kembali dari sini
26
cinta lelaki dan perempuan
adalah nafsu
tanpa nafsu
cinta itu sudah lama
berkubur
27
penat memikirkan
tentang orang lain
kita jadi bukan diri kita
dalam cermin
yang kita lihat
28
masa untuk berubah
adalah masa yang sesuai
setiap masa dan ketika
29
hidup adalah pergerakan
mati adalah perhentian
hidup semula adalah
pergerakan tanpa perhentian
30
persahabatan
(tidak seperti cinta
yang boleh putus)
akan kekal abadi
31
Allah tidak akan tanya
sedalam mana cinta kamu
Allah hanya akan tanya
bagaimana hak2 isteri kamu
32
kebanyakan sajak
adalah seperti grafiti
orang hanya akan melihat
sambil berlalu
amat sedikit
yang akan berhenti
dan menikmati
33
sebagus mana sebuah kisah
tidak akan menarik untuk diikuti
kalau kamu bercerita tanpa henti
dan kamu menulis tanpa perenggan
34
kamu mahu
sajak pasal cinta
kamu tulislah sendiri
kamu bacalah berulang kali
hanya kamu yang akan suka
orang lain tidak akan perduli
35
jangan lupa
untuk tidur lena
kerna cinta yang kau
cari tiada disini
S E L A M A T T A H U N B A R U
8 comments:
kalau begitu,
saya memang tak mahu menulis sajak lagi
(dan tak tahu menulis)
Oh As sangat suka sajak!
Dah lama tak tulis sajak rupanya.
Para last tu osem! :P
Sorry lambat, As baru berjaya online sejak dua menjak yang lepas. :D
jangan merajuk aishah..
itu pendapat saya aje..
orang lain
lain pulak pendapatnya
:p
as
tulis sajak
bila idea dtg mengusik
jangan tulis
dgn pergi mengusik
idea..
faham tak.. hehehe
Yup, faham sangat insyaAllah. :)
Tiga daripada siri Sajak-sajak pendek tanpa tajuk itu terbingkai di dinding ruang tamu rumah saya.
Minimalis itu kadang punya 'indah' yang tersendiri enche. Saya sangat suka. :)
Suka yang ke-29 dan 32. WOW sangat! ;)
SIM
awk pun apa kurangnya..
penchenta:
tq :)
AY
Lupa nak cakap. Pinjam satu!
Post a Comment