kembali dari sini
26
cinta lelaki dan perempuan
adalah nafsu
tanpa nafsu
cinta itu sudah lama
berkubur
27
penat memikirkan
tentang orang lain
kita jadi bukan diri kita
dalam cermin
yang kita lihat
28
masa untuk berubah
adalah masa yang sesuai
setiap masa dan ketika
29
hidup adalah pergerakan
mati adalah perhentian
hidup semula adalah
pergerakan tanpa perhentian
30
persahabatan
(tidak seperti cinta
yang boleh putus)
akan kekal abadi
31
Allah tidak akan tanya
sedalam mana cinta kamu
Allah hanya akan tanya
bagaimana hak2 isteri kamu
32
kebanyakan sajak
adalah seperti grafiti
orang hanya akan melihat
sambil berlalu
amat sedikit
yang akan berhenti
dan menikmati
33
sebagus mana sebuah kisah
tidak akan menarik untuk diikuti
kalau kamu bercerita tanpa henti
dan kamu menulis tanpa perenggan
34
kamu mahu
sajak pasal cinta
kamu tulislah sendiri
kamu bacalah berulang kali
hanya kamu yang akan suka
orang lain tidak akan perduli
35
jangan lupa
untuk tidur lena
kerna cinta yang kau
cari tiada disini
S E L A M A T T A H U N B A R U
Saturday, December 31, 2011
Tuesday, December 13, 2011
Hanya kerana seorang perempuan
Beberapa tahun dahulu aku bertemu dengan seorang kawan lama.
Masa tu kami sama-sama sedang menunggu isteri masing-masing
buat check-up di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Kawan sekolah aku ni dulu dizaman persekolahan dan masa diabelajar di ITM merupakan seorang kutu.
Tapi kutu pada pakaian sahaja,
pakaiannya rugged dan berambut panjang.
Walaupun demikian dia tidak
main dadah dan tidak jugak terlibat dengan
apa-apa jenayah.
Cuma seperti kebanyakan kutu dia seorang
perokok dan amat kurang
dari segi amalan agamanya.
Solat pun kadang-kadang sahaja.
Namun suatu yang baiknya apabila bulan Ramadan
dia tak pernah tinggal puasa.
Tapi masa aku terjumpa dia hari tu dia
telah banyak berubah. Sekarang dia
dah berjanggut dan berkopiah.
Sekarang dia seorang yang sangat menjaga solat.
Bercakap pun hal-hal yang baik sahaja.
Aku pun bertanya pada dia sejak bila dia berubah ni.
Dia kata dah lama dah, beberapa tahun lepas grad.
Semuanya pasal seorang perempuan sambungnya.
Macammana tanya aku.
Beginilah ceritanya..
Beberapa hari setelah menjejakkan kaki ke
menara gading(ITM) aku terpandang
seorang siswi baru yang sama semester dengan aku
tapi berlainan kursus.
Tak dapat aku gambarkan apa perasaan aku masa tu.
Dia pada pandangan mataku seorang gadis
yang paling cantik pernah aku lihat.
Semua yang ada pada diri gadis itu
terlalu sempurna bagiku. Bentuk
mukanya, rambutnya, senyumanya,
cara dia berjalan, malah cara dia
berpakaian juga, pilihan warna
baju kurungnya juga semuanya sempurna.
Pandangan pertama aku pada gadis itu
terasa tertusuk pada jantungku dan
dan kesan pada tusukan itu kekal bersemadi
didalam jantungku.
Selepas pada hari itu, setiap kali aku tersua
dengan gadis itu jantungku
akan bergoncang dengan kencangnya hingga
terasa amat menyakitkan.
Sakit tapi seronok. Setiap kali aku akan berselisih
dengan gadis itu aku
jadi gelabah, aku jadi panik,
Seperti budak sekolah yang sedang ponteng
tersua dengan ayah dia di tengah bandar.
Setiap kali bertembung dengan gadis itu aku
dapat rasa peluh sejuk mula mengalir.
Dan aku amat bimbang kalau kalau dia dapat
mendengar degupan jantungku
jika aku lalu disebelahnya.
Biasa terjadi dalam tak semena-mena jantung
aku tiba-tiba jadi berdebar-debar.
Dan bila ini terjadi aku akan perhati keliling,
dan aku akan dapati gadis itu ada
tidak jauh dari tempat aku sedang
berjalan atau duduk.
