Tuesday, June 16, 2009

yang pelik dan tidak pelik












masjidilaqsa| koleksi puan latifah othman|


bagi aku ada beberapa perkara yang pelik
(yang aku tak pernah buat) berlaku dalam masyarakat kita..
dan aku tiada menemui jawapan..

1. selalu aku jumpa di restoran-restoran
tomyam orang-orang.. satu kumpulan atau
satu keluarga makan besar selepas jam 12 mlm..
sedangkan mereka akan pulang untuk tidur.. pelik.

2. aku pelik bila orang-orang berduyun-duyun disetiap
pasar-pasar malam.. membeli berbagai-bagai makan bagailkan
esok akan tiada lagi makanan..

3. (dipasar malam juga)orang menjadi pelik bila
aku membeli seplastik beg penuh buku-buku
terpakai.. sedangkan orang lain membawa
berpuluh beg plastik semuanya makanan.. pelik.

4. orang sanggup bayar seketul ikan patin
rm45.. walaupun sedap dan aku pun suka
tapi dengan duit sebanyak tu aku boleh ke beserah
dan beli ikan baru naik untuk makan seminggu untuk satu
famili.. pelik.

5. orang sanggup menghabiskan duit minyak
untuk pergi 40km dari kuantan ke pekan
semata-mata kerana nak makan murtabak sedap
kata mereka.. pelik

6. aku pelik orang makan sarapan dengan
nasi dan lauk pauk.. sedangkan mereka nak kepejabat
bukan nak kebendang..

kerana itu aku tak pelik sekarang ramai orang
muda-muda mati kerana serangan jantung..

apa yang dibayar

nasi lemak daun pisang

teh tarik halia gelas besar

roti telor bawang

nescafe ais


char kueh teow cili potong

kopi o ais kaw


mee goreng mamak

kopi tongkat ali tambah susu


apa yang dibayar..

kelaparan atau kematian


abu yusof
00:18 130308
(sajak ini ada dimuat dalam blog a.j. bulan ogos)

8 comments:

bokbon said...

ya..gua pun perasan benda-benda macam ni, orang kita memang suka makan gamaknya.

p/s: suka budu letak ikan puyu bakar tawar, cicah kacang botol. haha!

Anonymous said...

aku pun pelik juga, kecuali no 1 sbb family aku pn slalu buat :p

mcm mne bleh jd mcm tu? kami slalu keluar ke shopping mall ke ape ke, so akan pergi mkn plg awal pn 11 lbih...

Pyanhabib said...

kalau dolahjon terterperanjat tengok gambar tengkorak kat kotak rokok dia, lagi pelik, hah ha!

reverie said...

Sajak ni bagus intipatinya. Antara makan untuk hidup dah jadi hidup untuk makan.

Basuh Baju said...

hidup dan makan? hmmm...

abuyusof said...

bokbon,

..bunyi macam kaki makan je awk ni..

yob,

..cerita pasal makan besar.. setakat alas perut biasa la..

bib,

.. letak le gambar ape kat kotak rokok dollah jones tak pelik kalau dia tak berhenti..

rev,

tq ;)

basuh baju,

:)

jinggo said...

memang pelik.....
sebenarnya manusia ni lebih pelik dari 7 benda pelik di dunia.....

Najwa Aiman said...

Kopi sekoleh harga berbelas... kat Starbuck... Lepas tu seminggu makan roti canai je... ekekekekeke...