Saturday, June 6, 2009

1998









taman kerang | 25" x 33"| acrylic on paper| koleksi mohd anwar|

pagi ini aku buat keputusan
untuk membersih tong sampah..
seperti kata seorang pegawai
majlis perbadaran kuantan
dalam satu majlis "jangan jadikan
tong sampah kamu sampah"..

jadi teringat kata-katanya itu..
aku sentiasa menjaga tong sampah
aku supaya sentiasa bersih..

sudah lebih 15 tahun tong sampah aku ini..
tapi masih elok dan nampak macam
baru lagi..

aku punya tong sampah ini amat istimewa..
ianya tidak sama dengan tong sampah
orang lain.. warnanya merah tidak hitam..
bersegi tidak bulat.. beroda dan boleh digerak
dengan mudah tak seperti orang lain punya..

ia menjadi mercu tanda di kawasan perumahan aku..
sesiapa yang hendak kerumah aku untuk pertama kali
pasti mudah mencari.. "rumah no. 20 ada tong sampah
berwarna merah" merupakan standard panduan
aku pada mereka..

tong sampah kesayangan aku ini
mempunyai nilai sentimental yang tinggi..
ianya akan mengingatkan aku
yang aku satu masa dahulu ada sebuah
restoran yang paling besar dan cangih
di kuantan..

ia merupakan salah satu barang-barang
dari tinggalan restoran itu yang aku
tidak jual selepas aku terpaksa
tutup kedai disebabkan gawat tahun 1998

selepas aku keluar dari premis itu
ramai orang berebut-rebut untuk
berniaga disitu..

namun selepas 9 tahun aku meninggalkan
premis itu dan peniaga silih berganti
(peniaga terakhir adalah seorang mamak..)
sejak 2 tahun lepas premis yang dulu tercanggih
itu telah kosong dan seolah-olah akan terus berkubur

lain pulak cerita pak ali yang mula berniaga disebelah permis itu
beberapa bulan sebelum aku tutup..
makin hari makin maju perniagaannya.. aku dengar sekarang dah
pakai camry baru.. dah rezeki dia..

walaupun aku dengar macam-macam cerita pasal pak ali..
aku sentiasa sangka baik dengan pak ali..
malah dulu aku pun selalu pergi makan kedai dia..
pak ali pada aku adalah kawan..

4 comments:

Anonymous said...

bersangka baik itu menenangkan jiwa.

Zp said...

Jika kamu memuisikan kisah cinta dalam kanvas puti disulam warna...
Saya cuma mampu untuk bercerita...
Dalam jiwa bangsa yang ada bahasa...

Walau cerita kita sama
Kita olah dalam beza dan serupa
Kita bentuk cincin-cincin suka dan duka
Supaya kita dapat sentiasa baca
Yang tersurat dan tersirat setiap masa
Tanpa kita lupa atau leka...

Dan kamu gagah dengan warna
Dalam puisi kamu di atas kanvas cinta.

P.S: SAYA KAGUM DENGAN GAYA KAMU BERCERITA TENTANG HIDUP DAN ALAM KITA. DENGAN GARISAN DAN WARNA. DALAM KANVAS PUTIH YANG BERISI CINTA. ITU MAKANAN KITA.

:=)

abuyusof said...

zakiah,

..wow!! tak terkata saya..

bokbon said...

bersangka baik itu amalan yang disukai ALLAH..

kalau ada cerita kurang enak tentang orang berjaya, itu biasalah..mulut orang.

dimana-mana pun sama, bila hasad jadi mainan.