Saturday, July 4, 2009

sebuah kisah cinta yang sebenar

ada seorang gadis menulis diblog dia.. aku baca..
bercerita tentang dia bertandang ke majlis
pernikahan seseorang jejaka yang dia pernah
minati(baca: cintai)..

aku pun teringat kisah.. ehem.. cinta aku dengan
isteriku..

kisah cinta yang biasa.. pakwe jumpa makwe..
pakwe tackle makwe.. makwe jual mahal mulanya..
pakwe tak putus asa.. dicuba lagi.. dan lagi..
namun Allah dah tentukan jodoh.. ada jodoh
makwe terima lalu mereka pun bercinta dan
akhirnya nikah.. selamat..
yang tiada jodoh bercinta tapi putus ditengah jalan..

aku tak pernah lalui semua itu.. aku ikut jalan
short-cut.. ceritanya begini..

suatu hari aku rasa aku dah tak tahan hidup
berseorangan.. aku rasa dah tiba masa untuk
aku cari seorang gadis dan nikah.. masaalahnya
aku tak tahu macammana nak tackle orang
perempuan.. aku ada juga minat dengan beberapa
orang perempuan.. tapi aku tak tahu atau takut
untuk dekati.. tak tahu takut apa tapi takut dan malu..
tak tahu malu apa tapi malu..

pendekkan cerita aku jumpa mak aku dan
beritahu hasrat aku nak nikah.. mak aku cuma
senyum sambil bertanya.. nak nikah dengan siapa..
tak tahu.. mak tolong carikan boleh.. kata aku..
nantilah.. jawab mak..

selang beberapa hari hebohlah cerita aku hendak
kawin dikalangan kakak-kakak dan abang aku..
aku ada seorang abang dan 5 orang kakak..

selepas di dera secara mental dengan usikan
dan sebagainya.. maka bertempiranlah kakak-
kakak aku pergi mencari gadis yang sesuai dengan aku..

selepas tiga kali pergi 'menenguk' dan ketiga-tiganya
aku reject.. aku macam dah give-up.. letih rupanya
proses ini.. letih sangat.. berjanji, berjumpa, menenguk,
menimbang-nimbang, berkira-kira..
letih.. bila masa depan menjadi taruhan..

selepas 6 bulan dari hari aku buka mulut beritahu
mak aku yang aku hendak kawin.. keadaan menjadi
sedikit tenang.. dalam keadaan yang agak tenang ini..
aku didatangi oleh kakak aku yang ketiga dengan
suaminya.. mereka kata meraka ada seorang tapi
dah agak berumur.. setahun lebih tua dari aku..
namun lapuran yang aku terima amat mengalakan ..
dia orang kl.. sedang belajar di sebuah pondok..

ok ini yang aku hendak.. seperti yang aku selalu
doakan supaya Allah kurniakan aku seorang
isteri yang solehah..

selepas pergi meneguk dan masing-masing pun
setuju.. maka selepas 3 bulan aku pun
nikahlah.. alhamdulillah..

dan dimalam pengantin itulah aku pertama kali
bercakap dengan isteriku..
kerana projek tak mahu menjadi(masing-masing
tiada pengalaman agaknya) kami berborak sampai
pagi tanpa tidur.. bermulalah kisah cinta aku
dan isteriku.. you bloody f****** don't know
what you are missing(kepada mereka yang
dah berkawin dahulu sebelum bernikah)

sekarang selepas 18 tahun dan 6 orang anak..
dan aku baru balik dari rumah emak aku sebentar tadi..
menunaikan giliran menuntun
emak aku yang sudah uzur.. aku sedar yang
aku telah menemui seorang isteri yang aku
idamkan.. kalau bukan isteri yang sanggup
membasuh berak mak mentuanya.. isteri yang
macammana lagi yang kamu mahu..

bagi orang yang nikah dahulu
baru bercinta macam aku.. solat hajat & doa
adalah satu-satunya senjata untuk
pilihan yang tepat.. tiada yang lain..
kalau tidak.. macammana hendak kita tahu..

Allah benar-benar dah makbulkan
doa aku untuk isteri yang solehah..
dan lebih lagi..
kerana nama dia juga solehah..

22 comments:

Unknown said...

wah bercinta selepas bernikah.
tp kalo unt masa skarang spt mustahil je benda itu...

kamu mesti sentiasa tenang dgn isteri yg begitu baik sekali...

Sitie BUm BUm said...

best ar kisah cinta ni!! =)

Water Lily said...

Adaknya itulah formular cinta yang terbaik.

"Jangan kawin sebelum nikahnya"

Saya setuju!

terrarosa said...

salam kenal,

ok saya ambil nota sekarang :))

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

Aok tolong carikan bini untuk keh satu ye..

Zp said...

oh... kahwin umur berapa ya? hmmm ada tak anak2 yang mewarisi kelebihan dalam berseni? Bila kita tengok dia, kita tengok kita...

abuyusof said...

yob,
tiada yang mustahil.. kecuali kita yang terlebih tengok tv.. drama cinta.

sitie,
;)

lily,

formula islam sentiasa terbaik..

terrarosa,

wassalam, simpan nota baik2..

pipi,

kwn tengok aok ni sesuai ambik janda.. kwn ada kenal sorang kalau nok.. gunners beb..

zakiah,

umur biarlah rahsia.. keh keh..
anak2 zaman sekarang susah nak sama macam kita dulu.. zaman dah berubah.. masa habis dok sms je..

Anonymous said...

wah nama pon solehah...!
doa dimakbulkan sungguh.
:)

kaseh mutiara said...

anugerah dari allah.. :)

S.YanaZ said...

Alhamdulillah...

Bro.,
kadang2 Allah bg sekrg, kadang2 DIA simpan dulu...
Dan kadang2 DIA bg esoklusa...

:]]]

abuyusof said...

zarina,
best kan hehehehe..

kaseh,

ya tepat sekali. tq ;)

s.yanaz,

dan doa diteruskan jugak jangan jemu-jemu..

Najwa Aiman said...

Ini macam baru tenteram nak keluar 40 hari sekali pun! Alhamdulillaah...! Mutiara semula jadi memang susah nak jumpa!

Anonymous said...

sweet la brader.
adeh.
melayang jiwa aku kejap..

mohamad ismadi sallehudin said...

boleh tolong ejas sorang macam tu???

Luca DK said...

bro,
tlg carikan sorang gak utk gua..

abuyusof said...

lu orang ingat gua ni ajen cari jodoh ke.. cari sendiri la..

Aishah Nur Hakim said...
This comment has been removed by the author.
Aishah Nur Hakim said...

kalaulah~

abuyusof said...

kalaulah apa aisyah?

Aishah Nur Hakim said...

kalaulah saya jadi perempuan yang masih terpelihara dari kotor dunia~

abuyusof said...

aishah conteng kat kertas sahaja ok.. kat dinding rumah jangan.. kat dalam hati pun jangan..

As said...

Aaaa nama pun solehah.
Mantapnya!

Alhamdulillah. :)