Friday, November 13, 2009

raikan kehidupan


raikan kehidupan|5'x5'|acrylic on canvas|

kain pelekat baju melayu
unifom orang melayu ke masjid
biasa disini
amat mengaidkan
di tanah arab
juga di pakistan

ustaz kita mengajar..
ditanah suci nanti
ikut cara ambil wuduk
mazhab hanafi
bila tersentuh perempuan
baru tidak batal
sedangkan
rukun wuduk
shafie dan hanafi
adalah sama

shafie kata
sebaik-baiknya
menyapu seluruh rambut
sekurang-kurangnya
tiga helai rambut
kita tinggal yang
sebaik-baiknya
kita pegang yang
sekurang-kurangnya
sampai ketitisan darah
terakhir..

kita sandarkan
amalan harus dalam
assunnah wal jamaah
bermati-matian
pertahankan
tahlil, wirid kuat lepas
sembahyang, baca yasin
malam jumaat dsn
kita tinggalkan yang
sunnah dan yang wajib

amalan kita tidak
boleh disentuh
sudah turun temurun
nenek moyang
kita amalkan

biar mati adab
jangan mati adat
(baca: biar mati agama
jangan mati melayu)

5 comments:

sharamli said...

adat dah p0n dijadikkn amalan...

aku said...

islam keturunan!

warisatulikhlas2011 said...

Abu yusof,
Apa-apapun fahaman yang kita nak ikuti, jangan sekali-kali kita lekehkan fahaman orang lain. Abu yusof sedar tak semua amalan-amalan lazim yang anda jadikan isu di sini semuanya adalah perkara ranting dan furuq dalam Islam yang prosedurnya terbuka untuk interpretasi, contohnya turutan ambil wudhu, batal tak batal wudhu; itu semua cara Allah dan Rasul mendidik umat supaya peranan ulama'sebagai pewaris nabi itu dapat menghidupkan ad-deen hingga akhir zaman.
Ingat: hukum tetap JELAS dalam quran dan hadis, cuma prosedurnya Allah dan rasul beri panduan saja. Ulama mu'tabar beri interpretasi sebab AlQuran tidak dibuat dalam point form; manakala hadith is oral tradition, ada yang sahih ada yang kabur. Sebab itu pendapat ulama tentang prosedur jadi berbeza. Takkan cara pakai bajupun Rasul nak dictate. Tutup aurat yes, how you do it, is open to interpretation. Come on....

Sebagai seorang yang mempunyai tahap intelek yang tinggi, saya percaya Abu Yusof you can be above all these. Stop focussing on the nitty gritty and petty differences (cara ambil wudu, baca yasin bla bla bla) among us and concentrate on the big picture.
You are missing the woods for the trees.

abuyusof said...
This comment has been removed by a blog administrator.
abuyusof said...

zafar,
memang jelas awk tak faham apa masuk saya, baca dulu betul-betul dan cuba fahamkan apa yang ditulis sebelum buat andaian membabi buta,

memanglah semua amalan2 itu ranting.. tapi kalau ranting pun tak betul macammana buah nak elok..

dan kenapa pula amalan yang awak anggap kecil ini kita orng melayu sampai nak bergaduhan.. bekas mufti pun kita nak tangkap dan memalukan beliau didada-dada akhbar..

banyak lagi perkara-perkara besar dalam agama yang perlu diberi perhatian dan diutamakan.. dari menangkap ustaz yang membidas amalan bidaah.. amalan turun temurun nenek moyang..