni"
"sekejap yek"
(bahaya ni.. bini aku tengah buat apa tu..
masak kat dapur.. tutup pintu bilik.. kunci)
"ye puan nor cakap apa tadi"
"nak jumpa"(agak manja)
"bila"(kacau ni)
"sekarang saya ada kat restoran mz.. mari sini boleh
.. sekarang"
(aku tengok jam kat dinding.. 12:05)
"dah dekat jumaat dah ni.."
"alah jumpa sekejap je ni"
"tak boleh lepas jumaat ke"
"tak boleh la.. nak terus ke KL pulak ni"
"tak dapat la.. masa tak sesuai"
"ala boleh la"(pujuk rayu)
"tak boleh hari ni.. lain kali"
"abang...."
blip

masa muda-muda dulu tak ada yang nak ngorat aku..
dah berbini dan beranak-pinak ni ada pula yang nak
ngorat..
(tapi kalau janda ini 10 tahun lebih muda dan rupa
macam norish karman.. tak tau lah..)



p/s:kisah benar ni.. tak tipu (tapi kalau tipu pun 5% je..)

Monday, July 20, 2009

fikir lagi sejenak

dunia ini mempunyai nyawa..
nyawa dunia adalah manusia yang mempunyai
kalimah lailahaillah..
selagi ada orang yang mengucap kalimah iman ini
selagi itu dunia akan kekal tanpa kiamat..

sebab itu sebelum berlaku kiamat(kematian dunia)
Allah akan matikan semua manusia yang ada
kalimah ini..

setiap yang hidup mempunyai roh.. dan roh yang
masih sebati dengan jasad menghasilkan nyawa..

roh yang baik menghasilkan jasad yang baik dan
melakukan perkara yang baik..

roh yang jahat menghasilkan perkara yang sebaliknya..

roh dunia adalah amalan umat islam..
amalan umat islam yang baik membuahkan
dunia(jasad) yang baik..

amalan yang baik adalah amalan sunnah nabi s.a.w
kerana satu amalan nabi lebih bernilai dari langit dan
bumi dan apa-apa yang ada diantara keduanya..

kenapa tidak bila alam ini ujud semata-mata
kerana Allah hendak muliakan Nabi kita s.a.w..

dakwah adalah sunnah nabi yang utama..
dan yang menyebabkan umat nabi mulia
juga adalah kerna dakwah..
oleh kerana dakwah adalah sunnah nabi
cara dakwah perlu dilakukan juga kena ikut
cara nabi.. dakwah yang ikut cara sendiri bukan
dakwah sebenarnya..

cara nabi berdakwah adalah dari satu individu
ke satu individu.. dari rumah ke rumah.. dari
kampung ke satu kampung.. dari satu wilayah
ke satu wilayah..

dan bila ini berlaku sepertimana dizaman sahabat
dahulu.. islam menguasai 2/3 dunia ini..
bukan cara membunuh orang kafir..
tapi dengan cara mengajak orang kafir kepada

lailahaillallah

bukan cara menyalahkan orang lain
tapi dengan menyalahkan diri sendiri..

sekarang dunia dalam keadaan huru-hara..
kerana amalan umat islam dalam keadaan huru-hara..
sedikit kebaikan yang ada didunia ini adalah
kerana sedikitnya amalan umat islam..

kita umat islam yang bersalah..

selagi kita tetap menyalahkan orang lain
selagi itu dunia akan tetap huru-hara..

noktah

Saturday, July 18, 2009

fikir sejenak

* bila beroleh kekayaan mereka biasa berkata
" shukur alhamdullilah, rezeki dari Allah" sedangkan
itu bukanlah rezeki tapi ujian semata-mata..

* mensyukuri nikmat Allah bukan dengan kata-kata
tapi dengan perbuatan.. ikut perintah Allah tinggal
laranganNya.. ikut cara Nabi(sunnah)..

* perintah Allah yang agung adalah solat.. cara Nabi
pula adalah dimasjid berjemaah(bagi lelaki).. diawal
waktu(bagi wanita)..

* sunnah Nabi yang teragung pula adalah dakwah..
menyeru manusia kepada lailahaillah.. menafikan
semuanya kecuali Allah.. yang berkuasa hanya Allah..
hanya Dia yang memberi mudharat.. dan hanya dari
Dia datangnya hidayat..

* larangan Allah yang paling dasyat adalah
menyengutukanNya..

