Friday, October 30, 2009

belum(siap)

my latest work in progress..



tiada apa yang hendak ditulis..
kata omputih 'a picture worth a thousand words'..

jadinya.. gambar di atas ada seribu perkataan
yang tak terucapkan..

doakan semuga ianya berjaya menambat hati seseorang..

Monday, October 26, 2009

belum































belum ada tasik
belum yang agak menarik
belum yang sudah terusik
belum tentu kembali balik

Tuesday, October 20, 2009

jangan biarkan mereka lapar

hari ini masuk kali ke 5 kami tolong belikan
barang-barang keperluan bibik jiran sebelah..
kami gembira dapat lakukannya.. kami gembira dapat
membantu saudara sesama islam kami..

minggu lepas bibik itu minta maaf pada isteriku
sebab dia telah memetik dan memakan buah mempelam kami
yang mekar(tapi belum betul-betul masak) yang terjuntai
kekawasan rumah tuan dia.. dia betul-betul lapar
masa tu katanya.. seharian dia tidak makan..

kami rasa hendak menangis.. apa jenis manusia
yang membiarkan orang gajinya berlapar..

sedangkan Nabi pernah beri amaran.. tidak akan
masuk syurga orang yang tidur kekenyangan sedangkan
jiran sebelahnya kelaparan..

ini bukan kes jiran.. tapi orang yang tinggal
sebumbung dengan kita.. yang menjaga anak kecil
kita semasa kita tiada dirumah pergi kerja.. orang
duduk sahaja tak buat kerja pun
akan kelaparan kalau tak makan lebih dari 5 jam..
inikan pulak orang yang bekerja membasuh dan mengemas rumah..

kenapa perlu sentiasa sangka buruk pada pekerja kita..
tiadakah kita mempunyai naluri kalau tidak pengalaman hidup..
dan dapat menilai seseorang dengan memerhati
tingkah laku atau "body language".. apalagi jika
seseorang itu kita lihat selalu sembahyang..

begitulah jiran saya itu.. bibiknya tidak dibenarkan
memasak.. tapi tidak juga ditinggalkan sebarang makanan untuknya..
takkan seharian hendak ditelan biskut kering sahaja..

dimanakah hilang sifat kasih sayang.. kenapa dia
boleh layak menjadi guru sekolah sedangkan logik akal
dia tidak berfungsi.. kenapa menilai seseorang itu sama
sahaja.. adakah teruk sangat warga indonesia itu
lalu perlu dia dilayan sebegitu rupa..

memberi sisa makan anak kepada orang gaji untuk dihabiskan
adalah sesuatu yang baik untuk mengelakkan pembaziran(kami
pun selalu menghabiskan sisa makan anak).. tapi
itu kalau orang gajinya telah diberi makan dengan
sempurna.. tapi jika kita membuat demikian dalam
keadaan dia(bibik itu) sedang lapar.. ia merupakan satu
jenis penghinaan kelas tertinggi sekali..

betul kami cuma mendengar dari sebelah pihak sahaja..
tapi ilmu, pengalaman hidup, mata serta telinga kami dapat membantu
deria dan naluri kami membenarkan sekurang-kurangnya 80%
atas apa yang diceritakan kepada kami..

namun demi menjaga hati jiran.. kami terpaksa
menelan segala kepahitan itu..

Wednesday, October 14, 2009

semalam dirumah pena












dari celah dinding|3-5'x4.5'|mixed media

tarikhnya 9hb sepuluh
masanya minggu lepas
menemani si daeng ramli
siangnya pertama kali ke dewan bahasa
malamnya pertama kali ke rumah pena
ada majlis membaca sajak

ada proffesor membaca sajak
ada pelakon membaca sajak
ada penulis membaca sajak
ada penyanyi membaca sajak

ada wartawan membaca sajak
ada pelajar membaca sajak
ada orang russia membaca sajak
ada kawan membaca sajak

ada polis membaca sajak
ada perempuan membaca sajak
ada lelaki membaca sajak
ada yang menangis membaca sajak

ada yang marah-marah membaca sajak
ada yang ketawa membaca sajak
ada yang malu-malu membaca sajak
ada yang menggigil membaca sajak

untuk apa semuanya membaca sajak
sedangkan penontonnya
hampir-hampir hanya aku seorang sahaja..

Monday, October 12, 2009

malam dan siang











night and day | 4'x5'| koleksi dato' jaffar, bangi

petikan dari jaff point.blogspot :
"After buying Pak Zawi painting my art craze seeped in again. I have been avoiding gallery and art exhibition simply because I am running out of wall to hang my collections. Now I am breaking the rules again and today I bought another exciting art piece titled “ Night and Day” by Abu Yusof. The abstract painting reflects the current chaotic social ills and mad race that made differentiation between good and bad so faint. Luckily God made night and day otherwise we would not know when to stop work and sleep. We will be lost in the chase for wealth and power because, truth and honesty does not matter anymore.

This art piece from Abu Yusof reminds me not to be trapped in the rat race and pollution of the mind. I have to swim away from the strong current that dragging me to the ocean. I am happy in my port and with my new art piece “ Night and Day”. For those who love art, see if you could relates yourself with this exciting work from Abu Yusof. Break away from bad politics be it in the office or at Bagan Pinang."

malam dan siang
siang dan malam

tiada lagi tirai
dan
saling tidak mengenali

Monday, October 5, 2009

ketam batu(tidak sama dengan ketam nipah)

ada manusia hidup didalam dua alam..
kalau dalam islam.. binatang yang hidup
didalam dua alam seperti katak, ketam batu dsn
haram untuk dimakan.. kenapa Allah mengharamkannya
bukan kerja kita untuk kaji..

tapi yang pasti haiwan yang hidup dua alam ini
tidak mempunyai sifat yang seperti haiwan lain..
identitinya tidak jelas..

islam menitik beratkan hal identiti..
kita hidup perlu mengelakan dari
menimbulkan fitnah.. berahsia.. menyembunyikan
fakta dsn akan mendatangkan kesusahan dan
kekacauan pada waktu semasa dan kemudian hari
lebih-lebih lagi..

ada kawan saya berahsia tentang perkahwinan mereka..
kalau dengan kawan-kawan tidak kisah sangat..
tapi dengan keluarga sendiri pun..
berbagai alasan yang tidak logik mereka kemukakan..
saya pun tak mahu komen apa-apa..

mereka hidup didua alam yang berbeza..
satu set kehidupan disebelah keluarga atau isteri
pertama dan kawan-kawan lama.. satu set kehidupan lagi disebelah isteri atau
isteri kedua dan kawan-kawan baru.. bagaikan minyak dengan air.. tidak
bercampur..

cuma sebagai kawan saya hanya mahu nasihatkan..
jangan lupa sunnah nabi.. berbising-bising(meraikan)
selepas akad nikah..

sayang dengan hanya berbising-bising pun kita dapat pahala..
kita tidak mahu..
dah lah dapat tempat bersedapan..