Monday, November 30, 2009

mimpi

http://1.bp.blogspot.com/_qEVRSnYJ45A/SxQLidb5XyI/AAAAAAAABX0/FTfFKN1qGpA/s320/dreaming+of+white+dragonflies.jpg

siri kucing dan pepatong #3(dreaming of white dragonflies)|3.5'x3.5

perihal nasib 2 haiwan yang berbeza. kucing yang survive kerna
sifat penyayang manusia dan pepatong yang semakin pupus
disebabkan oleh sifat buruk manusia yang sama. sikucing tidak
tahu kenapa rakan sepermainannya telah semakin kurang
sekarang hingga terbawa2 kedalam mimpi. semoga mimpi
kucing itu menjadi kenyataan walaupun dia sudah lupa
warna sebenar pepatong dgn mengambarkan pepatong
itu berwarna putih

Saturday, November 28, 2009

kongsi! kongsi!

kongsi adalah sunnah..
rasulullah tidak akan makan kecuali berkongsi suatu makanan..

kongsi bawa kekuatan..
perkongsian ilmu dari yang berilmu kepada yang kurang berilmu
menjadikan sesuatu kumpulan atau masyarakat itu dipenuhi
oleh orang bijak pandai.. ilmu adalah kekuatan..

kongsi membawa ketenangan..
perkongsian dalam apa jua perkara didalam kehidupan akan
merapatkan sesuatu perhubungan lalu menjadikan hidup
penuh ketenangan..


kongsi membawa kesyurga..
apabila kita bersedia berkongsi harta kita dengan orang miskin
kita akan mendapat kemuliaan dari Allah..

kongsi adalah kasih-sayang..
apabila kita bersedia berkongsi hal-hal peribadi dengan seseorang
kita akan mengeratkan perhubungan dengan seseorang itu..
suami-isteri
anak-beranak
adik-beradik
saudara-mara
sahabat-handai

..namun sebaliknya
Allah dan rasul tidak suka orang yang kedekut..
kedekut harta.. kedekut ilmu.. kedekut serba-serbi..

..juga sebaliknya
kita akan kehilangan kasih sayang jika kita
tidak terbuka.. tidak sedia berkongsi masaalah..
suka berahsia kerana tidak menaruh kepercayaan kepada
kaum keluarga serta sahabat handai..

lebih-lebih lagi bila sesuatu yang kita rahsiakan itu diketahui
melalui sumber yang lain.. bukan dari mulut kita sendiri..

Wednesday, November 25, 2009


lines series #4(traveler's dream)|4'x5'|acrylic on canvas

masjid dekat rumah aku tidak sembelih lembu tahun ini..
aku dan adik beradik terpaksa mencari tempat lain untuk
membuat ibadat korban yang setahun sekali ini..
apabila ditanya bilal masjid itu dia kata ini adalah keputusan pengerusi
masjid.. alasannya dia melihat pada pelbagai hal yang tidak menyenangkan
berlaku semasa kerja sembelihan yang dilakukan tahun lepas..
macam tu pun ada..

pada pendapat aku apapun alasan kerja penyembelihan korban
tetap patut diadakan di mana-mana masjid pun.. inilah satu-satu
kemeriahan yang ada pada Hari Raya Aidil Adha.. dan inilah sedikit
kegembiraan pada mereka-mereka yang miskin terutamanya..
dan inilah tujuan ibadat korban disyariatkan.. untuk orang kurang
berkemampuan.. dahlah harga daging fresh amat mahal sekarang..

aku dengar penduduk di taman perumahan disini yang mana buat
korban seperti aku bertaburan membuat korban ditempat-tempat lain..
kalau kita tidak mahu buat korban.. janganlah susahkan orang lain
yang ingin melakukan ibadat yang mulia itu..

bukanlah yang mulia itu
darah yang memacut
dari haiwan-haiwan
yand dikorbankan
tapi tubuh yang
didalamnya mengalir
darah yang suci

selamat
menyambut
hari raya
korban
kepada para
sahabat-sahabatku
mukminin dan
mukminat

Saturday, November 21, 2009

bukan dua kekasih

wahai Tuhan
kepunyaan Mulah
setiap mata yang menawan
tajam dan menggoncangkan

izinkan aku memeluk cahaya
dan memujuk rayu dia
janganlah menjadi kejam
kepada kekasih yang kerdil ini

jangan silaukan matanya
jangan rosakkan tumpuannya
janganlah cemburu pada
minat dan cita-citanya

dia amat memerlukan kamu cahaya
bagi melengkapkan namanya
dan biarkan fokusnya
kepada hanya satu

bukan dua garisan
bukan dua ayat
bukan dua lukisan
bukan dua kekasih

Wednesday, November 18, 2009

sembunyi!sembunyi!









mnasir:mencari tuhan|2'x3'|acrylic on canvas|artist

cahaya
yang
sembunyi
rupanya
lebih
bernilai
bagi
seorang
yang
bernama
kekasih

Sunday, November 15, 2009

oh! nasib saf-saf aku


saf#4|4'x5'|acrylic on canvas

lukisan diatas ada yang keempat dari siri SAF yang aku
mula buat disekitar awal 90an..