* nikmat Allah yang paling besar adalah hidayat..
yakni untuk iman dan amal..

nikmat lain didunia ini disisi Allah tiada mempunyai nilai..
kerana Allah pernah berfirman.. jika dunia ini bernilai
walaupun sebesar sebelah kepak nyamuk sekalipun.. nescaya
Allah tak akan memberi walau setitik air pun pada orang kafir..

berpuluh-puluh tahun kamu didunia ini dan menikmati segala
yang kamu kata nikmat itu.. semuanya akan lenyap bila
tiba masa roh kamu berpisah dari jasad.. kesakitannya amat dasyat

jika kamu kata panorama ditepi pantai semasa matahari
terbenam itu indah dan ianya satu nikmat..tapi kalau kamu
sedang sakit gigi semasa situasi itu.. tiada apa-apa yang
indah kerana sakitan telah menguasai diri kamu..

itu belum lagi di kira seksa kubur..

walaupun kamu semua membaca apa yang aku tulis
diatas.. kamu tidak akan faham kecuali Allah yang
memberi kamu faham..

dan yang mana belum solat semasa membaca entri ini
pergi SOLAT..

serta sama-sama kita menghayati peristiwa
isra' dan mi'raj Nabi kita sallallahualaihiwassalam..

*********************************************
sempena hari isra' & mi'raj esok saya istiharkan(sebab
tidak ada orang terfikir nak buat) sebagai:

hari solat berjemaah dimasjid 5 waktu sedunia



Thursday, July 16, 2009

agar mereka mengerti

laungan azan subuh tidak pernah gagal untuk mengejutkan
aku dari tidur.. aku membuka mataku pelahan-lahan lalu
menguap luas dan panjang.. aku mengeliat pula dengan
penuh kepuasan.. ini adalah saat yang paling aku suka..
dalam keadaan sedar berbaring-baring menikmati keempukan
tilam dan kelembutan selimut.. dan kehangatan sentuhan
tubuh seorang lelaki yang masih nyenyak dibuai mimpi disebelah..

aku suka melihat dia tidur.. dia berkeruh pelahan..
aku merapatkan badan aku bagi menikmati kehangatan
badannya.. pelahan-lahan mengesel-geselkan tubuhku
ketubuhnya yang telanjang dan hanya ditutupi selimut diantara
atas perut dan bawah lututnya yang lebat berbulu..

aku masih ingat dengan jelas bagaimana aku mula sampai dan
tinggal dengan lelaki ni.. aku bersyukur dengan pilihan aku ini..
aku tidak perduli apa orang akan kata.. setakat sebulan lebih aku
tinggal disini aku dilayan sangat baik.. siapalah aku mengharapkan
lebih dari makan dan minum serta tempat untuk berteduh..

kamu semua perlu tahu.. aku dilahirkan tanpa mengetahui
ibu dan bapaku.. aku dibiarkan keseorangan beberapa hari
selepas dilahirkan di satu lorong ditengah-tengah bandaraya..
aku dibesarkan oleh penghuni-penghuni dilorong tersebut..
rata-rata mereka bekerja menjual tubuh.. aku tahu sebab aku
biasa melihat mereka didatangi para lelaki..mereka digauli dan
kemudian dibayar dengan wang kertas..tiada berlaku tukaran
dengan barang.. pasti tubuh mereka yang mereka niagakan..

aku dibesarkan disini.. diberi makan oleh mereka-mereka ini..
diberi tempat tidur oleh mereka-mereka ini, bergilir-gilir dari
satu bilik kesatu bilik.. sehinggalah aku menjadi remaja seperti
sekarang ini..

dan suatu hari lorong itu didatangi oleh seorang lelaki..
langsung lelaki ini menjadi pengunjung tetap lorong itu..
tapi dia tidak seperti lelaki lain.. dia kesitu tidak untuk
menikmati para betina-betinanya.. tapi dia sekadar
singgah dan berbual-bual dengan mereka.. walau ada
yang cuba menariknya kebilik namun dia menolak dengan baik..
melihat sifat dia yang baik itulah aku membuat keputusan
untuk mengikut dia balik.. dan dia pula tidaklah menghalang hasratku..

dari saat itu tinggallah kami berdua dikediamannya..

tubuhnya bergerak-gerak menyedarkan aku dari lamunan..
aku merapatkan tubuhku ketubuhnya bagi menyedarkan
dia akan kehadiranku.. dia telah sedar..
tangannya sekarang mengosok-gosok belakangku..

''dah bangun ye" katanya
"mmmmmmmm" aku berbunyi manja
"jom" katanya lagi sambil melompat dari katil..
langsung menujuke dapor.. aku mengikutnya dari belakang..
tubuhnya seperti tubuhku tiada diselimuti pakaian..
sampai didapur aku perhatikan kelakuannya.. sama
seperti hari-hariyang terdahulu.. selesai kerjanya dalam
beberapa minit menyediakan makan untukku..

