Monday, December 28, 2009

semua hari adalah sama















kenapa jadi gila-gila menyambut
hari dimana kau meningkat tua setahun lagi
sedangkan kalau boleh kau mahu muda
sentiasa..

kenapa jadi mabuk-mabuk meraikan
hari yang membawa kau makin hampir
pada kematian sedangkan kalau boleh
kau mahu hidup 1000 tahun lagi..

kenapa jadi kecuh-kecuh mengucapkan
selamat tinggal pada tahun yang akan
pergi buat selama-lamanya sedangkan
yang baru datang belum tentu kau akan
bahagia..

kenapa jadi bengong dan bengap
menjadikan satu hari itu lebih istimema
dari hari yang lain sedangkan semua hari
adalah sama disisi Tuhan..

epilog:
semua hari adalah sama
yang suka berpesta akan
tetap berpesta
yang perlu hanyalah sebab..
yang beramal akan tetap
beramal tidak perlu pada sebab..

4 comments:

Buah Pulasan said...

Salam,

Saya dapat rasa apa abg rasa.Meraikan hari-hari kita dilahirkan ni semacam hal biasa dalam hidup.

Saya kdg2 terkenang juga.Hidup atau tidak esok hari.Terima kasih atas tulisan ya akhi

aku said...

salam pak abu,
aku suka n3 ni..
buat aku berfikir..

Najwa Aiman said...

Dia orng belum terima sampul surat daripada LHDN lagi tu... tu yang gila berpesta... eheks...

Cahaya Kekasih said...

comelnye drawing..huhu