Saturday, May 15, 2010
tiada kata secantik bahasa untuk kami memujimu duhai bonda
khadijah bt mohamad azhar
kami pernah setuju untuk menjaga bayi sepasang pasangan muda jiran kami yang baru berpindah tahun lepas.. bayi itu yang baru berusia 2 bulan anak sulung kepada seorang ustaz hafiz dan isterinya seorang ustazah..
apabila mereka bertanyakan bayaran kami cepat-cepat menolak namun meminta jasa baik mereka untuk mengajar anak-anak kami mengaji quran..
aufa nama bayi itu kami jaga seperti anak kami sendiri.. beberapa hari pertama dia bersama kami merupakan hari-hari yang amat teruja.. semua aktiviti harian kami berubah mengikut jadual penjagaan aufa..
namun rupanya Allah ada rancanganNya sendiri.. keceriaan aufa dalam hidup kami hanya berkekalan selama seminggu sahaja.. keluarga kami diserang deman selsema.. kebetulan musim h1n1 tengah melanda.. kami dengan berat hati terpaksa menyerahkan penjagaan aufa takut dia juga terkena jangkitan.. untuk sementara waktu sahaja kata kami.. sehingga semuanya sihat kembali..
ustaz terpaksa mengupah orang lain pula untuk menjaga aufa.. rupanya keluarga baru yang menjaga aufa juga seperti kami.. amat sayang kepadanya sehingga tidak mahu melepaskan dia walaupun kami sudah bersedia mengambilnya kembali seminggu kemudian..
walaupun kami akur namun perasaan rindu kepadanya amat terasa.. dan terpaksa kami telan dengan amat sukar.. rezeki kami hanya setakat itu sahaja..
ya memang Allah punya rancangan yang lebih hebat buat kami.. 2 bulan lepas emak aku yang tidak mampu untuk berjalan kerana sakit lutut yang kronik yang tidak dapat penjagaan yang sempurna dikampung telah bersetuju untuk tinggal bersama kami.. setelah sekian lama dipujuk..
hari pertama beliau bersama kami.. kami suami isteri tidak dapat tidur malam kerana terlalu teruja.. yah! emak sekarang tinggal bersama kami.. kami berjanji dengan diri kami untuk menjaga beliau dengan sebaik mungkin..
aku bersyukur kerana dianugerahkan seorang isteri yang begitu mengambil berat kebajikan ibu mentuanya.. memang emak tidak silap bila bersetuju untuk menerima isteriku sebagai menantu.. buktinya boleh ditanya kepada pengumpul sampah yang pasti menyumpah-yumpah dengan bau busuk semasa mengangkut berbungkus-bungkus lampin-pakai-buang dewasa setiap dua hari sekali, dari tong sampah kami yang amat besar, merah dan beroda..
dan cinta ku kepada isteriku telah naik beberapa darjah yang amat tinggi sejak hari itu..
kembali kepada kisah aufa diatas.. bertapa seorang bayi mempunyai aura yang hebat keatas sesiapa sahaja.. seperti yang kami alami walaupun hanya seketika tapi ikatan kasih sayang yang terbentuk amat kuat untuk dilepaskan malah kekal abadi.. apalagi ikatan seorang ibu dengan anaknya..
aku pernah membuat sajak untuk ayah aku.. aku juga pernah membuat siri sajak khas untuk isteriku.. tapi aku masih tercari-cari perkataan-perkataan serta ayat-ayat yang sesuai (untuk mengarang walau satu sajak untuk ibuku) namun masih belum ketemui yang setanding untuk menggambarkan kehebatan kasihsayangnya..
aku tidak tahu tarikh sebenar hari ibu.. cuma aku tahu ianya memang pada bulan mei ini.. bagi ku itu tidak penting.. kerana mulai sekarang setiap hari aku akan menyaupkan nasi kemulut ibu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
sayang ibu
Baik benar ungkapan buat seorang ibu.
terkedu aku...
Post a Comment