Monday, December 5, 2011

kata-kata 2(Mohd Nasir Mohd Yunan)







bersambung dari sini

pada tahun 1991 bulan januari.. aku bersama 150 orang pelajar
dari jordan dibawa kembali ke malaya oleh kerajaan kerana tarikh
terakhir(untuk iraq berundur dari kuwuit atau menghadapi serangan
dari usa) hampir tiba..

semasa tiba di subang.. sedang orang lain disambut oleh ahli keluarga
masing-masing.. aku terkonteng-konteng seorang diri tak ada ahli
keluarga atau sahabat handai yang menunggu.. 2 tahun di timur tengah
kepulangan tidak disambut sebenarnya tidak menjadi masaalah bagi aku..

aku kemudian diberitahu oleh wisma putra bahawa keluarga aku
tidak dapat dihubungi.. jadi aku pun menumpang salah seorang
pelajar dan memintanya untuk menghantar aku ke masjid india
harap-harap dapat bertemu dengan sahabat baik
aku azlan.. orang kuantan yang dah '100' tahun hidup di KL..

sesampainya aku ke masjid india.. ramai lah sahabat-sahabat dari
jemaah tabligh yang aku jumpa.. salah seorang dari mereka yang
aku kenal baik dan yang tahu aku baru kembali telah beritahu aku
yang Mohd Nasir Mohd Yunan telah kembali ke Rahmatullah  2 minggu
yang lepas di isytimak Kubang Bujuk Terengganu.. Mohd Nasir
masa tu sedang keluar 4 bulan.. lemah rasa badan aku menerima berita itu..

aku sebelumnya memang bercadang untuk ke Kampung Asam Jawa
untuk bertemu beliau.. Mohd Nasir Mohd Yunan 32.. mati muda tanpa
meninggal apa-apa.. tiada harta tiada zuriat.. umpama Musa'sb bin  Umair
pemuda Mekah yang berhijrah bersama  Nabi dan syahid di Uhud..

pertama kali aku bertemu Mohd Nasir di Pakistan(dis 1987)..
dia sedang bercerita tentang kebesaran Allah..
dan selama beberapa hari bersama beliau tiada cerita
lain yang keluar dari mulut beliau kecuali cerita tentang kebesaran Allah..
dan apabila ditanya tentang tattoo yang ada dilengannya pun dia berkata..
"Allah menyesatkan sebahagian manusia dan Allah juga yang kembalikan
sebahagian manusia kedalam cahayaNya sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.."

kali terakhir aku bersama beliau(di masjid kg asam jawa)
iaitu beberapa hari sebelum aku ke timur tengah..
antara perkataan terakhir aku dengar beliau berkata:
" tiada kalimah yang lebih tinggi dari kalimah Lailaha illallah.. barang siapa
di akhir kalam dia menyebut Lailaha illallah.. maka adalah Allah akan
mewajibkan syurga baginya.. dan tiada kemulian kecuali kemulian dari
Allah.. dan tiada maksud hidup kecuali maksud hidup Rasulullah.."

beberapa hari kemudian semasa aku telah berada di kuantan.. aku
bertemu dengan seorang sahabat yang pada pagi sebelum Mohd Nasir
meninggal bersama-sama mandi dari tankungan air di tapak istimak.. katanya
" Nasir kelihatan agak lemah pagi tu.. sambil menceduk air mandian dia sempat
meminta aku supaya aku beri azam untuk keluar 4 bulan kejalan Allah untuk
mengajak manusia kepada kalimah Lailaha illallah"

Mohd Nasir Mohd Yunan dari Kampung Asam Jawa Kuala Selangor..
meninggal pada waktu Dhuha pagi itu dan dikebumikan selepas waktu Zuhur..
disembayangkan oleh l/kurang 30 ribu jemaah di tapak isytimak Kubang Bujuk
terengganu disember 1990..

aku benar-benar yakin.. tiada yang lain di akhir kalamnya kecuali:

 ..LAILAHAILLALLAH..

7 comments:

As said...

Yup As ada blog.

Heh boleh tak buat statement camtuh :)

Btw, Masjid India tu geng2 tabligh jugak rupanya. Patutlah.

Dulu salu solat sana bila musafir. :)

abuyusof said...

boleh sahaja..

btw.. semenjak 1993 klau tak silap markas tabligh pindah ke sri petaling.. masjid yang dibuat sendiri oleh jemaah..

SIM said...

"mati muda tanpa meninggal apa-apa.. tiada harta tiada zuriat.. umpama Musa'sb bin Umair pemuda Mekah yang berhijrah bersama Nabi dan syahid di Uhud.." <-- Mati yang dicemburui

abuyusof said...

bukan sebarang mati.. tapi mati syahid..

As said...
This comment has been removed by the author.
As said...

"Allah menyesatkan sebahagian manusia dan Allah juga yang kembalikan
sebahagian manusia kedalam cahayaNya sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.."

....

abuyusof said...

doakan hujan hidayat..