Wednesday, February 3, 2010

wangi-wangian









her office #1|acrylic on canvas|2'x3'|private collection


kalau di ibaratkan
wanita itu sebagai
wangi-wangian

ada satu, dua, tiga
ada beberapa yang aku
sentiasa suka

ada wangian yang
membuat aku pening

ada wangian yang memualkan
dan membuatku
mahu muntah

ada wangian mahal
yang digilai ramai

ada wangian murah
buat mereka yang tiada

ada wangian tiruan
yang berbau sama
berbahan toksid

ada wangian dari alkohol
ada wangian dari minyak
ada dari ambar
ada dari kasturi
ada dari geharu

semuanya bagiku
tiada sewangi bau
badan isteriku
dan bau bayi-bayi yang
dia lahirkan untukku

abu yusof
kuantan
030210

10 comments:

lyza said...

jiwang :)

abuyusof said...

apa-apa lah.. jangan jiwa wang dah.. hehehe

lyza said...

hehe..encik abuyusof, dolah jones ada mengatakan.."romantis tak boleh harap"..
yok yo o aje dia kan..

abuyusof said...

romantis pada bini dapat pahala.. sapa taknak bodoh la..

abu muaz said...

salam ziarah tuan

abuyusof said...

abu muaz.. alaikum salam

Mohamad Farez Abdul Karim said...

cantik la painting bang.. hehe. (ada makna tuu)

mamawana said...

Salam puisi salam ziarah dari mama

kelompen said...

tahniah, puisi ini tersiar dalam metro selasa 29jun2010. tahniah sahabat

Anonymous said...

tuan, minggu lepas entah macam mane tergerak hati untuk membaca ruangan sajak di satu ruangan akhbar. salah satu sajak itu menarik hati saya dan tatkala terpandang pengakhir sajak itu, saya yakin saya pernah berkunjung ke blog tuan punya sajak satu masa dulu. dan telahan saya amat tepat. alangkah indahnya jika bakal suami saya mempunyai bakat seperti tuan (^_^). terima kasih berkongsi.