"nah" katanya sambil meletakan dua piring dihadapanku..
semangkuk air dan semangkuk friskies.. makanan kegemaranku..
"meow" kataku terima kasih sambil mengoyang-goyangkan
ekorku.. dengan perlahan-lahan aku pun makan..

Sunday, July 12, 2009

200,00 di ijtimak dunia, nilai

satu sejarah tersendiri berlaku di nilai..
disatu tapak berhampiran dengan masjid
kuarters klia..
satu ijtimak besar telah berlangsung pada
9-12 hb Jul 2009..
kira-kira 150,00 rakyat malaysia dan
selebihnya dari luar negara berjumlah
seramai l/kurang 200,00 berkumpul..
bersolat, mendengar bayan(ceramah),
makan dan tidur bersama-sama didalam 10
khemah besar(800mx50m) selama 3 hari..
tujuan utama ijtimak adalah untuk
membentuk jemaah 4 bulan dan 40 hari
untuk keluar ke jalan Allah..
(klik disini untuk berita lanjut)

**********************************************
aku dan group rajawali seramai 6 orang
juga tidak ketinggalan menyertai ijtimak diatas..

antara kami yang pergi..
1 orang memang sedang aktif dalam usaha
tabligh ini.. 1 separuh aktif.. 1 sedang sejuk..
1 sedang beku dan 2 lagi hendak mencari
pengalaman pertama kali..
pergi ke ijtimak..

kami: roslan, dr ali(studio2121), abdullah jones,
amie, bert dan aku.

walaupun berlaku masaalah kekurangan air, namun..
apa yang berlaku selama 3 hari itu..
amat memberi kesan yang mendalam bagi kami..

quote:
roslan: maulana kata-solat tidak menyelesaikan
masaalah tapi Allah yang menyelesaikan melalui
solat.
bert: takde seekor lalat dan seekor nyamok pun kat sini.
amie: croc aku hilang.. tapi aku reda.
dr ali: jadilah aweng.. hehehehe.. luar biasa..
abdullah jones: .... ( setelah membentang tempat tidurnya
semasa mula-mula sampai.. aj tidak lagi
kelihatan kecuali beberapa minit sebelum
doa penutup ijtimak, sleeping-bag nya sejuk
tidak diguna )
aku: (satu soalan bermain dikepala sepanjang ijtimak berjalan)










...dimanakah abdullah jones?

Wednesday, July 8, 2009

kalau sudah jodoh(sebuah kisah benar)








m nasir:mencari tuhan|acrylic on canvas

prolog

ini adalah sebuah kisah benar mengenai
dua insan yang saling meminati antara satu
sama lain.. tapi tidak pernah mendapat peluang
untuk mencurahkan isi hati.. tetapi jodoh telah
menemukan mereka kembali setelah lebih
20 tahun..

i
prof. dr. zainab masih bujang walaupun usianya
telah mencecah angka 40.. hidupnya memang
sentiasa sibuk dengan kerjaya di sebuah pusat
pengajian di kuantan.. bandar kelahirannya.. tapi
dengan kedua ibubapanya telah kembali kerahmatullah
dan adik-beradiknya semua bekerja dan tinggal diluar
kuantan.. tempat ini menjadi amat sunyi bagi dirinya
dihari-hari minggu seperti ini..

dia bukanlah seorang yang tidak ada rupa.. malah
sentiasa mendapat perhatian laki-laki.. dan dia juga pernah
mempunyai teman semasa belajar dahulu tapi semuanya hanya
singgah separuh jalan sahaja..
tiada yang betul-betul berasmara-dana..

sekarang setelah bergelar professor kebanyakan laki-laki
menjauhkan diri.. walaupun jauh disudut hati dia tidak kisah
kalau bersuami seorang kerani biasa asalkan lelaki itu seorang
yang baik dan beriman.. namun bagi pihak lelaki pula biasanya
isteri yang berkedudukan tinggi bererti 'queen control'.. kalaulah
orang lelaki tahu isi hatinya.. alangkah..

prof dr zainab tersentak dari lamunan bila terdengar bunyi
akhbar sunday times dicampak kehalamannya oleh sipengedar
surat khabar.. dia mencapai tudung dan bergegas.. suratkhabar
pagi ahad tidak pernah gagal untuk menghibur dan memenuhi
pemilkirannya buat menghilangkan kesunyian..

sambil bersarapan dia membelik-belik muka akhbar mencari berita
yang paling menarik untuk dibaca.. tapi dipagi itu bukan
berita yang menarik perhatiannya kecuali satu iklan..
tayangan filem transformer dipanggung golden screen cinema
dimega mall..
entah macammana hatinya teringat seseorang..

