Sunday, January 15, 2012

aku dan tabligh




1986

Suatu hari sedang aku dan kawan baikku Lan dalam
keadaan terumbang-ambing. Kami diperkenalkan oleh Man 
kepada seorang bernama Ajaq. Orang Temerloh
graduan UKM Ajaq adalah lain dari kebiasaan. Tak 
seperti kutu-kutu yang biasa kami berkawan, dia 
sembayang 5 waktu setiap hari.

Ajaq masa tu bekerja dalam SKS di pejabat SUK.
Dia adalah kawan baik pada sepupu Man. Man bawak
Ajaq untuk tinggal dirumah famili dia dan mengajar
dia(Man) mengaji.

Dalam masa yang singkat Ajaq dan kami bertiga menjadi
sangat akrab. Berbekalkan kereta Nissan 120Y arwah
ayah aku, kami berempat akan kehulu-kehilir tak tahu
kerja apa. 

Ajaq betul mencabar minda kami dalam apa
jua yang diperkatakan. Kerap jugak kami bertengkar
atas sesuatu topik. Tapi kebanyakanya berakhir dengan
kami termanggu menerima kekalahan. Ajaq ni lain
dari kawan kami yang lain. Dia tak boleh hisap 
rokok tanpa gula-gula. Pun begitu cakapnya
tak pernah kosong malah sentiasa bergeliga.
Selalunya apabila dia bercakap kami akan
terlopong dan mengangguk-angguk sahaja.

Dan bila masuk waktu dia akan bersolat. Tak kira
dimana-mana pun. 5 waktu sehari. Kemudian Man
ikut bersolat sama. Dan suatu malam (belum sampai 
seminggu aku kenal dan berkawan dengan Ajaq)
aku tidak dapat tidur sampai kepagi. Aku berfikir
tentang banyak perkara yang Ajaq pernah katakan.
Kemudian aku menulis satu surat yang panjang,
satu surat yang paling panjang pernah aku tulis.
Surat kepada seorang gadis yang sangat istimewa
dalam hidup aku. Aku kata dalam surat itu
aku akan bagi sesuatu yang orang lain tak pernah
bagi kepadanya. Iaitu agama, aku kata aku akan
kembali pada agama dan harap dia pun sama.

Pagi itu lepas kedengaran azan aku solat subuh
untuk pertama kalinya selepas kali terakhir
terpaksa melakukanya diminggu orientasi
semasa aku jadi 'Freshie' di ITM.

Dan mulai hari itu aku tidak prnah tinggalkan
solat lagi.

Di suatu hari Sabtu, Ajaq bawa kami, kutu-kutu yang sudah
mula insaf dan solat ini ke sebuah masjid di Beserah. Masjid
itu adalah tempat suatu jemaah yang orang ramai panggil
Jemaah Tabligh mangadakan program mingguan
yang dipanggil majlis fikir atas iman dan amal. 

Sampai disitu kami melihat ramai anak muda, orang tua
serta kanak2 sedang berkumpul. Aku terleka sekejap
memerhati setiap dari mereka. Ramai diantaranya terutama
anak2 muda yang memakai korta dengan kopiah
yang berbagai jenis. Selepas solat maghrib
satu ceramah yang dipanggil bayan(majlis fikir) diadakan.
Dalam banyak perkara yang dicakapkan kali pertama aku
kesitu hanya ada satu perkara yang lekat diminda dan 
aku masih ingat sampai sekarang.

" Mendekatkan seorang Islam yang jauh dari Agama
adalah lebih baik dari mengislamkan 10 orang kafir"

Bermula dari hari itu kami akan kemasjid itu setiap Sabtu.

Masuk tahun baru 1987 Ajaq telah berjaya menolong aku
untuk masuk program SKS di Pejabat Agama Negeri Pahang,
di bandar Pekan. Bermulalah aku bekerja dan bergaul
dengan mereka-mereka yang berilmu agama. Mufti, Kadi,
ustaz dan ustazah. Besar harapan agar ilmu agama dapat
aku tingkatkan selama berada di 'lubuk agama' itu. Tapi
sangkaan aku ternyata meleset. Yang perempuan tetap
cerita tentang hal-hal perempuan, pasal anak, pasal kain, pasal
pinggan mangkuk dsn. Yang lelaki tetap cerita tentang hal-hal
lelaki, pasal perempuan, pasal bola, pasal memancing, pasal
kereta dsn.

Bila cuti aku balik ke Kuantan baru lah aku dapat dengar
cerita-cerita yang aku sedang haus untuk dengar dari
kawan-kawan, Ajaq, Lan, Man dan beberapa kawan baru 
dari jemaah tabligh. Baru ada cerita-cerita tentang kebesaran Allah,
kisah Nabi, kisah Sahabat, syurga dan neraka.

Selepas 9 bulan di Pejabat Agama banyak persoalan
datang bermain didalam kepala. Kenapa orang-orang
yang dikatakan orang agama dalam percakapan harian
mereka tidak menyebut dan bercerita tentang agama.
Sedangkan mereka-mereka yang berada dalam jemaah
tabligh yang rata-rata asal dari mereka yang kurang
ilmu agama amat ghairah tentang apa-apa yang berkaitan
tentang agama.

Dengan persoalan demikian aku tinggalkan mereka.
Aku berhenti. Dan dengan semua wang simpan
yang aku ada sebanyak RM1,800/-
aku keluar 4 bulan ke Pakistan kemudian ke India
dan Bangladesh dan kembali lagi ke India.

