Saturday, January 7, 2012

suatu hari dikedai kasut




Liza melihat jam didinding kedai kasut tempat dia
sedang duduk menunggu pelanggan. Jam 10 pagi. 
Baru 1 jam masa berlalu dari waktu kedai dibuka.
Hari isnin memang begitu. Pelanggan yang datang
untuk membeli kasut atau selipar amat kurang. 

Siapa yang hendak datang membeli kasut masa-masa
begini. Masing-masing sedang sibuk bekerja. Walaupun
dia tidak kisah pada jumlah pelanggan yang ada atau
yang tiada. Tapi sekurang-kurangnya pelanggan akan
membuatkan dia tidak duduk sahaja membilang detikan
jam seperti sekarang.

Diperhatikan sepasang suami isteri tawkey kedai/majikannya.
Mr Tan dan Madam Tan. Apakah yang sedang mereka bicarakan
agaknya, sedang mengeluh tentang hari yang kurang pelanggan
seperti pagi itu agaknya. 

Tiba-tiba ada kelibat seseorang memasuki kedai itu.
Liza mengalihkan pandangannya kedepan. Kedua majikannya
berhenti bercakap. Liza bangkit mendapatkan pelanggan
yang baru masuk. Seoarang pak haji. Berkupiah dan berjanggut.
Tapi agak pelik sebab dia berjeans dan berkemeja T leher bulat.

"Ya, tuan haji boleh saya bantu," tegur Liza
"Tak, tengok-tengok aje," jawap pelanggan itu
sambil berpaling dan tersenyum pada Liza.
Baru Liza perasan, sangka awalnya yang
lelaki itu berumur dalam linkungan 60an meleset.
Dilihat dari wajahnya dia anggarkan umur pelanggan
pertamanya hari itu berusia dalam lingkungan 40an.

Di biarkan lelaki itu melihat-lihat. Berhenti ditempat
rak yang tersusun sandal perempuan. Dicapainya
satu sandal dilihat-lihat dan diletakkan balik. Liza
biarkan. Agaknya sedang mencari selipar untuk isterinya.

Dia mencapai satu lagi sandal, dilihatnya saiz. Diletakan
sandal itu kelantai, dilepaskan kaki dari seliparnya, dan 
menyarungkan kakinya pada sandal yang baru tadi.

Apahal pulak orang tua ni. Detik hati Liza.

"Cik, ini selipar untuk orang pempuan cik.
Orang lelaki punya sebelah sana," kata Liza.

Pelanggan itu tersenyum dan berpaling pada Liza.
Menunjukan sandal yang dia cuba tadi.

"Ini saiz 8, saiz 9 ada," kata pelanggan itu.

Liza memandang wajah lelaki tu. Dia teragak-agak.

"Ini selipar untuk isteri saya cik, kaki kami sama besar," 
kata AKU tersenyum.

Pembantu kedai yang aku agak berumur dalam lingkungan
20an itu juga tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.
Dia mencapai sandal itu.

"Saya rasa ada, sekejap yek," katanya dan beredar.

Aku memeng suka pergi beli selipar untuk isteriku.
Sambil membeli tu dapat juga aku menyakat pekerja-
pekerja yang ada dikedai kasut.




14 comments:

Aishah Nur Hakim said...

Aaaaaaa~

comelnya!

nak menangis saya baca oh T_T


alaa,
kaki saya kecil.
tak dapatla nak suami belikan sandal
>_<

abuyusof said...

ala aishah apa yang comelnya..
dah keturunan kaki besar.. hehehe..
semua anak2 ngigut belah isteri pulak tu.. anak lelaki sulong saiz 10..

Cahaya Kekasih said...

cisss....tertipu~

ingatkan cerpen tadi..hehehe

uncle semakin pandai menulis....ada bakat tulis cerpen ni,

abuyusof said...

hahaha..

SIM said...

Huhu T_T

Saiz kasut saya sama saiz dengan anak sulung enche.. Isk.. isk.. Orang kaki besar ni jenis sanggup susah senang bersama enche.. Haha.. Masuk bakul angkat sendiri.. :p Kui kui kui..

Anonymous said...

saiz ppuan 9 sama saiz laki 7.. awak saiz 10 laki ke ppuan.. saiz 9 pp pun susah nak cari.. mcamana awak?

As said...

Comel sangat!

SIM said...

Kepada yang bertanya (cewah.. haha). Kalau ikut USA Women saiz. Saya saiz 10. Memang susah la nak cari saiz kasut saya kalau Jenama Malaysia. Tak merasa saya kasut Jukebox ke, kasut stilletto ke, kasut bling-bling sana-sini tu memang jangan mimpi la.

Kalau saya nak beli kasut biasa saya beli jenama Skechers, tak pun saya beli kasut boots. Jenama lain susah sikit la nak dapat saiz 10.

~PENCHENTA~ said...

Suwitlah.

Siapa kaki saiz 6? Jom kawen. Kih3. Boleh tak macamtu? ;)

Anonymous said...

penchenta

Allah akan sentiasa uji kita.. nak yang kecil molek Dia bagi yang tinggi lampai.. nak kurus Dia akan bagi yang gempal..

Reda dengan pemberiannya membawa berkah!

ay

Anonymous said...

SIM

yang bertanya tu saya la

tokey blog ni.. hehehe

Sofie Shah said...

Comel! :)

Suka pergi kedai beli selipar untuk isteri - wonder what your wife does with them all.. ^^

abuyusof said...

sofie..

suka tak brmakna selalu beli.. beli bila dah buruk atau bila nak rosak je.. ada la setahun se-dua kali.. jangan beli banyak2 kasut nanti kena hisab..

SIM said...

Setahun se-dua kali? Istilah baru ni.. Goosebump dibuatnya.. hehe..

Saya tahu enche yang bertanya, itu sebab soalan itu dijawap.. :)