Monday, December 28, 2009

semua hari adalah sama















kenapa jadi gila-gila menyambut
hari dimana kau meningkat tua setahun lagi
sedangkan kalau boleh kau mahu muda
sentiasa..

kenapa jadi mabuk-mabuk meraikan
hari yang membawa kau makin hampir
pada kematian sedangkan kalau boleh
kau mahu hidup 1000 tahun lagi..

kenapa jadi kecuh-kecuh mengucapkan
selamat tinggal pada tahun yang akan
pergi buat selama-lamanya sedangkan
yang baru datang belum tentu kau akan
bahagia..

kenapa jadi bengong dan bengap
menjadikan satu hari itu lebih istimema
dari hari yang lain sedangkan semua hari
adalah sama disisi Tuhan..

epilog:
semua hari adalah sama
yang suka berpesta akan
tetap berpesta
yang perlu hanyalah sebab..
yang beramal akan tetap
beramal tidak perlu pada sebab..

Saturday, December 19, 2009

rindu















cahaya
menari-nari
angin
menyisir rambut
udara
bagaikan
dapat dihiris
kulit
dengan bauan
yang melekat
mata
menitiskan air
bibir
dengan senyuman
sianak kecil
jasad
diawangan
hati
melaut biru

rindu
menjadi nadi
berdenyut-denyut
hidup dan
abadi

Wednesday, December 16, 2009

syurga atau neraka















kau mengejar dunia
dunia berlari
meninggalkan mu
kau salahkan semua orang
kecuali dirimu

kau menempah tiket
ke syurga
kau menaiki kenderaan
ke neraka

kau kata Alhamdulillah
kerana Allah jadikan
neraka untukmu

Sunday, December 13, 2009

aku pernah jatuh cinta















aku pernah jatuh cinta
bukan sekali
bahkan
sebanyak bintang
beribu-ribu kali

tapi hanya bulan
yang satu
menambat hati
malah
sebanyak pasir
berjuta-juta
simpulan mati

berubah-ubah
tapi tetap dipantai
dan berabad-abad
menanti

Monday, December 7, 2009

bilal terlaju di dunia

sekarang ada bilal baru kat masjid dikawasan perumahan ini..
tapi biasa kalau azan kedengaran sedang kita baru mula ambil
wuduk.. wuduk kita akan selesai lebih dahulu dari azan..
tapi bilal baru ni sangat laju.. azan dia akan tamat sebelum
kita selesai wuduk.. macam azan senafas sahaja..
aku rasa bilal ini ada rekod yang dia telah pecah..
mungkin bilal terlaju didunia.. mungkin jugak
dia ada amal apa-apa petua.. awek muda ke atau sbn..
jadi sejak bilal baru ni aku selalu sahaja solat masbuq..

terlanjur cerita pasal masjid ni aku ada teringat
beberapa peristiwa..

di satu masjid yang lain.. disatu kampung tempat aku tinggal
beberapa tahun yang lepas.. bilal masjid tempat itu tidak
pernah azan asar(atau sekurang2nya aku tak pernah dengar
dia azan asar).. ini kerana dia bekerja pada siangnya..
pada suatu hari buat pertama kalinya aku dengar dia azan asar..
dan berkata dalam hati aku.. dah buang tabiat ke agaknya
orang tua ni sebab kat dinding jam menunjukan pukul 3:25 petang..

dan dimasjid yang sama pada satu waktu zohor.. masa itu jemaah masjid
cuma ada 3 orang saja.. aku, haji kamal dan madi(kami bertiga
memang kawan baik).. sedang kami menunggu-nunggu kalau-kalau
pak imam akan datang.. singgah sebuah bas rombongan.. kami pun
langsung menunggu mereka supaya dapat berjemaah sekali..
selepas mereka selesai berwuduk dan sebagainya.. para ahli
rombongan terus meluru kedepan.. belum sempat hj kamal
kedepan(biasa dia jadi imam kalau imam tak ada).. ketua
mereka(agaknya) terus naik ke sejadah imam dan memberitahu
semua jemaah.. " kita sembahyang jamak taqdim, qasar dua-dua"
.. satu rampasan kuasa telah berlaku didepan mata kami..

aku, haji kamal dan madi terpinga-pinga sambil memandang
sesama kami.. kami berundur kebelakang.. duduk atas tangga
menunggu mereka habis sembahyang.. mana punya kaum ni agaknya
kami tertanya-tanya antara kami..

dan disuatu masjid yang lain pula(mengikut cerita seorang
kawan yang berjemaah disitu.. bilal masjid itu tiba-tiba
pada suatu hari buat satu perangai pelik.. yang tidak pernah
di buat oleh mana2 bilal sebelum ini.. lepas azan dia akan qamat
dan lepas qamat dia akan berundur ke belakang dan langsung
balik kerumah.. bukan sekali tapi berkali-kali.. kat rumah
dia sembahyang ke tidak wallahuaqlam.. selepas ditanya-tanya
rupa-rupanya dia sakit.. kakinya tak boleh bengkuk..
agaknya masa dia belajar dulu semasa bab sembahyang duduk,
dia tuang pergi tengok wayang hindustan shah rukh khan berlakun..

Friday, December 4, 2009

seharian di johor







































ada yang pertama kali
tapi gembira
ada yang bertemu dan
berpisah
ada yang tertinggal
dan ditinggalkan
selain dari seorang
(atau 2 orang)
semuanya kecundang

wahai johor
kami akan kembali
bersedialah kamu
menerima kejutan..