Thursday, August 13, 2009

burung, batu dan telor(bukan anu-anu)

"membunuh 2 ekor burung dengan
seketul batu (killing 2 birds with a stone).."

satu peribahasa yang biasa kita dengar dan
sentiasa cuba utk diamalkan.. kerana ia
menjimatkan dari pelbagai sudut..

sekarang kita tukarkan burung(bukan anu)
diatas dengan permasaalahan..
sebenarnya bukan 2 malah
banyak burung(masaalah) dapat diselesaikan
dengan hanya mengunakan satu batu(bukan anu)..
bahkan dengan telur-telurnya(bukan anu jugak)sekali..

cuba kita pilih masaalah yang sedang kita hadapi
sekarang.. yang sangat memeningkan kepala semua
kita termasuk kerajaan dan pihak berwajib..

1. masaalah mat rempit
2. masaalah jenayah ragut
3. masaalah kematian dijalan raya
4. masaalah kecurian kenderaan
5. masaalah bohsia
6. masaalah dadah
7. masaalah pengangkutan awam
8. masaalah pencemaran udara dan bunyi
9. masaalah hubungan luarnikah
10. masaalah sampingan(telur-telur) dari
permasaalahan diatas

semua masaalah diatas hanya dapat
diselesaikan hanya dengan mengharamkan
pengunaan motosikal dimalaysia.. itu..

kenapa?
cuba lihat..

1. ini jelas.. tiada moto tiada mat rempit
2. ini pun agak jelas.. hampir 100% peragut
mengunakan motosikal
3. peratus kematian penunggang dan pembuncing
moto adalah yang tertinggi sekali
4. juga peratus kecurian moto juga adalah
tertinggi berbanding kenderaan lain
5. masaalah bohsia dengan mat rempit amat
sinonim sekali
6. motosikal adalah kenderaan utama
sipenagih dan sipenjual dadah
7. apabila motosikal diharamkan ia akan
meningkatkan permintaan kenderaan awam
dan bila permintaan tinggi penawaran automatik
akan tinggi jugak.. teori mudah ekonomi..
8. pencemaran udara & bunyi dari berjuta-juta motosikal
dapat dihapuskan
9. juga kenderaan utama penzina-penzina
kelas bawahan(golongan mat rempit lagi)
10.. dari sebab-sebab diatas dapat mengatasi
masaalah kekurangan doktor terutama di
wab kecemasan.. juga masaalah kesesakan di
penjara.. masalah pembaziran petrol dsn

jadi satu persoalan akan timbul.. bolehkan
kita hidup tanpa motosikal..
jawabnya sudah tentu boleh..

aku dah hidup lebih 40 tahun tanpa motosikal
.. aku boleh kamu pasti boleh jugak..

(diusa kurang dari 10 % mengunakan motosikal..
begitu juga negara yang pernah aku lawati(kecuali
thai dan vietnam).. mesir, turki, india, pakistan, bangladesh
semuanya amat kurang motosikal..dan
negara yang mengharamkan moto dibawah 250cc
iaitu jordan, syria dan saudi..)
mereka juga boleh hidup tanpa motosikal..

9 comments:

Anonymous said...

benar seperti kenyataan di atas.tapi.. macam mane dgn kelompak masyarakat bawahan yang status hidup mereka tak memampukan untuk membeli kenderaan roda 4. adakah perlu menggunakan pengangkutan awam yang jelas tidak efficient. jika basikal ditukar ganti, malaysia bukan negara yang membudayakan penggunaannya.

zarch said...

Salam ziarah...eeem bagus juga syor sdr, cuma saya rasa yang salah bukan motor tetapi penunggang motor bak kata pepatah yang lebih kurang maksudnya, tak pandai menari - lantai disalahkan.

Motor ini, fungsinya adalah seperti kuda, mudah bergerak, boleh parking dimana-mana disamping murah kosnya tetapi kalau penunggangnya adalah kalangan pesakit jiwa, bagi basikal pun, dilayaknya.

- Maaf, hanya berkongsi fikir diblog sdr, apa-apa pun, masyaallah, menarik nukilan dan artwork sdr, semoga Allah merahmati sdr.

sharamli said...

ingatkan anu2

aku said...

salam pak yusuf,

bg aku la, tak semua org mampu berkereta. tak semua org boleh ketempat kerja dgn kenderaan awam.
yang penting otak penunggang mestilah bersih..

abuyusof said...

nak menyelesaikan masaalah berat kena buat korban besar.. kalau tidak jangan dok mimpi.. masaalah tak akan selesai dengan cakap-cakap

zarch said...

Assalam, izinkan saya linkkan blog sdr dalam blog saya, agar dapat selalu jenguk-jengok blog sdr, masyaallah beruntung dapat bertemu sesuatu yang bermanfaat seperti blog sdr ni.

Dan mohon doa hidayat untuk saya...

Park Chick said...

meragut dah lama dah diharamkan tapi ada gak yg meragut, berzina, minum arak, berjudi pun dah lama dah diharamkan tapi ada jugak kes ni. kesian moto dipersalahkan, kalo beli moto ngan duit haram xpe gak kalo nk diharamkan.kalo balut kusyen moto ngan kulit anjing ke babi ke xpe gak nk dharamkan.kalo beli petrol isi moto ngan duit haram xpe gak nak diharamkan.

Najwa Aiman said...

Kesiannya kedua-dua ekor burung tu. Nak sembelih buat lauk pun tak boleh. Nak goreng telurnya pun dah tak boleh... Ni mesti mat rempit yang sedang ram motor sambil baling batu kat burung-burung tu semasa merempit bersama-sama awek bohsia yang baru bangun tidur setelah berkongsi katil dengan mat rempit tu kan? Kan?

Ismail Fitry said...

salam,

sekadar berkongsi.

saudara, saya sekarang sedang menuntut di New Zealand. Di sini amat sukar untuk melihat motosikal. Adalah dalam sebulan terserempak dengan 2-3 buah sahaja.
1- Kat sini sistem pengangkutan awamnya sangat effisien (bas) dan tiba tepat pada waktunya.
2 - Harga kereta sangat murah, dalam seribu-2 ribu NZD boleh dapat kereta yang sangat elok.
3 - Orang ramai gemar berbasikal dan jalan kaki ke tempat kerja (menakjubkan)
4 - Had kelajuan hanyalah 50kmj sahaja pada jalan biasa(highway 100kmj).