Thursday, June 25, 2009

intensity in tense city












inten-city #43|acrylic on canvas|koleksi michael barrett|


semalam sedang aku duduk dan minum
lewat petang berseorangan direstoran hasan
berhampiran dengan rumah.. aku terkejut dengar takbir raya..
biar betul.. rupanya ia datang dari rancangan mari berteranum.. di tv 9..

ustaz yang mengajar tu menyanyikan contoh satu jenis lagu
dalam penglaguan pembacaan al quran.. takbir raya adalah contoh lagu itu..
dia memberikan mood yang sayu dan sedih.. kemudian dia
menyanyikan pula takbir raya dengan beberapa nada lagu yang lain..
'macammana' tanya ustaz tu pada anak muridnya..
'tak sampaikan maksud tujuan dan tidak melahirkan rasa sayu dan sedih'..

ya Allah.. Kau yang mensyariatkan takbir dipagi raya
tidak lain kecuali untuk menaikkan semangat jihad..
lihatlah umatmu ditanah melayu ini.. bersedih dengan takbir raya
yang mendayu-dayu.. teringat mak ayah, teringat datuk nenek,
teringat kekasih asmara dana dan lain-lain kesedihan..
tak kira pas tak kira amnu..

tapi yang pelik, kesedihan tu tak pula menghilangkan
selera makan seperti kebiasaan bila orang bersedih..

salah satu pekara yang aku akan tukar kalau aku jadi
raja ditanah melayu ni.. tukar lagu takbir dengan nada takbir
para mujahidin yang sedang menuju medan peperangan..
Allahu Akbar.!!!

dan azan pun aku nak tukar jugak.. biar azan
dengan nada yang memanggil dan mengajak
umat sembayang berjemaah
seperti maksud sebenar azan.. bukan azan sebab
nak beritahu masuknya waktu sembayang..

aku pun dah lama tukar menu makanan di pagi raya..
tak ada rendang.. tak ada ketupat.. tak ada lemang..
kalau kau orang datang rumah aku hari raya..
ada nasi ayam, dengan sayur-sayur yang banyak..
ada mee soto.. ada pizza.. pendek kata semua menu
yang tak berapa sama dengan orang.. asal anak aku suka
dan perut aku tak meragam.. itulah aku buat.. juga kuih-kuih kering
pula aku tukar dengan buah-buahan..
anggur, epal, tembikai, pisang dsn..

aku nonton jugak mari berteranum di tv 9..
sampai habis.. anak siapa yang comel-comel tu..

6 comments:

YobSumO said...

wah suka gila juadah kamu di pagi raya... takdelah org boring mkn benda same je kat semua rumah...

good idea!

FdausAmad said...

lu cuba azan dulu buat demo kt surau taman tu tgk camna sambutan..

abuyusof said...

daus,
..azan yang saya maksudkan adalah azan asal bilal bin rabah.. masih biasa berkumandang di masjid-masjid kecil di merata timur tengah.. dulu saya biasa azan begitu masa tinggal di kg pandan kuantan.. orang kampung tak kompelin pun.. dan mak sedara saya yang tinggal kat situ suka..

Sofie Shah said...

Hm.. breaking with tradition is always fun, isn't it?

Bukankah takbir raya tu tanda kemenangan? tak kiralah dengan lagu apa sekalipun ia dialunkan. Kalau faham maksud dan tujuan, saya rasa penghayatan tak menjadi masalah..

Btw, selama 8 tahun di US saya mendengar takbir raya versi tak berlagu.. I didn't like it.

Bukan sebab takbir sudah tak enak didengar, tapi sebab terasa seperti semangat Eidulfitr diperlekehkan..

Just fishing your thoughts, oppa ^^

Basuh Baju said...

kdg2 bila dgr takbir raya bila bukan waktunya, rasa feeling jgk..hmm

rncgn mengaji di 9 tu best!

Najwa Aiman said...

Bagi alamat please... nak datang beraya nanti! Eheks...