dia melihat jam didinding.. dia ada masa 1 1/2 jam untuk tayangan
pertama.. lantas dia pun lekas-lekas bersiap.. dah lama tak tenguk
wayang.. hehehe..ada lagi ke tiket.. macammana kalau terserempak
dengan anak muridnya.. ah.. perdulikan..

dia masih teringatkan seseorang.. dan seseorang itu kalau dapat
ditemui.. dimasa inilah.. hatinya tidak berharap sangat.. tapi..

ii
sedang cik prof kita beratur untuk membeli tiket..
matanya liar memerhati takut-takut ada anak muridnya hadir sama..
so far so good..
"cik" tegur seseorang yang membuatkan dia tersentak.
"nak tengok show sekarang ke" tanya seorang lelaki..
cik(mamat ni nak ngorat aku ke)prof memandang ketempat lain
buat tidak dengar teguran itu..
"saya ada satu tiket lebih ni.. kawan saya tak jadi datang..
bayar separuh pun tak apa.. lagi pun tiket hari ni dah habis tu"
"betul ke" cik prof kita berkata sambil berpaling mengadap
buat pertama kalinya lelaki empunya suara itu.. dia memandang
lelaki yang berkacamata hitam itu.. tidak kenal..
"nah" hulur lelaki itu sekeping tiket mengunakan dua jari
mengepit.. ada garis parut yang selari pada ruas tengah
kedua-dua jari itu; jari telunjuk dan jari hantu..

cik prof tergamam..
(" nab, duit awak jatuh.. nah" kamal menhulur duit seringgit kepada
zainab dengan mengepitkannya dengan dua jari; jari telunjuk dan
jari hantu.. yang berparut)

cik prof kembali menatap wajah lelaki itu..
" parut tu bukan sebab kena ketuk cik gu ramli.. sebab..sebab.."
" lukis transformer masa dia mengajar"
" kamal?"
" hey, zainab.. ingat aku kau ye"
" hehehe.. peminat no 1 transformer"
" apa khabar nab... dengar khabar kau di uzxqm.. professor"
" ye.. kau pulak"
" aku buat kerja sendiri je"
" kontraktor"
" ada la sikit-sikit"
" ye ke.."
" buat apa sini.. sorang je ke"
" tengok wayang sorang-sorang.. "
" jom kita.. cerita dah nak start.. kira aku belanja la"
" hmm"

sambil melangkah kamal bersuara lagi " tak tahu awak
minat transformer.. dah.. err.. besar-besar macam ni"
" tak.. saja datang sebab teringat seorang.."
" sapa" langkah kamal terhenti..
" awak.. peminat no 1 transformer " kata cik prof sambil
memasuki panggung yang separa gelap..

setelah masing masing duduk.. kamal berpaling dan berkata..
" sebenarnya saya dah perasan awak tadi.."
cik prof diam memandang.. dan kamal terus menyambung
" .. sebab tu saya tegur, tak sangka awak masih ingat saya..
saya suruh kawan saya balik.."
" saya pun tak sangka awak masih ingat saya.. dah dekat 30 tahun.."
" saya takan lupa wajah gadis itu yang tidak sedikit pun
nampak lucu diwajah masa orang lain semua ketawa
masa saya kena dengan cik gu ramli.."
" awak ni nak tengok wayang ke apa...."

iii
dipendekkan cerita.. 6 bulan kemudian cik prof zainab
dan kamal bahrin selamat di nikahkan.. sudah jodoh
takkan kemana..

epilog
sori..
sebenarnya rancangan asal memang aku nak cerita kisar benar..
tapi ditengah jalan datang idea untuk cerita diatas..
walaupun fiksyen..
ada juga perkara yang benar berlaku.. kisah dihukum rotan
belakang tangan kerna lukis transformer masa cikgu tengah
mengajar tu memang kisah aku masa form 1.. cuma transformer
tu dalam kedudukan ala kamasutra.. dan sekolah aku 'all-boys'
tak ada perempuan..

kisah cik prof kawin pun benar juga..
cuma cik prof tu dah 10 tahun menjanda dengan anak dua.. nikah
dengan sahabat karib aku jadi isteri no 2.. untung sahabat aku tu ye..
tak payah sekolah tinggi-tinggi pun dapat duduk atas professor..