Apa dah jadi pada diri aku ni.
Kenapa kehadiran gadis ini dalam hidup aku
menjadikan hidup aku tak keharuan.
Aku datang ke ITM ini untuk belajar
kejar cita-cita sambil 'mengutu part-time'.
Tapi gadis ini merubah terus
kehidupan aku di kampus.
Aku tidak dapat tumpu pada pelajaran 100%
Setiap saat aku teringat gadis itu.
Masa dalam dewan kuliah, masa dalam kelas,
masa berjalan, masa makan, masa bermain,
masa mandi. Aku tidak dapat
tidur malam, aku tidak dapat study.
Yang ada dalam diri ku hanya gadis itu.
Tidak lama selepas peristiwa aku terpandang
gadis itu pertama kalinya aku dapat tahu nama dia.
Setelah aku tahu nama dia aku berjaya pula
mendapat tarikh lahir dan alamat rumahnya.
Semuanya aku hafal dalam kepalaku
sampai sekarang.
Walaupun demikain aku adalah seorang kutu.
Kutu tidak boleh bergirlfriend.
Lagi pun orang yang tak ada rupa macam aku dan
dari keluarga yang
tak berharta tidak layak berkawan dengan dia,
Dengan pandangan yang demikain
aku tidak pernah berusaha untuk 'tackle' gadis itu.
Aku biarkan sahaja hati aku ini terus merana.
Tapi semuanya berubah apabila pada suatu hari
aku lihat seorang kawan kelas aku sendiri
berjalan dengan gadis itu.
Memang aku tahu ramai yang minat gadis itu.
Tapi kawan aku sendiri. Ini sesuatu sesuatu
yang diluar jangkaan.
Apa yang aku hendak buat sekarang.
Gadis itu sudah jelas sedang bercinta dengan kawan
aku sendiri. Hitam dan gelaplah segala harapan dan angan-angan.
Kerana seorang kutu tidak
akan mengkhianati sahabatnya,
jauh sekali berusaha merampas kekasih mereka.
Apa yang aku dapat buat hanyalah menjadikan
diri aku lebih rapat dengan sahabat itu.
Sehingga aku menjadi sahabat dia yang paling baik.
Habuannya. Aku dapat 'firsthand'
segala cerita kisah mereka berdua.
Aku menjadi pendengar yang setia. Dan tidak
jemu-jemu mendengar. Tidak puas-puas.
Dan kebetulan sahabat ini memang jenis
orang yang suka bercerita. Tiada rahsia. MasyaAllah.
Wahai gadis pujaanku kalaulah kau milikku
segala cerita kita akan hanya milik kita berdua sahaja.
Pun begitu aku sangat gembira kerana dapat 'hampir'
dengan gadis itu walaupun hanya.
sebagai pemasang telinga sahaja.
Dan bayangan gadis itu kekal dalam pelukan.
Hanya bayang bayang.
Selama 3 tahun di ITM hidup aku seperti di awangan.
Berjalan dan duduk tidak mencecah bumi.
Namun aku lulus jugak 'but only just' kata orang putih.
Tidak ada yang cemerlang.
Hanya kerana seorang perempuan..
Aku rasa apabila aku dah keluar ITM segalanya akan selesai.
Aku akan dapat lupakan gadis itu.
Dan aku akan dapat jalani hidup dengan biasa.
Tanpa gangguan.
Tangapan aku amat meleset. Kerana semuanya
bermula bila aku keluar dari ITM.
This is only the beginning!
Banyak perkara yang berlaku namun dipendekkan cerita.
Sahabat aku dan gadis itu berpisah dari menjadi
sepasang kekasih beberapa bulan selepas graduasi.
Aku tak semena-mena menjadi panik.
Sumber untuk aku dengar cerita gadis itu telah
tiada. Aku panik sebab apa-apa hubungan
yang sedikit yang aku ada dengan
gadis itu akan hilang.
Putus seperti layang-layang yang putus talinya.
Aku nekad. Setelah setahun meninggalkan alam belajar.
Aku mencapai pen
dan kertas dan aku pun mula menulis.
Aku curahkan segala-galanya didalam
sebuah surat cinta. Tidak ada yang tertinggal aku
ceritakan segala-segalanya.
dan surat itu aku poskan diatas nama dan alamat gadis
itu yang memang telah
aku hafal sejak dari tahun pertama aku di ITM lagi.
