Wednesday, January 25, 2012

sajak-sajak pendek tanpa tajuk kembali lagi

kembali dari sini



36

disini ada Sunnah
disini ada Rahmah
disini ada Sakinah
disini rumah Allah


37

Sunnah Nabi
isteri pertama
tiada bermadu

Sunnah Nabi
beristeri lebih dari satu
pilih yang mana satu?


38

kelebihan lelaki
keatas wanita
adalah kepimpinannya

kelebihan wanita
keatas lelaki
adalah pimpinannya


39

Jika buah adakah Akhlak
bijinya adalah Kalimah
untuk ditanam
disiram
dan dibaja
akan tumbuh
menjadi pokok
Iman dan Amal


40

diusiamu
setengah abad
cintaku kekal
sepenuh abad


41

usia tidak akan menghalang
dunia akan terus menawan
cinta tidak akan menghilang


 42

jangan lupa membawa obor
kalau hendak turun kekali
jangan lupa mengenang umur
kalau hendak bercinta lagi
kahkahkah

5 comments:

Aishah Nur Hakim said...

saya rasa, sajak-sajak kali ni cukup romantik!

:)

abuyusof said...

hehehehe..

tang mana yang romantiknya aisyah..

~PENCHENTA~ said...

Peh peh peh.

Lagi banyak pilihan kali ni. Hehe

abuyusof said...

hahaha..

Sofie Shah said...

Cute! I particularly enjoyed the last rangkap.. :)