Saturday, July 4, 2009

sebuah kisah cinta yang sebenar

ada seorang gadis menulis diblog dia.. aku baca..
bercerita tentang dia bertandang ke majlis
pernikahan seseorang jejaka yang dia pernah
minati(baca: cintai)..

aku pun teringat kisah.. ehem.. cinta aku dengan
isteriku..

kisah cinta yang biasa.. pakwe jumpa makwe..
pakwe tackle makwe.. makwe jual mahal mulanya..
pakwe tak putus asa.. dicuba lagi.. dan lagi..
namun Allah dah tentukan jodoh.. ada jodoh
makwe terima lalu mereka pun bercinta dan
akhirnya nikah.. selamat..
yang tiada jodoh bercinta tapi putus ditengah jalan..

aku tak pernah lalui semua itu.. aku ikut jalan
short-cut.. ceritanya begini..

suatu hari aku rasa aku dah tak tahan hidup
berseorangan.. aku rasa dah tiba masa untuk
aku cari seorang gadis dan nikah.. masaalahnya
aku tak tahu macammana nak tackle orang
perempuan.. aku ada juga minat dengan beberapa
orang perempuan.. tapi aku tak tahu atau takut
untuk dekati.. tak tahu takut apa tapi takut dan malu..
tak tahu malu apa tapi malu..

pendekkan cerita aku jumpa mak aku dan
beritahu hasrat aku nak nikah.. mak aku cuma
senyum sambil bertanya.. nak nikah dengan siapa..
tak tahu.. mak tolong carikan boleh.. kata aku..
nantilah.. jawab mak..

selang beberapa hari hebohlah cerita aku hendak
kawin dikalangan kakak-kakak dan abang aku..
aku ada seorang abang dan 5 orang kakak..

selepas di dera secara mental dengan usikan
dan sebagainya.. maka bertempiranlah kakak-
kakak aku pergi mencari gadis yang sesuai dengan aku..

selepas tiga kali pergi 'menenguk' dan ketiga-tiganya
aku reject.. aku macam dah give-up.. letih rupanya
proses ini.. letih sangat.. berjanji, berjumpa, menenguk,
menimbang-nimbang, berkira-kira..
letih.. bila masa depan menjadi taruhan..

selepas 6 bulan dari hari aku buka mulut beritahu
mak aku yang aku hendak kawin.. keadaan menjadi
sedikit tenang.. dalam keadaan yang agak tenang ini..
aku didatangi oleh kakak aku yang ketiga dengan
suaminya.. mereka kata meraka ada seorang tapi
dah agak berumur.. setahun lebih tua dari aku..
namun lapuran yang aku terima amat mengalakan ..
dia orang kl.. sedang belajar di sebuah pondok..

ok ini yang aku hendak.. seperti yang aku selalu
doakan supaya Allah kurniakan aku seorang
isteri yang solehah..

selepas pergi meneguk dan masing-masing pun
setuju.. maka selepas 3 bulan aku pun
nikahlah.. alhamdulillah..

dan dimalam pengantin itulah aku pertama kali
bercakap dengan isteriku..
kerana projek tak mahu menjadi(masing-masing
tiada pengalaman agaknya) kami berborak sampai
pagi tanpa tidur.. bermulalah kisah cinta aku
dan isteriku.. you bloody f****** don't know
what you are missing(kepada mereka yang
dah berkawin dahulu sebelum bernikah)

sekarang selepas 18 tahun dan 6 orang anak..
dan aku baru balik dari rumah emak aku sebentar tadi..
menunaikan giliran menuntun
emak aku yang sudah uzur.. aku sedar yang
aku telah menemui seorang isteri yang aku
idamkan.. kalau bukan isteri yang sanggup
membasuh berak mak mentuanya.. isteri yang
macammana lagi yang kamu mahu..

bagi orang yang nikah dahulu
baru bercinta macam aku.. solat hajat & doa
adalah satu-satunya senjata untuk
pilihan yang tepat.. tiada yang lain..
kalau tidak.. macammana hendak kita tahu..

Allah benar-benar dah makbulkan
doa aku untuk isteri yang solehah..
dan lebih lagi..
kerana nama dia juga solehah..

Monday, June 29, 2009

kutu tak dengar MJ

kutu tak dengar michael jackson(MJ)... itu adalah ungkapan
mereka-mereka yang mengaku diri mereka adalah kutu
pada tahun 1984.. tahun zaman kegemilagan MJ dengan album
yang diagung-agungkan Thriller keluaran pada tahun 1983..
dan sebelum majlis anugerah Grammy feb 1984..
media eletronic saban hari memutarkan
lagu MJ yang tiga itu(thriller, beat it dan billie jean) hingga
nak muntah para kutu termasuk aku..

bila keputusan grammy keluar(seperti diduga) MJ mengungguli
dengan 8 grammy.. semua ketegori yang dia dicalon menang
kecuali song of the year yang dimenangi oleh the police dengan
every breath you take.. the police adalah sebuah kumpulan
yang didengar sebahagian kecil kutu.. terubat sikit luka kutu..