Sampai di benua kecil India baru aku faham
kenapa perlu keluar ke India belajar buat
usaha agama. Di Nizamuddin tak jauh dari
New Delhi tersegam markas tabligh sedunia.
Maksud tersergam itu bukan kerana besar dan
hebatnya dia punya masjid. Masjid Kuantan
10 kali lagi besar dan 100 kali lagi cantik.

Apa yang aku maksudkan, ianya tersergam
hebat dengan roh amalan Agama.

Jemaah dari seluruh dunia datang kesitu. Jemaah
keluar masuk sepanjang masa 24 jam sehari.
Markas Nizamuddin tak pernah tidur. Sepanjang
malam sentiasa ada mereka yang solat, yang berzikir
dan mengaji. Sepanjang malam jemaah tiba, dari
Timur Tengah, dari Asia Tenggara, dari Afrika,
dari seluruh dunia.

Dan pada siang harinya setiap hari jemaah-jemaah
yang telah 2-3 hari berada di Nizamuddin akan di
pecah-pecahkan dan di 'combine' dengan jemaah
dari India membentuk jemaah baru dan dihantar
untuk keluar dan belajar ke segenap perusuk
bumi India.

Suasana dizaman Sahabat di Masjid Nabawi
hidup dan subur disini. Suasana Dakwah, Iman
dan Amal.

Tak dapat hendak aku ceritakan semuanya
pengalaman semasa aku di India.
Ruangan dan masa disini amat terhad.

Namun keputusan yang aku ambil untuk
pergi kesana adalah keputusan yang paling
baik dan paling benar pernah aku lakukan.
Keputusan yang menjawab semua persoalan
tentang Agama dan tentang segala permasalahan,
tentang hidup dan tentang mati didunia ini.







.

untuk sahabat-sahabatku:

Man(nama sebenar dirahsiakan)
Lan(Azlan Shah Ahmad)
Ajaq(Professor Madya Dato' Dr AbdurRazaq Ahmed)

.









9 comments:

Aishah Nur Hakim said...

saya cuma tahu abang pernah bermusafir lama,
tak tahu pula ini kisahnya

:)


doakan saya pun sampai ke India!

abuyusof said...

berapa bulan balik dari IPB.. pergi pulak ke mesir pas tu jordan(2 tahun)

SIM said...

Mesti Man (nama sebenar dirahsiakan) tu tak berapa pandai mengajikan masa tu, dah tu suara dia mesti serak-serak kering kan. Hahaha. Gurau je enche. Tolong sampaikan minta ampun saya kepada kawan enche (Man) itu kerana saya mengumpat dia di belakang pengetahuan dia. :)

Hidayah tu hak Allah s.w.T. enche. Sesuatu tidak terjadi tanpa sebab dan hasbab. Saya mula kenal usaha tabligh ni tahun 1991. Bayan mathurat pertama yang saya pergi saya menangis terisak-isak. Kalau nak cerita panjang sangat kisahnya. Tapi yang pasti tahun itu adalah titik tolak perubahan buat saya. Walaupun perubahan saya waktu itu sangat merisaukan ibu saya.

Seseorang pernah berpesan kepada saya "Jika menyukai sesuatu jangan 'terlalu'. Jika membenci sesuatu juga jangan 'terlalu'. Boleh jadi apa yang kita suka itu jadi mudarat. Boleh juga apa yang kita benci itu jadi manfaat"

Syukur kita masih diberi ruang jadi golongan yang sedikit iaitu golongan yang bersyukur dengan segala pemberian dan hidayah petunjuk dari Allah s.w.T.

abuyusof said...

SIM..

masa tu awak baru berapa tahun yek..

Subhanallah!

saya agak 12 atau 13 tahun kot..

Man tu kalau awak bijak tentu awak boleh agak siapa.. Tapi jangan dedahkan kat sini sebab dia tak mahu dikenali di alam maya ni..

just respect dia..

~PENCHENTA~ said...

Seronoknya baca pengalaman orang.
Baca tentang cinta pertama orang.
Rasa cinta yang sama dari Tuhan. :D

Emm. Man tu AJ? Haha! Suka betul meneka. Sila abaikan kalau salah. :P

abuyusof said...

hahaha..

SIM said...

Manalah saya kenal siapa Man (nama sebenar dirahsiakan) tu enche. Biarlah siapa pun dia, hanya enche dan tuan punya badan yang tahu.

Bagaimanapun saya sangat respect orang (Terutamanya lelaki.. Jangan marah ye guys.. hehe) yang sangup jatuhkan ego untuk belajar baca al-Quran dalam usia dewasa atau dah tua renta. Haha.

Lebih hebat lagi bila masa dia belajar tu dia tahu mak (atau) adik-beradik (atau) isteri (atau) isteri-isteri (atau) anak (atau) anak-anak dia duk gelakkan dia kat belakang. Hehe.

p/s: 1991 saya 15 tahun enche.

Norsha said...

Salam tuan, blh tahu kat ktn tn duk area mana?

abuyusof said...

siang dgn badak.. malam dgn cenderawasih.. hehehe

sila ke studio & gallery kami di:
http://rajawaliartgallery.blogspot.com/

untuk tahu dan hadir di program kami sila add fb:
http://www.facebook.com/rajawali.artstudiointernationale?ref=ts