aku setuju dengan kau tuan doktor
memang janggut bukanlah paspot
untuk masuk kesyurga..
tapi aku yakin janggut yang
aku simpan sejak sekian lama
tegar menahan setiap penghinaan
teguh menerima ancaman
nyawa aku pertaruhkan
tak mungkin Nabi akan
mengsia-siakan aku
kerana hanya atas namanya
janggut ini ku biarkan tumbuh
dan subur
aku yakin Nabi
orangnya amat penyayang..
abu yusof
kuantan
190210
8 comments:
menyimpan janggut atas nama nabi?
kan ke lebih baik dari tetapkan iman atas nama Allah
maksudnya menyimpan kerana ianya sunnah nabi.. mengamal sunnah nabi perintah Allah.. niatnya mestilah mestilah lillahitaala..
Salam,
Dah lama tak dengar cerita.. where are you these days?
abg janggut, apa tips bela janggut?
dimanakah menghilang saudaraku seorang
sofie,
saya ada.. cuma banyak hal.. idea pun kurang.. kering.. cuaca panas agaknya..
caracol,
jes let it flow..
aishah,
masih disini.. tanpa ilham yang bernas..
Salam bang,
ada benda yg paling senang dapat pahala dalam apa keadaan pun tp ikhlas... bela janggut n tanam pokok. berjuta insects numpang berteduh pasti mendoakan si penanamnya ... hidup planters.
alah..
tanam pokok memang dapat pahala.. tapi kalau pokok yang kita tanam tu kita dera tak habis2.. kena cantas, kena kebas buah dia, pas tu kita sembur racun dan bila pokok tu dah tua kita tebang tanpa ehsan.. dapat dosala pulok.. insaf la planters..
'ala kullihal.. bang.. bila turun ktn jgn lupa kontek aku.. 017 9514325
Post a Comment