Monday, July 20, 2009

fikir lagi sejenak

dunia ini mempunyai nyawa..
nyawa dunia adalah manusia yang mempunyai
kalimah lailahaillah..
selagi ada orang yang mengucap kalimah iman ini
selagi itu dunia akan kekal tanpa kiamat..

sebab itu sebelum berlaku kiamat(kematian dunia)
Allah akan matikan semua manusia yang ada
kalimah ini..

setiap yang hidup mempunyai roh.. dan roh yang
masih sebati dengan jasad menghasilkan nyawa..

roh yang baik menghasilkan jasad yang baik dan
melakukan perkara yang baik..

roh yang jahat menghasilkan perkara yang sebaliknya..

roh dunia adalah amalan umat islam..
amalan umat islam yang baik membuahkan
dunia(jasad) yang baik..

amalan yang baik adalah amalan sunnah nabi s.a.w
kerana satu amalan nabi lebih bernilai dari langit dan
bumi dan apa-apa yang ada diantara keduanya..

kenapa tidak bila alam ini ujud semata-mata
kerana Allah hendak muliakan Nabi kita s.a.w..

dakwah adalah sunnah nabi yang utama..
dan yang menyebabkan umat nabi mulia
juga adalah kerna dakwah..
oleh kerana dakwah adalah sunnah nabi
cara dakwah perlu dilakukan juga kena ikut
cara nabi.. dakwah yang ikut cara sendiri bukan
dakwah sebenarnya..

cara nabi berdakwah adalah dari satu individu
ke satu individu.. dari rumah ke rumah.. dari
kampung ke satu kampung.. dari satu wilayah
ke satu wilayah..

dan bila ini berlaku sepertimana dizaman sahabat
dahulu.. islam menguasai 2/3 dunia ini..
bukan cara membunuh orang kafir..
tapi dengan cara mengajak orang kafir kepada

lailahaillallah

bukan cara menyalahkan orang lain
tapi dengan menyalahkan diri sendiri..

sekarang dunia dalam keadaan huru-hara..
kerana amalan umat islam dalam keadaan huru-hara..
sedikit kebaikan yang ada didunia ini adalah
kerana sedikitnya amalan umat islam..

kita umat islam yang bersalah..

selagi kita tetap menyalahkan orang lain
selagi itu dunia akan tetap huru-hara..

noktah

5 comments:

bob geldofg said...

tk best
tk myalahkan org lain
tk rock!

sharamli said...

begantung pada diri sndirik

Basuh Baju said...

Dunia ini mmg ada roh dan jiwanya..
manusia shj yg pura2 tak mendgrnya

Aishah Nur Hakim said...

abang,
solan.
roh kita semua dicipta dalam masa yang sama kan.?
maksudnya usia kita hanya beza pada jasad..kan?

abuyusof said...

aishah.. wallahua'lam.. manusia tidak perlu tahu dari mana dia datang.. tapi dia perlu risau bagaimana(amalan baik atau buruk) dan kemana(syurga atau neraka) dia akan kembali