saf #2.. aku hadiahkan pada kawan yang telah pun
meninggal dunia beberapa tahun lepas..
setahun sebelum dia meninggal dunia
kawan rumahnya di sg isap telah dilanda banjir
besar 2001.. lukisan itu telah rosak tenggelam
dalam banjir..

saf #2.. aku sertai dalam pertandingan lukisan
formula malaysia 2000 dan menang saguhati rm1,000.00..

saf #3.. dibawa oleh kawan dan dihantar bersama beberapa
lukisan lain ke sebuah galeri kecil di kl..
galeri itu dah ditutup.. kecuali satu yang terjual yang
lain tidak tahu nasib mereka.. termasuk saf #3 itu

saf #4.. aku hantar ke pertandingan terbuka johor..
bersandarkan nasib saf aku yang berbeza-beza seperti
diatas aku berdoa saf aku kali ini membawa kisah yang
lebih menarik.. apa agaknya cerita dia di johor itu..
entah makan entah tidak.. harap-harap dia berjaya
menambat hati-hati para juri dengan trick-trick yang
menarik.. lalu menjadi kebanggaan aku..

Friday, November 13, 2009

raikan kehidupan


raikan kehidupan|5'x5'|acrylic on canvas|

kain pelekat baju melayu
unifom orang melayu ke masjid
biasa disini
amat mengaidkan
di tanah arab
juga di pakistan

ustaz kita mengajar..
ditanah suci nanti
ikut cara ambil wuduk
mazhab hanafi
bila tersentuh perempuan
baru tidak batal
sedangkan
rukun wuduk
shafie dan hanafi
adalah sama

shafie kata
sebaik-baiknya
menyapu seluruh rambut
sekurang-kurangnya
tiga helai rambut
kita tinggal yang
sebaik-baiknya
kita pegang yang
sekurang-kurangnya
sampai ketitisan darah
terakhir..

kita sandarkan
amalan harus dalam
assunnah wal jamaah
bermati-matian
pertahankan
tahlil, wirid kuat lepas
sembahyang, baca yasin
malam jumaat dsn
kita tinggalkan yang
sunnah dan yang wajib

amalan kita tidak
boleh disentuh
sudah turun temurun
nenek moyang
kita amalkan

biar mati adab
jangan mati adat
(baca: biar mati agama
jangan mati melayu)

Friday, November 6, 2009

final piala malaysia

kelantan akan bermain di final malam ini bertemu N9..
walaupun aku berasal dari kelantan.. tidak ada apa-apa
yang teruja buat aku kerana aku tidak pernah menyokong
pasukan kelantan..

aku dibesarkan di pahang.. dan hanya pahang saja yang
pernah aku sokong.. jadi apabila pasukan pahang dah jadi
pasukan belasahan seperti sekarang ini.. aku tidak lagi mengikuti
perkembangan bolasepak negara..

lagipun mutu bolasepak negara sangat rendah sekarang ini..
dan aku jadi hairan bila 85,000 tiket habis dijual..

pihak FAM perlu fikirkan macammana supaya setiap tahun
pasukan kelantan dapat bermain di final.. supaya tiket habis dijual..

terlanjur bercerita pasal bola.. aku masih ingat kenangan yang
paling menyakitkan dalam sejarah aku sebagai penyokong pahang..
pahang tewas pada singapura pada separuh akhir.. dengan tendangan
penalti selepas terikat agreget 2-2.. tendangan tajudin noor yang terkena
tiang sedangkan keeper singapura masa itu sudah tersalah langkah.. kalau
bola itu masuk pahang akan kefinal buat pertama kali(macam john terry
miss penalti tu..).. segalanya masih segar dalam ingatan..

kenangan paling manis sudah tentu apabila pahang menjadi
juara 1983.. menewaskan selangor 3-2.. tapi tahun berikutnya
menjadi kenangan kedua paling pahit.. apabila pahang tewas
pula kepada selangor 3-1 dengan 2 gol minit terakhir oleh
khan hung meng..

dengan 2 juara.. 4 naib juara dan berbelas kali bersaing
di separuh akhir.. percapaian pasukan pahang agak
boleh di banggakan..

tapi sekarang ini perlawanan chelsea dan manchester united
malam esok jauh lebih dinanti-nantikan dengan debaran dan keterujaan..

apa FAM nak buat supaya dapat menarik minat
bekas-bekas peminat macam aku ke kancah liga malaysia?

Wednesday, November 4, 2009

tanpa tajuk












sebuah lukisan lama dan tidak untuk dijual

aku tidak dapat fikirkan
bila tiba masanya
Tuhan akan membunuh masa

aku tidak dapat bayangan
syurga tanpa hujung
neraka tanpa habis

dan ada orang masih
bertanya?
"ada tauliah atau tidak"