
dunia ini adalah..
melihat wajah isteri
yang sedang tidor
kemudian
mengerakkan dia
bangun sembahyang subuh
dunia ini adalah..
hiruk pikuk
diwaktu pagi
mengesa anak
cepat mandi
cepat sarapan
mencari-cari
wang kecil
buat belanja mereka
dunia ini adalah..
menghantar anak
kesekolah
dalam
kelam-kabut
dijalanraya
dunia ini adalah
singgah dipasar
membeli
ayam ikan
sayur dan
barang-barang runcit
dunia ini adalah
kehidupan seharian
hari ini
esok dan seterusnya
selain dari
dunia ini adalah
dunia khayalan yang
kamu impikan
tak mungkin jadi
kenyataan
3 comments:
:)
dunia ini adalah persinggahan..
tempat untuk
taat dan setia..
sujud dan tunduk..
yang lain cumalah mainan
----
dunia ini bukan khayalan..
kerana khayalan tidak akan dihitung
untuk menilai kita di hari esok
Dunia ini PASAR PERSINGAHAN...:)
Post a Comment