Friday, November 11, 2011

banjir..











siri benda #6|5'x4'|mixed|2011



mengingati peristiwa banjir besar tahun 2001 di Sungai Isap Kuantan..

1. beberapa orang yang aku kenal semasa mengharungi banjir
singgah di masjid dan solat zohor jamak dengan asar.. di dalam
masjid masa tu air setakat betis.. beruntunglah mereka merasa
solat dalam air.. aku sendiri tidak pernah.. tapi aku jugak sempat
solat jamak dirumah.. masa zohor tu air baru hendak cecah lantai..
lepas solat baru keluar redah air untuk pindah kerumah kakak
di bandar kuantan..

2. lima hari selepas banjir hari jumaat masjid yang biasanya penuh
hanya ada 3/4 ruang masjid yang dipenuhi.. yang lain agaknya
sedang sibuk membersih rumah.. termasuklah seorang kenalan
(yang biasa sama-sama berjemaah dimasjid)yang aku terserempak
masa pulang dari masjid.. tepuk dahi dia tanda sesal terlupa jumaat..

itu belum lagi Allah hantar tsunami atau gempa..

3. seorang sahabat yang masa tu sedang bekerja di Saudi..
isterinya bersendirian dengan anak-anak menghadapi banjir..
dia dapat bantuan sumbangan RM50.00 dari kompeninya
sebuah kompeni internasional dari jepun.. (isteri dia
sampai sekarang jadi trauma setiap kali hujan lebat)..
dia punya benggang terus berhenti dan balik Malaya..

seorang derebar lori pulak dapat sumbangan
RM3,000.00 dari tokey dia..

4. banjir tu melibatkan lebih 3,000 buah keluarga..
seribu lebih kenderaan tersadai.. beribu tan sampah
yang diambil masa berminggu-minggu untuk
dipunggah oleh majlis perbandaran..

5. lepas peristiwa itu berduyung-duyung orang terutama
di sungai isap damai(kws paling teruk kena banjir) tambah
rumah jadi dua tingkat.. takut banjir melanda lagi..
tapi sampai sekarang sudah 10 tahun banjir belum
kunjung tiba..

tapi tahun ini musim banjir belum sampai.. tengoklah
dalam sebulan dua ni..

tapi aku tak risau.. sebab aku tak duduk sg. isap lagi..





5 comments:

SIM said...

Kadang yang datang itu mungkin musibah. Mungkin juga ujian. mungkin juga hikmah. Menguji berapa dekat kita dengan Tuhan. Duduk di mana pun kita enche, kalau nak banjir, banjir juga. :)

SIM said...

Hmmm.. Saya ingat jika berkesempatan saya nak belajar dengan enche macam mana nak buat lukisan seperti 'Siri Benda' dan 'father, daughter & son' tu. Tekniknya sangat cantik.. Bukan puji, ikhlas dari hati.. Chantek..

abuyusof said...

1.Insyallah tempat saya duduk sekarang agak tinggi.. tapi Allah Maha Kuasa kan..

2.susah nak belajar ni.. bukan boleh belajar jarak jauh.. kena duduk tengok depan mata..

SIM said...

Belajar melukis mmg la tak boleh jarak jauh atau gaya pos enche.. takde feel.. Kalau takat duduk tengok depan mata insya Allah boleh.. sebab saya cuma tutup separuh muka.. mata saya tak tutup.. hehe.. Nanti bolehlah buat appointment untuk kelas intensif dgn enche.. :)

Anonymous said...

saya kalau ngajor garang sangat.. takut awak tak sanggup..