menjadi kebiasaan bagi aku untuk perkena teh tarik
setiap kali selesai solat isyak digerai berhampiran masjid
dikampung aku.. biasa aku dengan zek.. tapi zek tak nampak
batang hidung hari itu.. kerja malam agaknya.. ada masa aku
akan telepon aj yang tinggal dikampung sebelah.. atau mat nor
yang tinggal dikampung sebelah yang lain..
tapi kali ini aku rasa mahu bersendirian.. ada masanya kita suka
bersendirian kata m nasir dalam apokalips.. ada persamaan antara m nasir
dengan sting(dua singer/songwriter favorite aku).. apa dia? ..tapi tak ada
hadiah untuk yang teka tepat..
sedang aku dok layan teh tarik sambil nonton satu rancangan bodoh kat tv..
aku diganggu oleh seorang budak yang membaca doa terlihat makanan..
Allahummabariklana... dimeja sebelah satu keluarga seramai 5 orang sedang menadah
tangan mengaminkan si abang long baca doa terlihat makanan.. ada ayah ada emak dan
dua orang adik yang masih kecil..
ini semua ustaz ashaari punya kerja.. menabur bidaah merata-rata..
masa dia dan alarqam sedang berada di puncak..
dan sekarang selepas arqam berkubur.. bekas ahli-ahlinya menguasai pulak
bidang nasyid pop.. tak habis-habis buat kerja yang meragukan atas nama dakwah..
aku nak cerita satu pengalaman first-hand dengan ustaz ashaari..
beberapa tahun sebelum arqam tumbang.. aku ada kesempatan makan
sedulang dengan ustaz(makan dalam dulang sunnah kata arqam..) ..tapi makan
berjamaah sebenarnya yang sunnah.. kalau makan dalam dulang sorang-sorang
tak dinamakan sunnah.. biol.. tak tau nak beza makan dalam dulang dengan makan
berjemaah..
macammana yang dinamakan seorang ulama besar menadah tangan membaca
doa depan makanan dan boleh kata doa melihat makanan jadi doa makan.. kemudian
menyebarkan bidaah tu merata-rata.. bukan setakat ditabika.. imam-imam.. bilal-bilal
habis semua ikut.. eh.. berani pulak jeling-jeling kat kita dengan sinis yang baca doa melihat makanan dan doa makan sebelum menyuap makanan dalam hati.. tu lah orang melayu
juara amalan bidaah..
peganglah pulak amalan bidaah macam kebenda.. tak boleh nak tegur langsung..
awak-awak yang kat luar sana hentilah kerja yang nabi tak buat pas tu ngaku amal
sunnah seperti:
1. menadah tangan baca doa depan makanan.. (doa doa lain yang tak perlu menadah;
doa lepas azan, doa masuk dan keluar tandas, masuk dan keluar masjid, doa naik
kenderaan, doa lepas wuduk dsn)
2. janggut tak boleh lebih dari segenggam panjang(ni pun kata arqam) ..sunnah sebenarnya adalah tak boleh kurang dari segenggam pendek).
3. tanggal songkok/kupiah bila masuk tandas sedangkan sunnah tutup
kepala bila masuk tandas dan bila makan jugak..
4. nabi jemput orang makan.. makan sahaja la.. jangan dera orang baca yasin la..
solat hajat la.. tahlil la.. baru boleh makan..
..tapi satu amalan sunnah yang aku tak mampu nak amalkan sampai sekarang..
bertutup kepala semasa projek dengan isteri..
2 comments:
ambil sajalah pisau belati, tusuk selajunya ke hati mereka itu. tak dengar cakap orang, cakap sendiri saja yang betul. padahal sendiri pun ikut orang, orang itu pun ikut orang. mana hujahnya? entah kata mereka, orang dulu-dulu ajar buat gini.
.
.
.
.
.
B.O.D.O.H
hehe..
biasalah orang kita. amalan turun temurun sampai menjadi adat..
tak ikut, kita dipersalahkan.
ikut, kita yang salah..
haih..
Post a Comment