Friday, May 1, 2009

sajak-sajak pendek tak perlu tajuk

1
bergerak di hati
berhenti di bibir
berkaca-kaca di mata

2
mata hitam
tulang putih
cinta dalam(sangat dalam)
hitam putih

3
tiada kemuliaan
kecuali kemuliaan dari Allah
tiada cita cita
kecuali cita cita Rasulullah

4
tanpa cinta
tapi harum
tanpa tali
tapi abadi

5
isteriku wanita solehah
solehah adalah isteriku

6
yusof maryam basyir
hajar abdullah khadijah
lelaki perempuan lelaki
perempuan lelaki perempuan
anak anak kami kata orang silangbunga

7
yusof maryam basyir
hajar abdullah khadijah
dengan nama nama ini
aku harap menjadi
penyelamat nama nama kasih

8
jari jari
mahu menjadi
pari pari hati
menari nari
di atas papan kekunci

9
tak seluas sebiru
sesejuk sedalam
sebuah lautan
bahtera hati ini
sejengkal sejingga
sepanas sekecil
hati ini yang kau bawa
pergi sebahagiannya

10
panjang janggut pendek misai
ada apa di balik wajah
ada diri yang damai
ada hati yang cerah

11
bila pulang sang helang
anak ayam menjadi tugu
bila datang sang perempuan
naga jantan menjadi dungu


***************************************************



No comments: