Thursday, May 21, 2009

kenapa Allah jadikan banyak benda dalam alam ini bulat?

matahari bulat
bintang bulat
bulan bulat
bumi memamglah bulat
mata bulat
ini terang-terang bulat

sel darah merah bulat
molekul-molekul bulat
nukleas nuetron proton pun bulat bulat
ini tidak terang bulat
kena teropong mikroskop untuk tengok bulat

batang pokok kalau dipotong
akan nampak keratannya bulat
asasnya bulat(walau ada yang longjong, bujur bsn)
badan manusia juga bulat
(kalau berani keratlah lengan kamu tengok)
ini semua yang tersembunyi bulat

ada pulak orang cerita..
cinta itu bulat
cuba kerat cinta tengok apa jadi
sebab ini mesti termasuk
golongan bulat yang tersembunyi
sebab tak nampak bulat

tapi setau aku
kalau cinta dikerat
ia menjadi rindu
jadi yang sebenarnya
rindu kot yang bulat

sampai sekarang aku
masih tak tau
apa maksud sebenar ramli sarip
dalam lagunya.. bulat-bulat

3 comments:

Basuh Baju said...

agak2 knpe ek bulat?

bokbon said...

Kita hidup dalam lingkaran, pi mai pi mai tang tu jugak..begitu ke?

entahlah.

ismadi said...

ada lagi satu..bendera PAS pun bulat...jangan tak ingat..