sebenarnya pada tahun 1980an itu merupakan tahun zaman
peralihan muzik para kutu.. ianya bermula disekitar tahun
1978 bila musik blues diangkat oleh kutu menjadi muzik
rasmi para kutu.. mengantikan muzik rock yang dipelopori
oleh led zeppelin dan deep purple serta lain2..

dan sekitar tahun 1981 bob marley dengan muzik reggae
tiba-tiba muncul dengan lebih kutu lagi.. menyebabkan
ramai kutu meninggalkan blues dan bernaung dibawah
muzik reggae.. dan diwaktuyang sama arus baru muzik rock
muncul dengan iron maiden, ac/dc,def leppard, white snake,
rainbow dsn.. dan kutu dah menjadi berbelah bagi..
hasilnya kutu pun berpecah menjadi 3 kumpulan..
1. kekal dengan blues
2. reggae dengan gelaran rastaman
3. rock(yang menukar nama jadi mat rock)..

pada masa ini aku menjadi kutu yang berasingan dan memisahkan
diri dari taksub pada ketegori tertentu.. lalu aku memilih untuk
mendengar muzik yang tersendiri oleh artiste yang mencipta muzik
yang berlainan dengan genre mereka sendiri.. aku mula mendengar
dengan lebih matang dengan memilih bukan sahaja muzik
tapi senikata yang mendalam.. maka munculah pink floyd..
walau bukan kumpulan yang baru tapi muzik mereka adalah
terasing dari yang lain.. sebelum itu ada dire straits
yang mengabungkan muzik country, rock dan blues dengan
petikan gitar yang berbunyi hampir seperti piano..
dan the police yang mengabungkan reggae, jazz, blues dan
rock dan menghasilkan muzik yang unit dan segar sepanjang masa..

disamping itu aku terus mencari artiste yang lain untuk
diminati namun sehingga sekarang masih tiada
walaupun genesis dan yes dapat sedikit menarik hati
namun tidak dapat menandingi yang tiga disebut tadi..

perlu disebut di tanah melayu aku ada wakil yang dibanggai
iaitu m nasir dan wakil indon ebiet g ade..

beberapa tahun lepas semasa bekerja di kemaman aku terpaksa
memandu selama lebih 2 jam sehari berulang alik dari kuantan ke
kemaman.. untuk mengisi kebosanan semasa memandu
aku telah membuat satu uji kaji yang bodoh(memang tiada
yang cerdik dapat di buat semasa 2 jam dalam kereta)
tapi menarik.. aku mengkaji antara lagu-lagu kegemranku
..yang mana boleh bertahan paling lama bila didengar berulang kali..
lagi dan lagi.. kebanyakannya hanya bertahan selepas
3-4 kali ulang saja sebelum kebosanan tiba..

namun ada satu lagu yang aku tahan dengar berulang kali..
bermula dari kemaman hingga ke kuantan lebih 10 kali ulang..
tanpa rasa boring.. dan lagu itu aku angkat menjadi juara dalam
uji kaji ini.. lagu itu ialah...



so lonely - the police(Outlandos d'Amour|1978)

disini kutu mengambil kesempatan memohon berbanyak kemaafan
pada kamu MJ kerana selama ini kutu selalu menggutuk kamu
..bukan apa pun kutu cuma agak jealous kat kamu dengan
segala perhatian yang kamu dapat.. no hard feeling ok dan
kalau betul kamu dah peluk islam... al fatihah & RIP..

Thursday, June 25, 2009

intensity in tense city












inten-city #43|acrylic on canvas|koleksi michael barrett|


semalam sedang aku duduk dan minum
lewat petang berseorangan direstoran hasan
berhampiran dengan rumah.. aku terkejut dengar takbir raya..
biar betul.. rupanya ia datang dari rancangan mari berteranum.. di tv 9..

ustaz yang mengajar tu menyanyikan contoh satu jenis lagu
dalam penglaguan pembacaan al quran.. takbir raya adalah contoh lagu itu..
dia memberikan mood yang sayu dan sedih.. kemudian dia
menyanyikan pula takbir raya dengan beberapa nada lagu yang lain..
'macammana' tanya ustaz tu pada anak muridnya..
'tak sampaikan maksud tujuan dan tidak melahirkan rasa sayu dan sedih'..

ya Allah.. Kau yang mensyariatkan takbir dipagi raya
tidak lain kecuali untuk menaikkan semangat jihad..
lihatlah umatmu ditanah melayu ini.. bersedih dengan takbir raya
yang mendayu-dayu.. teringat mak ayah, teringat datuk nenek,
teringat kekasih asmara dana dan lain-lain kesedihan..
tak kira pas tak kira amnu..

