Friday, July 24, 2009
sajak-sajak pendek tidak perlu tajuk lagi
15
dalam dunia yang bulat
sebagaimana kita mahu
mencari jalan kembali dan mencari
jalan kembali dan mencari jalan
kembali dan mencari jalan kembali dan..
16
walaupun dia kadang-kadang
tidak mampu untuk tersenyum
kerana kepenatan
dihatinya aku yakin
masih segar
terhadap diriku
17
bunga-bunga
yang kembang
menjadikan namaku
melahirkan
silangbunga
18
biarlah mesej yang hendak disampaikan
menjadi mesej yang kesampaian
19
kau menyembunyikan dirinya
sedangkan dihatinya
yang ada hanyalah dirimu
20
kita semua adalah sama
semata-mata hidup mencari cahaya
yang terang dalam gelap
yang cerah dalam terang
21
dunia tidak akan berubah
selagi kau biarkan
semuanya berlaku
dan berlalu
22
jangan
kau
dipenjara
oleh
khayalan
tanpa
akal
fikiran
23
hendak aku ringkaskan
segala masaalah didunia ini
dalam satu duduk dalam solat
bagi menyelesaikan segala-galanya
24
mengukir dunia yang kacau dengan
senyumanmu yang hilang
sehingga manisnya tiada lagi bererti
walau seribu juta kepahitan menjadi gula
25
anugerah
anugerah
anugerah
jangan menyerah
jangan anu ghairah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
susah gua cari makan ni...
aku suka yg bab anu ghairah tu
saya suka yang ke 19 !
wah wah wah... hati boleh berdebar hanya kerana 3 rangkap itu
:D
bab nak paham maksud ni aku lemah..
kena blaja lg nih..
bib,
semua ungkapan ini adalah berserta lakaran(sketches).. aj suruh buat untuk dibawa ke kl.. bah berbulan dok atas mejanya tak terusik..
bob,
;)
rosa,
apa yang awak faham..?
aku,
kecuali 17.. yang lain amat mudah sebenarnya.. awak cuma baca berkali-kali.. dan cuba kaitkan dengan diri awak.. pasti awak akan faham..
ghairah?
Abu,
gua tak tau nak cakap apa..respek!!
anugerah
anugerah
anugerah
jangan menyerah
jangan anu ghairah
haha ini terbaik bro!
menyembunyikan dirinya tu macam mane?
sepatutnya memang semua boleh selesai dengan solat kan?macam mana mahu takbir dan rukuk dgn penuh syukur abg?
sharamli,
ghairah pada tempatnya ok!
daus,
tq
basuh baju,
perempuan diberi oleh ALLAH dgn anugerah yang banyak.. numun jangan menyerahkan anugerah2 itu kepada yang tidak sepatutnya.. jangan biarkan lelaki menjadi ghairah melihat kamu(ppuan)..
aishah,
ini sajak dituju pada lelaki yang terlalu mengongkong isterinya atas nama islam kononnya.. hingga dengan jiran pun tidak mesra.. ada yang isterinya tidak pandai memandu kerana tidak digalakkan..
untuk solat yang khusyuk.. taat pada suami/bapa.. menjaga aurat(termasuk tidak menjemur pakaian dalam yang dapat dilihat oleh lelaki ajnabi).. tidak bergaul dengan lelaki bukan muhrim.. sembahyang awal waktu.. galakkan suami/keluarga lelaki jemaah dimasjid.. bangun malam tahajud.. banyakkan alquran dan zikir.. setakat mana yang termampu..
anu tak boleh ghairah camne nak dpt anak beb!
kata-kata yang sebegitu mudah untuk difaham pun kamu tak faham.. patut la kamu bernama kerengga..
Post a Comment