Thursday, May 28, 2009

1973


gambar ini cuma hiasan sahaja, tiada kena-mengena
dengan cerita dibawah

beberapa blog yang aku masuk baca
bercerita tentang kisah mereka
zaman kanak-kanak

aku pun jadi terpanggil
untuk cerita demikian jugak

pada masa dialam sekolah rendah
sekitar awal 70an
aku dan famili tinggal di sebuah
kampung dipinggir bandar kuantan

kampung ap, sebuah kampung
yang penuh dengan kutu hippies
dan menjadi magnet pada
seluruh kutu-kutu hippies
dikuantan pada masa itu

macammana aku boleh survive
dari kampung ini menjadi
seorang yang baik hanya
Allah yang tahu

aku pernah tengok
seorang yang mengejar
seorang kutu dari kampung
dengan skuter hingga
kedalam kampung..
tidak pulang kecuali
dalam keadaan pengsan
dan skuternya hancur..

melihat kutu-kutu zaman hippies
dikampung ini
hisap ganja macam lihat
orang hisap rokok dikampung
zaman sekarang

alhamdulillah
aku survive.. begitu juga
kebanyakan rakan
sepermainan aku
(kecuali beberapa orang)

sekarang ini kampung itu
dah semakin pupus
tinggal beberapa buah rumah sahaja lagi..
yang lain dah jadi bangunan-bangunan

berita terakhir aku dengar
tanah yang tinggal sedikit itupun
dalam proses penjualan
seekar yang tinggal itu khabarnya
bernilai RM3.5 mil

kerana itu tanah pusaka mungkin ada bekas-bekas
kutu hippies yang akan dapat habuan bahagian masing-masing

namun dah tak ramai
yang tinggal dari generasi itu
yang lain semua jadi mangsa
najis dadah...

5 comments:

bokbon said...

usahkan kampong aok, kampong koi pun same aje le. bezanya kampung aok kutu hippies, kampung koi kutu berahak, hahaha...

kalau koi tersalah guna gantinama koi/aok ni, aok jangan gigit koi, koi ni idak le orangnye pahang. haha!

abuyusof said...

.. kawan pun tak berapa arif dengan
loghat pahang ni.. pekan lain.. temerloh lain.. lepeh lain.. gua kat kuantan cakap singapura cakap lu..

Pyanhabib said...

ini blog pendek misai panjang janggut? oooo, sekapal dolahjon!

Anonymous said...

cakap singapura?
cakap omputih ker??
hik hik
:P

Basuh Baju said...

sykur ko selamat dari gejala2 itu..

berapa rmai lg org yg mampu menahan daripada pengaruh itu?