tapi yang pelik, kesedihan tu tak pula menghilangkan
selera makan seperti kebiasaan bila orang bersedih..

salah satu pekara yang aku akan tukar kalau aku jadi
raja ditanah melayu ni.. tukar lagu takbir dengan nada takbir
para mujahidin yang sedang menuju medan peperangan..
Allahu Akbar.!!!

dan azan pun aku nak tukar jugak.. biar azan
dengan nada yang memanggil dan mengajak
umat sembayang berjemaah
seperti maksud sebenar azan.. bukan azan sebab
nak beritahu masuknya waktu sembayang..

aku pun dah lama tukar menu makanan di pagi raya..
tak ada rendang.. tak ada ketupat.. tak ada lemang..
kalau kau orang datang rumah aku hari raya..
ada nasi ayam, dengan sayur-sayur yang banyak..
ada mee soto.. ada pizza.. pendek kata semua menu
yang tak berapa sama dengan orang.. asal anak aku suka
dan perut aku tak meragam.. itulah aku buat.. juga kuih-kuih kering
pula aku tukar dengan buah-buahan..
anggur, epal, tembikai, pisang dsn..

aku nonton jugak mari berteranum di tv 9..
sampai habis.. anak siapa yang comel-comel tu..

Monday, June 22, 2009

sentuh siti sikit














gambar diatas diambil dari satu cerita tentang datuk siti(datuk siti mana lagi!) didalam NST ahad 21hb lepas.. ada kumpulan soalan-soalan yang diringkaskan dan jawaban balas siti pada soalan itu yang lebih ringkas.. oleh kerana paper ini dalam BI soalan dan jawapannya mesti dalam BI juga kan..

saya terpanggil untuk ulas hal ini bukan sebab saya peminat..
tidak juga saya membenci.. saya tak ada apa-apa dengan siti..
tapi ada beberapa perkara yang saya tidak faham tentang soalan dan jawapannya..

soalan 1

orang tu tanya "sister siti sairah or siti saida" siti jawab " my mum, siti salmah"
apa sebenarnya orang tu tanya.. saya agak.." which of your sister do you closer to, siti sairah or siti saida".. adakah siti tak faham soalan bila dia jawab my mum siti salmah.. memanglah semua orang tahu dia sayang dan rapat dengan mak dia.. tak tanya pun orang tau..

berhati-hati menjawab soalan lebih-lebih soalan dari wartawan.. belum kira soalan dari peguam.. orang boleh buat macam-macam andaian dari jawaban yang kita beri..

soalan 2

"bad boy or boy-next-door".. saya rasa soalan panjang dia berbunyi " Whom do you attract to, a man with a bad boy image or man with the boy-next-door image"..
siti jawap "bad boy".. ini seperti membuka pekong didada suami sendiri ni.. jangan gitu.. tipu sikit apa salahnya.. untuk menjaga suami.. jawapan yang tak macam siti.. bad boy dalam bahasa orang putih bukan makna budak nakal ia agak lebih dasyat maknanya dari budak jahat dalam bahasa melayu.. siti tak faham agaknya.. datuk k bad boy, woooo kinky..

soalan 3

pass

soalan 4

"diamonds or luxury watch"... siti suka daimonds.. siti dalam bab ni memang kurang pengetahuan.. kebanyakan jenama jam 'super' seperti patek philippe, breguet, cartier, bovet, bsn(sekadar memberi beberapa nama) biasanya bertatahkan berlian pada jam mereka.. tapi berlian bukalah yang menyebabkan mereka mahal tapi design, 'workmanship' dan enjin jam itu punya complication.. jam yang harga 1 juta misalnya kalau dibuang berlian dia masih berharga sekitar 700,000.. tapi berlian yang dibuang tadi di berli oleh habib jewel akan dijual dengan harga kurang dari 100,000 ribu.. kalau pilih jam siti dapat jam dan berlian dengan harga yang jauh lebih mahal.. malangnya siti pilih berlian.. ruginya.. kalau sesak-sesak pun.. jam lebih senang dijual berbanding belian semata.. kalau siti nak berlajar beli jam jumpa saya..

