Monday, July 27, 2009

fikir beberapa jenak

kita tidak berhak menyebarkan pandangan kita
sendiri tentang cara bagaimana hendak hidup
didunia ini.. kita membaca terjemahan al quran dan
hadis serta sekian banyak buku-buku agama.. kita
membuat tafsiran sendiri.. kita fikir cara kita adalah
terbaik.. kita amalkan untuk diri kita sendiri.. kita
anggap itu hak kita.. kita kata "nanti pandailah
aku jawab depan Allah diakhirat nanti.."

tapi apabila kita ada kepandaian teknikal.. dan kita ada
peluang untuk sampaikan pandangan kita itu.. melalui
pelbagai media.. melalui media cetak atau eletronik atau
media seni.. ianya menjadi dakyah dan perlu ditentang..

kalau kita bukan ulamak yang layak mentafsir alquran
dan hadis.. kita tiada hak menyebarkan pendapat kita
sendiri tentang bagaimana hendak menjalani hidup
ini mengikut cara yang kononnya bersesuaian dengan
alquran dan sunnah yang kita baca dari terjemaah yang
banyak..

kita gambarkan cara terbaik untuk menunjukkan
kebaikan kita pada anjing adalah dengan mengusap
kepala anjing itu.. sedangkan ada bangsa yang membela
anjing sebagai kawan.. bukan setakat membelai malah
mencium anjing tersebut merupakan satu bangsa yang
memakan daging anjing..

kita gambarkan orang yang baik adalah oarang
yang berkawan baik dengan pelacur.. tidak salah
berbaik dengan pelacur dengan niat ingin mengajak
dia kejalan lurus.. tapi pelacur yang kita gambarkan
tidak sama dengan pelacur yang berada diluar sana..
pelacur yang kita gambarkan itu.. tidak ujud..

kita gambarkan kehidupan yang hakiki adalah
berteraskan kesucian diri yang ada didalam hati..
amalan luaran hanya kulit.. sedangkan tanpa kulit
yang baik mustahil akan terhasil isi yang baik..
malah makanan yang baik kalau tidak dipacking
akan runyai dan basi.. setaraf dengan najis..

percayalah kalau kita tidak pernah susah kerana
agama.. duit kita tidak pernah habis kerana agama..
masa kita tidak pernah habis kerana agama..
kita tidak akan faham agama..
ini bukan janji saya tapi janji Allah dan Rasul..
jadinya adalah kita hanya layak mengikut orang
yang Allah anugerah kefahaman Agama..
yang seluruh hidupnya telah diwakafkan
untuk agama..

khadijah r.ha semasa menikahi Rasulullah s.a.w
adalah seorang wanita yang kaya.. tapi semasa
dia mati.. dia tidak meninggalkan apa-apa harta..
diakhir-akhir hayatnya.dia pernah berkata..
"(kerana dia sudah tiada apa yang hendak dikorbankan)
ya Rasulullah bila aku mati nanti ambillah tulang-tulangku
untuk dijadikan senjata dan jambatan untuk(tujuan)
sebarkan agama"

lalu semasa dia meninggal dunia Allah turunkan ayat ini
yang bermaksud..

" 27. wahai jiwa yang tenang. 28. kembalilah kepada Tuhanmu
dengan hati yang puas lagi diredaiNya. 29. maka masuklah kamu
kedalam jemaah-jemaah hambaKu. 30. dan masuklah
kedalam syurgaKu." (surah Al Faj)

khadijah r.ha adalah antara salah seorang wanita
yang mempunyai martabat yang paling tinggi
disisi Tuhan yang pernah hidup dimuka bumi ini..

alam ini adalah hak Allah.. agama ini adalah hak Allah..
jangan kita memandai dan berkata kita ada hak untuk
amal agama mengikut cara kita..
jangan kata Rasulullah simpan janggut kerana dizamannya
tiada gillette.. adakah Allah tiada kuasa untuk
menurunkan hujan gillette dari langit?

kamu belum lihat pedang-pedang dizaman
salahuddin berlonggok-longgok dimuzium
di damsyik.. berkilat memancar-mancar tidak
sedikitpun berkarat walau telah berusia ratusan tahun..

berjalanlah dibumi Allah dan kamu pasti
akan melihat kebesaranNya.. tiada yang lebih
hebat dari cinta seorang lelaki islam kepada
seorang yang asalnya bukan islam ..
lebih dari cinta Rasulullah..
kepada isterinya mariah..

walaupun saya perlu bersyukur atas pemergian
seseorang kerana dakyahnya..
saya tetap mendoakan agar Allah
merahmatinya.. kerana didadanya
ada kalimat lailahaillallah

17 comments:

sharamli said...

terima kaseh untuk ini

aku said...

salam..

benarlah kata2 tuan.
sebaiknya kita memahami erti hamba..
aku sendiri pun masih terkial2 ertinya hamba..
huhuhu

abuyusof said...

sama-sama

bokbon said...

bagaimana jika banyak duit, masa dan tenaga telah habis pada apa yang dikatakan sebagai agama, tapi malangnya tersasar daripadanya?

tidak meletakkan betul-betul dan memeluk rapat-rapat al-quran dan sunnah contohnya, menilai agama dengan akal fikiran sendiri contohnya.

apa yang dirasakan baik, jika diamalkan, maka itukah agama?

abuyusof said...

akhir sekali semuanya bergantung pada niat.. kalau niat kita ikhlas kerana Allah.. nescaya Allah akan temukan kita dengan jalan yang dia reda.. kalau belum ketemu bermakna belum lagi ikhlas..

