Friday, November 4, 2011
ganti nama diri..
kiah #1|3.5x4.5|mixed|2011
di Rajawali..
abdullah jones aku kenal dan berkawan sejak 25 tahun dahulu
selepas habis zaman persekolahan.. biasa la kami akan bercakap
dengan bahasa aku-kau..
abdullah 'acai' hamdan aku kenal dan berkawan kurang lebih
3 tahun.. dia masih muda dan belum
berumah tangga jadi dia bahasakan diri dia 'saya' dan
aku dia panggil 'abang abu' dan
aku bahasakan diri aku 'saya'..
begitu jugak dengan najihah.. saya-abang abu..
ali nublee aku kenal masa sama-sama buat tabligh..
agaknya lebih kurang 18 tahun lepas.. masa tu dia
masih student.. jadi aku dengan dia biasa guna
ana-anta.. atau selalunya kawan-awok(orang pahang
lah katakan)
begitu jugak dengan ajis.. kawan-awok..
bila duduk semeja dan berborak-borak.. masa ni lah
masaalah akan timbul.. aku-saya-kawan bertukar ganti
kadang-kadang jadi agak 'awkward' kata orang putih..
mengapa jadi macam ini.. kenapa bahasa melayu
ada terlalu banyak ganti nama diri.. saya, aku,
kawan, koi, hamba, orang, patek, beta, awak, kau,
engkau, mu, hang, kamu, anda dan macam-macam lagi..
tapi yang peliknya tak cukup dengan pelbagai ganti nama itu
masih ramai yang tidak menggunakan ganti nama tapi memilih
untuk membahasakan dirinya mengunakan nama sendiri(hampir
semua penyanyi dan pelakun di Malaysia) menggantikan
aku atau saya dsn..
masih kurang ajar membahasakan aku atau saya dengan ahli
keluarga yang lebih tua.. nak kata ini ajaran Islam
tidak jugak.. sebab anak-anak dan sahabat Nabi berbahasa
ana-anta sahaja bila bercakap dengan Nabi Yang Mulia..
Tapi yang pelik jugak bila berbahasa orang putih dengan
emak ayah guna I-you sahaja..
ok bahasa melayu itu unik dan dalam hal ini bertambah unik..
bahasa kita penuh kesopanan dan lemah lembut kita kata..
atau kita sahaja yang menterjemahkan sopan santun
itu demikian rupa..
bersopan santun hanya bila kepentingan diri kita
tidak tergugat.. tapi bila kepentingan diri kita tergugat
hilang segala sopan dan santun..
bersambung..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Basa-basi cuma satu fomaliti..
Saya pernah berkawan dengan orang yang umurnya 12 tahun lebih tua dari saya tetapi saya panggil dia dengan panggilan nama je (bukan nama sebenar).. hehe..
Tapi saya suka panggil 'Abu Yusuf' dengan panggilan 'enche'..
Only you, I panggil begitu <-- Haha.. Ayat gurau enche.. ampun..
p/s: saya suka lukisan di atas.. ala-ala naive art.. simple tapi menarik.. tajuknya 'kiah'?.. boleh cerita sikit apa yang tersirat disebalik yang tersurat?
'kiah' adalah nama yang diringkaskan dari nama rokiah.. ada jugak 'joyah' atau 'gayah' dari rogayah.. tapi yang sebenarnya semuanya asal dari nama yang sungguh indah iaitu ruqaiyah..
siri ini saya cadang untuk cerita tentang wanita melayu dari sudut humor seperti nama mereka yang indah tapi disalah gunakan.. begitu..
Post a Comment