Saturday, November 28, 2009

kongsi! kongsi!

kongsi adalah sunnah..
rasulullah tidak akan makan kecuali berkongsi suatu makanan..

kongsi bawa kekuatan..
perkongsian ilmu dari yang berilmu kepada yang kurang berilmu
menjadikan sesuatu kumpulan atau masyarakat itu dipenuhi
oleh orang bijak pandai.. ilmu adalah kekuatan..

kongsi membawa ketenangan..
perkongsian dalam apa jua perkara didalam kehidupan akan
merapatkan sesuatu perhubungan lalu menjadikan hidup
penuh ketenangan..


kongsi membawa kesyurga..
apabila kita bersedia berkongsi harta kita dengan orang miskin
kita akan mendapat kemuliaan dari Allah..

kongsi adalah kasih-sayang..
apabila kita bersedia berkongsi hal-hal peribadi dengan seseorang
kita akan mengeratkan perhubungan dengan seseorang itu..
suami-isteri
anak-beranak
adik-beradik
saudara-mara
sahabat-handai

..namun sebaliknya
Allah dan rasul tidak suka orang yang kedekut..
kedekut harta.. kedekut ilmu.. kedekut serba-serbi..

..juga sebaliknya
kita akan kehilangan kasih sayang jika kita
tidak terbuka.. tidak sedia berkongsi masaalah..
suka berahsia kerana tidak menaruh kepercayaan kepada
kaum keluarga serta sahabat handai..

lebih-lebih lagi bila sesuatu yang kita rahsiakan itu diketahui
melalui sumber yang lain.. bukan dari mulut kita sendiri..

1 comment:

Aishah Nur Hakim said...

yang saya tak mahu beri..ramai yang mahu minta..

yang saya tak mahu kongsi..ramai yang bertanya

yang saya mahu terima..tak ada yang beri..

yang saya mahu kongsi..tak ada yag sudi..

=(