Wednesday, November 9, 2011

selak kain..













father, daughter & son|3.5'x4.5'|mixed|2011




semalam diTV seorang ustaz muda bercerita tentang disiplin dalam solat..
katanya masa solat pakaian mesti kemas.. yang berlengan panjang jangan
sinsing lengan baju sampai nampak lengan.. yang berseluar katanya ada
terkadang sinsing kaki seluar tinggi sebelah.. macam ni ke kita nak
mengadap Allah raja sekian raja.. Pencipta kita..

kalau kita nak jumpa pembesar.. orang kenamaan atau menteri..
beginikah kita berpakaian.. lengan disinsing.. seluar tinggi sebelah..
katanya lagi..

habis kata saya.. nak jumpa menteri pakai kain dan baju melayu?
sebab di Malaya 90 % orang pergi masjid jumpa Allah pakai demikian..

Bagi saya Allah tidak peduli apa yang kita pakai asalkan suci dan
menutup aurat.. jangan pakai pakaian wanita.. jangan pakai sutera..
jangan pakai yang jarang hingga menampakkan warna kulit..
jangan pakai yang ketat.. jangan pakai tshirt yang bergambar
dan bertulis terutama dibelakang kerana boleh mengganggu
jemaah dibelakang..

memanglah pakaian putih.. berjubah.. berkain.. berkopiah. berserban adalah
lebih baik kerana ia adalah pakaian sunnah..
dan menambah pahala solat.. tapi Nabi berjubah berserban
bukan dalam solat sahaja.. Nabi berpakaian demikian sepanjang masa..
kemedan peperangan pun Nadi berpakaian demikian..

secara simboliknya kalau kita membezakan pakaian solat dengan
pakaian harian bermakna kita telah membezakan agama dari
kehidupan harian.. maka kita secara tidak disedari.. menolak
agama sebagai cara hidup..

pakai kain didalam jubah memang sunnah.. tapi pakai kain
dengan baju melayu dengan kemeja..? orang melayu pakai
kain kepada dua perkara yang pasti.. ke masjid dan ke tandas..
Nabi jugak pakai kain masa istinjak.. tapi Nabi jugak pakai
kain semasa membuat kerja dia.. berdakwah..

kalau nak ikut sunnah Nabi pergilah kepejabat pakai kain..
jangan kemasjid dan ketandas sahaja..









5 comments:

SIM said...

Saja nak kongsi satu senario. Kejadian ini berlaku lama dulu. Saya singgah solat di surau Suria KLCC (masa itu suraunya di tingkat 4, kecil dan agak tersorok kedudukannya).

Saya baru selesai wuduk bila seorang wanita berskirt pendek masuk bersama anak perempuannya yang dalam usia 7 tahun. Ketika saya sibuk menyarung kembali stokin dan juga sarung lengan, dia sibuk bertanya dari seorang ke seorang "Ini telekung surau ke? Kalau telekung surau saya nak pakai".

Siap menyarung stokin dan sarung lengan, saya terus berdiri di sejadah yang kebetulan kosong dihadapan saya, bersedia untuk solat maghrib waktu itu. Saya tidak memakai telekung seperti kebanyakan orang kerana saya merasakan pakaian yang saya pakai waktu itu sudah cukup bersih dan menutup aurat (Faham-faham sahajalah keadaan telekung surau-surau di pasaraya yang biasanya jarang dibasuh, berbau dan kadang berdadih di bahagian dagunya) .

Wanita tadi dan anaknya serta beberapa wanita lain yang solat di surau itu memandang saya dengan pandangan yang pelik seolah-olah saya sedang melakukan satu dosa besar.

Seusai saya solat, wanita tadi sedang sibuk menyarung telekung kemudian bertanya kepada anak perempuannya "Cuba tengok ada tak rambut Mummy yang terkeluar?" . Anak perempuannya menjawab "Tak ada" . Wanita itu berkata lagi "Tengok betul-betul kalau ada rambut Mummy yang terkeluar tak sah solat Mummy nanti" .

Senario itu membuatkan saya tersenyum sendiri.

Kadang kita terlalu memikirkan perkara yang remeh-temeh sehingga terlepas pandang perkara yang lebih besar.. :)

abuyusof said...

hahaha.. tu la awak.. datang dari planet lain kena ikut cara planet bumi.. tapi mujur depa tak query awak.. pasti kena sekolah depa tu semua.. kan..

..itu satu cara dakwah yang halus..

SIM said...

Hehe.. masa tu hujung 90an.. sekarang kalau saya solat tak pakai telekung orang dah tak heran.. sebab dia orang ingat saya arab mari.. berapa banyak orang melayu tergeliat lidah kecek arab dengan saya.. biasanya kalau orang tak kecek arab mesti diaorang kecek klate dgn saya.. kadang musykil gak.. kenapa ntah?

Anonymous said...

hahahaha..

ay

~PENCHENTA~ said...

Nice.

Saya pun keluar pakai baju yang sama waktu saya jumpa Allah directly.

Sebab ukuran saya 'dah boleh keluar' adalah bila saya dah cukup berpakaian seperti mana saya solat. Tak gitu?

;)