Tuesday, November 1, 2011
sampaikan..
siri benda #7|6'x4.5'|mixed media|2011
aku bercadang untuk berjumpa seseorang
dan menyatakan begini kepadanya:
" Dan.. boleh tak aku nak beritahu kau
sesuatu.. sesuatu yang mungkin menyinggung
perasaan kamu.. tapi aku sangat perlu untuk
memberitahu kamu hal ini.. untuk kebaikan kamu
sebenarnya..
Dan.. Alhamdulillah aku lihat kamu sekarang
lima waktu sembayang di masjid.. kamu tahukan
bahawa sembahyang di masjid itu satu Sunnah Nabi kita
yang amat besar..
di kabarkan dari hadis Nabi bahawa mereka-mereka
yang berada di padang mahsyar akan terlihat satu
golongan manusia yang akan menunggangi sebuah
kenderaan yang akan terbang sepantas kilat..
maka mereka-mereka di padang mahsyar nanti akan
kagum dan tertanya-tanya siapakan gerangan mereka..
adakah mereka itu para nabi atau adakah mereka itu
para syuhada..
nanti akan dikabarkan kepada mereka bahawa
mereka itu adalah dari kalangan umat Muhammad
yang bersolat jemaah di masjid setiap waktu..
Dan kamu patut bersyukur banyak-banyak kerana
Allah telah berikan hidayah pada kita untuk
menjadi pembawa rahmat dan berkat ke sekian alam..
Tapi Dan.. solat jemaah ada peraturan yang perlu
kita ikut untuk mencapai yang terbaik dan terpuji
disisi Allah.. kalau kita kurang arif malah sangat
banyak lagi yang kita tidak tahu sebenarnya dari
khazanah ilmu Allah yang maha luas.. kita kena belajar
dan rajin bertanya..
Dan.. hanya satu saja setakat ini yang aku mahu kamu tahu..
minta maaf kalau aku katakan samaada kamu perasan
atau tidak berdiri kamu didalam saf amat jarak sekali..
selalunya aku perhatikan kamu berdiri dengan menjarakkan
diri kamu lebih dari sejengkal dari jemaah yang lain..
aku tidak tahu kenapa kamu melakukan begitu tapi
adalah wajib saf itu dirapatkan sehingga bersentuhan bahu..
malah kita diwajbkan melangkah dan bergerak dalam solat
bagi menutupi ruang-ruang yang ditinggalkan kosong..
dengan menjarakkan diri kamu begitu kamu telah dengan
tidak sengaja telah merosakkan keseluruhan saf tempat
kamu berdiri.. amat rugi lah kamu.. kerana niat mendapat
rahmat Allah dengan bersolat di masjid bertukar menjadi
kemurkaanNya..
kalau kamu merenggangkan diri bagi mendapat keselesaan
semasa kamu duduk tahiyat akhir nanti.. kerana aku perhatikan
memang begitulah keadaan kamu yang berpeha besar itu..
maka aku kabarkan pada kamu.. kita kena tahu masa bila untuk
kita perlu korbankan yang sunat bagi mengerjakan yang wajb..
duduk diatas punggung dalam tahiyat akhir adalah sunat sedangkan
merapatkan saf adalah wajib.. boleh saja kamu duduk
di tahiyat akhir dengan cara duduk seperti di tahiyat awal..
tidak ada masaalah.. kerana itupun sunat juga.."
maka semua kata-kata yang aku susun di atas bermain-main
didalam kepala.. tidak tahu bila akan dapat aku luahkan
kepada rakan jemaah di masjid aku itu.. sudah lebih dari
setahun..
jadi aku tulis disini supaya ianya tidak hilang dari
kotak minda ku..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Kadang saya tak berapa suka masjid atau surau yang pasang karpet bentuk sejadah tu sbb makmum selalunya akan berdiri ikut petak bentuk sejadah tu. Saya lebih suka kalau karpet masjid tu garisnya melintang panjang. Tapi itulah yang dikatakan syaitan tidak menyesatkan manusia dalam perkara yang besar dia menyesatkan dalam perkara-perkara yang dianggap kecil..
betul tu..
Post a Comment