Rahimin Idris said...

saya setuju. saya teringin untuk menulis tentang ini. tapi saya tak sampai hati sebab dia sudah tak mampu menjawab lagi. sebenarnya saya mendoakan agar beliau panjang umur agar beliau boleh berkarya lagi selepas fasa itu. tapi Allah lebih tahu perancangannya. apa pun, semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita semua.

Mohamad Farez Abdul Karim said...

betul, saya sokong.

adakalanya sesetengah manusia diberikan Allah kuasa dan harta untuk membuat sesuatu yang kelihatan baik namun sebenarnya tidak.

Allah menipu golongan yang sering merasa dirinya benar, Allah mengangkat pemimpin yang zalim di antara hambaNya supaya mereka yang taat terus memikir, menjustifikasi setiap tindakan dan perbuatan, adakah kita baik atau tidak.

Setiap detik kita memikirkan tentang Nya setiap masa kita selamat dari murkaNya,


Hanya Dia, Tuhan yang Tahu dan memegang segala kunci rahsia kehidupan...

Norain MT said...

Assalamualaikum.

Faham siapa yang dimaksudkan. Sebelum ni memang ada yang menyebutkan perkara sama tapi selepas dia meninggal dunia, orang cakap baik-baik sahaja. Memang patut dan lazimlah, cuma risau kalau-kalau orang tiba-tiba mengaggap dakyahnya benar hanya kerana dia telah pergi. Kematian memang selalu merenggut simpati. Yang salah tetap salah.

Apa pun, al-Fatihah buat allayarham.

Kacik Kamarudin said...

Siapapun tak tahu siapa betul siapa salah. Kubur lain - lain, pegangan masing - masing, lakumdinukumwaliadin... AlFatihah.

abuyusof said...

memang kita tidak tau apa kesudahan masing-masing.. tapi kita haram menguruskan jenazah seseorang yang masa hidupnya jelas dgn perkataan dan perbuatan menghina Allah dan rasul..

dan dalam islam tiada istilah.. kubur lain-lain.. kubur masing-masing..(kecuali jika bila kamu mati nanti kamu boleh kapankan sendiri diri kamu dan kamu boleh tanam sendiri diri kamu)..
sebahagian besar ayat alquran yang menyatakan tentang iman akan disertakan dgn solat dan amal makruf nahi mungkar.. menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran.. dan antara soalan yang ditanya dalam kubur nanti adalah "siapakan saudara kamu?"

.. setiap orang adalah amir dan akan ditanya tentang mereka yang kamu pimpin.. tiada seorang akan masuk syurga kecuali dengan berjemaah..

ayat yang kamu beri itu sesuai dengan nama surahnya Alkafirun.. hanya dituju untuk orang-orang kafir yang menentang islam..

Mommy Lyna said...

dalam sungguh artikel ni.
ye, kadang2 kita rasa kita berkata2 atas slogan kebenaran, tapi tak sedar sebenarnya kita sedang dipergunakan oleh syaitan atas nama kebenaran yg kita pun tak berapa pasti.

Kacik Kamarudin said...
This comment has been removed by the author.
Aishah Nur Hakim said...

abg,

bagaimana seorang pesalah zina mahu tahu dirinya sudah suci?

apakah tanda2 allah sudah menerima sesuatu taubat hambanya?jika ada

Kongkang Kengkang said...

huwaahaha... silap masuk blog. ni x sesuai utk org mcm aku. Huwaaahaha

Anonymous said...

benarlah apa yg ditulis,
speechless..

abuyusof said...

mommy lyna,
benar tu puan..

aishah,
sebenarnya saya tiada kelayakan untuk menjawab soalan itu.. boleh rujuk kepada ustaz yang berkelayakan.. tapi mengikut pandangan saya dosa penzina akan bersih hanya bila dia telah menjalani hukum hudud didunia.. selagi tidak dia tetap akan menerima hukuman diakhirat.. begitu berat dosa zina ini.. namun orang lupa sbenarnya dosa tidak solat adalah lebih besar lagi.. penzina adalah amat sedikit berbanding dgn mereka yang tidak solat.. itu pun kerja menyeru manusia pada solat amat diperlekehkan oleh golongan tertentu..

abuyusof said...

skk,
blog ini sesuai utk semua..

zurina,
anak karkun lah awk ni katakan..