soalan 5-11

pass

soalan 12 & 13

sebenarnya soalan 12 adalah soalan 13 begitu juga sebaliknya.. ianya telah ditukar turutannya.. ini tidak lain supaya tidak mengaibkan datuk siti.. sebab ianya tidak menjadi kebiasaan orang bertanya bergitu..
biasanya orang mesti tanya pasukan dulu kemudian baru tanya permain.. saya agak ini soalan trick dari wartawan saja nak mainkan siti.. so bunyinya agak begini..
"which team do you support man united or liverpool"
"liverpool"
"which of the liverpool player do you like to watch, ronaldo or beckham"
"ronaldo"

tak mungkin siti seorang yang mengikuti atau arif tentang EPL.. dia kata liverpool kerana datuk k minat liverpool(berani potong).. kerana datuk k remaja zaman 70an.. sebab di zaman tu(kecuali saya) semua orang adalah penyokong liverpool.. siti adalah remaja zaman eric cantona dan beckham, dia jadi harus sokong man united kalau dia ikut EPL.. berhati-hati menjawab soalan..

soalan 14

pass(apa punya soalan ni dan apa punya jawaban) patutnya wartawan ni dah kena pelempang.. kalau tak maknanya siti tak tau apa itu G-string..


Friday, June 19, 2009

radio ga-ga-l









three trees| watercolor| koleksi peribadi|

apa cerita dan apa khabar radio-radio di tanah melayu..
aku dah agak lama tidak dengar radio..
aku percaya masa yang paling banyak antara kita
dengar radio adalah semasa memandu..
masa ini pun aku tidak dengar juga.. apa lagi masa dirumah..

dulu aku selalu minum petang di kedai kak kiah..
dia memang sentiasa pasang radio..
bukan pulak aku minum kat situ sebab nak dengar radio
tapi sebab karipap kak kiah sedap..
kak kiah biasanya pasang saluran radio
yang paling aku tak suka.. aku tak pasti nama salurannya..
tapi yang aku pasti radio tu banyak lagu hindustan..
dan dj dia memang pakar tentang lagu-lagu hindustan..
itu aku kagum.. dia betul buat dia punya homework..
tapi benci betul cara bongkaknya menyampaikan
pengetahuannya tentang lagu2 hindustan..
seolah-olah tiada yang lebih penting dari itu..

ada juga masa aku rasa nak dengar radio..
aku buka era.. ada lapuran trafik..
jalan sini sesak.. jalan sana merangkak..
aku tukar hotfm.. ada pendengar sedang memberi
satu pendapat..aku tak nak dengar pendapat pendengar
yang telepon radio sebab dia suka telepon radio dan
dia teruja sebab dia berjaya mengalahkan
pemanggil lain dan panggilannya berjaya
menembusi dan didengar..dia bukan telepon sebab
dia ada pendapat yang bagus untuk dikongsi..

aku tukar suria.. lagi lapuran trafik.. oi orang lepeh!
oi orang marang! oi orang gua musang! dengor sini..
kay-el sesok tau.. jalan jam merata-rata........!!
orang lepeh, orang marang, orang gua musang
perduli apa jalan KL jam.. orang KL pun dah lali..
jam ke tak jam ke mereka tetap akan tempoh..
ngabih ke beras je.. lapuran trafik dilapur
sebab ke memang tak ada benda dah nak lapur..

aku tukar sinar..lagu rock leleh..
kerana sebab lagu dia ada gitar goreng
dia kata dia rock.. kuat betul mat-mat rock bercinta yek..
goreng gitar macam hard rock.. lagu cinta
mendayu meleleh-leleh.. rock kepala hotak dia.. aku tukar
pahang fm.. propoganda dalam loghat pahang..
aku tukar muzik fm..ada lagu siti.. suara sedap..
tapi bukan selera aku.. memang aku cerewet
dengar lagu.. lagu aku tak minat aku tak dengar sampai habis..
aku tukar lagi.. lite fm.. john lennon lagu imagine..
aku dengar sampai habis..lepas tu lagu ghostbuster..
aku tukar traxx.. wah! the police.. every breath you take..
aku dengar sampai habis.. tapi sebanyak-banyak
lagu the police yang sedap-sedap, mereka bila buat keputusan
putar lagu the police mereka akan pasang lagu ini lagi dan lagi..
mujurlah lagu the police tiada yang boring..

hati ini terubat juga.. kemudian keluar pulak
lagu rap hiphop.. ceh!.. cepat-cepat aku tukar.. sakit telinga..
aku pun tutup terus radio..capai keset m nasir..
album sang pencinta.. dibeli oleh seorang sahabat
dan paksa aku bayar.. sebab m nasir aku tak kesah..
aku bayar saja..walau pun aku kecewa dengan
lagu-lagu dari album ini.. aku dengar juga sebab
hampir semua radio ditanah melayu bukan selesa aku..

bertahun-tahun ditimur tengah dan mendengar BBC..
selera aku terhadap radio menjadi terlalu tinggi
untuk dipenuhi oleh saluran radio tanah melayu..