Thursday, May 14, 2009

masjid saidina othman ibnu affan

semasa sampai kemasjid untuk solat zohor beberapa hari lepas..
ada ramai jemaah sedang berkerumun melihat papan kenyataan
apa cerita agaknya..
ada beberapa orang nampaknya sedang marah-marah
apa cerita agaknya..

rupanya.. tertampal di papan kenyataan itu..
ada satu surat yang telah dibesarkan ke saiz a3
surat yang ditujukan pada ajk masjid
satu bantahan tentang pemasagan
audio pembacaan alquran yang kuat
sebelum waktu subuh..
dahlah kuat sangat.. awal sangat pulak tu..

orang yang paling marah adalah bilal masjid
sebab memang kerja dia pun..
jemaah lain pun ramai yang sokong kemarahan bilalnya..

" apa nama orang islam dia ni.. pasang quran pun nak marah..
kalau tak nak dengar gi la duduk di air putih (kws orang cina) nu.."

seorang ahli jemaah yang agak baik dengan aku, semasa sedang
berjalan pulang bertanya " siapa agaknya yang tulis tu.. katanya
dia pun orang masjid jugak"

" bagi saya orang yang komplain tu satu je kesalahannya.. dia tak tulis
siapa dia.. jadi macam surat layang pulak.. orang yang pasang alquran kuat-kuat tu tak habis belajar lagi..
bila nak habis belajar pun tak taulah.. sebab umur pun dah tua.."

kata aku sambil berlalu..

kesimpulan:
1. adalah wajib memberhentikan percakapan, bacaan, zikir-zikir dsn apabila alquran diperdengarkan.. oleh itu..
kalau nak pasang audio al quran atau hendak membaca alquran dengan lantang.. pastikan
mereka-mereka yang akan dengar sedang dalam keadaan bersedia untuk dengar.. jam 5 pagi tidak ada
orang yang sedang bersedia untuk dengar alquran.. kerna masing-masing ada hal-hal
tertentu yang sedang dilakukan..

2. tujuan alquran atau tarahim dalam masyarakat melayu kita diperdengarkan
adalah supaya orang yang hendak kemasjid boleh bangun awal dan sempat jemaah
dimasjid.. kalau hanya sedor tidur masa azan.. jawabnya tak sempatlah.. tapi nabi mengajar kita
waktu subuh solatnya dilewatkan dan bacaan imam dipanjangkan.. biasanya 30min selepas azan baru iqamah..
di negeri arab dan di india ini merupakan amalan biasa.. kat tanah melayu semua nak cepat..
hasilnya lihat lah sendiri.. semua orang dapat dosa kering..

3. nabi kata kalau ada persengketaan kembalilah kepada alquran dan sunnah..
tapi.. orang melayu.. lebih baik gaduh dari ikut sunnah..

.. subuh keesokannya pembacaan alquran dari corong bermasjid berkumandang jam 5 pagi..
dua(2) kali lebih lantang dari kelmarin..

4 comments:

bokbon said...

hahaha!

bokbon said...

lu punya cuit ni takdela geli, tapi sakit gak, hehehe!

ceri masam said...

ha ha ha!

gelak kerana kenyataan akhir tu :)

tp ini realiti... hidup Melayu Islam

Anonymous said...

Salam. Dahulu semasa kudrat Hj Muhammad, beliau akan
bertarhim dan bersalawat pada setiap awal pagi, sedap dan rasa syukur mendengarnya......semua anak qariah akan bangun, membersihkan diri dan datang kemesjid. Sejak digugurkan kerana keuzurannya, sekarang ini bilal cuma dipasangkan CD pembacaan alQuran sahaja. Saya rasa volume agak kuat dari yang biasa dan membuatkan bacaan Sheikh Masyari yang sepatutnya sedap lagi melembutkan hati menjadi sebaliknya. Diulang-ulang surah yang sama,berbulan-bulan menjangkau tahun sehingga tertanya hamba, tidakkah ada CD Sheikh Masyari lain yang boleh dibeli menggunakan dana mesjid. Azan sepatutnya di perdengarkan dengan vocal yang baik, bukan bertempik sehingga menyakitkan telinga. Saya harap pihak mesjid memngambil iktibar dari komen ahli kariah secara positif bukan sebaliknya.Kita adalah agen dakwah bukan agen pendakwa. Kita sudah terpesong jauh dari tujuan asal, dalam kekalutan ummah sebagini, kita AJK dan semua ahli qariah kena memasyarakatkan konsep dan fungsi mesjid, supaya dapat dirasakan oleh masyarakat umum dan islam khasnya, kenikmatan hidup secara Islam.