Dan dengan penuh rasa tersiksa aku menanti
jawapan dari dia. Tidak kurang dari segala macam
tanggapan dan andaian bagaimana penerimaan
gadis itu aan surat yang aku kirimkan.
Sebuah surat cinta dari
seorang yang dia tahu hanya seorang kawan
dari bekas kekasihnya.
Namun dalam surat itu aku bukan menagih cinta
tapi sekadar menghulurkan tangan persahabatan.
Sebulan berlalu tiada jawapan yang diterima.
Surat kedua dari aku
pun menyusul dengan pengharapan yang amat sedikit.
Kalau surat yang kedua ini tidak dibalas.
Aku bercadang untuk menulis surat
yang ketiga dan terakhir.
Tidak lama setelah aku menghantar surat kedua itu
aku terima balasan
yang aku nanti-nantikan dari gadis itu.
Hari itu dunia ini aku rasakan amat indah.
Semua bunyi-bunyi yang
aku dengar menjadi muzik ditelingaku.
Semuanya indah bila surat
bersampul biru yang aku terima itu, isi didalamnya
tulisan tangan gadis yang
selama ini aku cuma pandang dari jauh. Apa lagi bila dia kata:
'Kita sambung cerita kita'
Dia sudi jadi sahabat aku.
Dan bermula dari situ kami pun berkawanlah
tapi hanya surat sebagai perantaraan.
Maklumlah aku di Selatan sedang dia di Utara.
Aku menjadi penulis surat yang gila kerana menjadi
gila menulis surat. Aku menulis surat sebagaimana
orang sekarang menulis di facebook.(ayat tambahan penulis)
Selama bebrapa bulan aku menulis setiap hari.
Surat serta kad yang dibuat
sendiri dengan sajak dan puisi hari-hari aku tulis.
Hari-hari aku poskan.
Gadis itu tidak terfikir sebelum ini dengan siapa
dia telah libatkan dirinya.
Dia menjadi gila menerima kiriman-kiriman
dari aku yang gila ini.
Aku rasa selama 2 tahun aku berutusan
dengan gadis itu tidak kurang
dari 500 kiriman yang aku hantarkan kepadanya.
Surat, kad, tshirt (print tangan), kaset, buku dsn.
Ada juga sebuah novel grafik tulisan
dan lakaran tangan aku sendiri.
Hingga sekarang aku terfikir-fikir
dari mana aku dapat tenaga dan ilham
untuk buat semuanya itu.
Rupanya sesuka mana dia menerima segala kiriman aku.
Tidak juga
aku memenangi dirinya 100%,
Dalam diam dia mengikat pertunangan
dengan seorang pemuda pilihan hatinya.
Memang dia putus dengan sahabat aku dulu pun
kerna pemuda itu.
Tapi sengaja aku tidak ambil peduli.
Kerana selama ini aku telah terlalu
derita untuk ambil peduli.
Cuma bila dari mulut dia sendiri dia menyatakan
yang dia telah bertunang setelah
dua tahun kami berkawan.
Aku dapati dunia ini menjadi lebih gelap dari dahulu.
Walaupun dia tidak mahu lepaskan aku sebagai sahabat.
Diri siapa yang
hendak kami bohong.
Tak lama setelah berita itu keluar dari mulutnya.
Aku memulangkan beberapa
keping gambar yang telah dia kirimkan.
Dan aku nyatakan aku tidak mahu menjadi
orang yang menganggu hubungan orang yang sedang bertunangan.
Sebaik dia meneima surat berserta gambarnya itu.
Dia terus menelefon aku dipejabat.
Pertama kali dia melakukan demikian kerana
sebelum ini kami
hanya beberapa kali bercakap di telefon itu pun
dirumah atau dipondok
telefon awam sahaja.
Dia menangis. Dan aku berusaha menenangkan dia
sambil diperhatikan oleh semua rakan pejabat
yang pelik kerana aku tak pernah terima
apa-apa panggilan yang personal dipejabat sebelum ini.
Malu jugak rasanya. tapi demi dia aku tebalkan semuanya.
Aku berjanji aku terus berkawan. Tapi sebenarnya aku tipu.
Cukup bulan aku berhenti kerja. 2 minngu selepas itu
aku keluar ikut jemaah tabligh selama 4 bulan
ke India, Pakistan dan Bangladesh.
Hanya kerana seorang perempuan.
Ada lagi beberapa perkara yang dia hendak
ceritakan pada aku tapi
rupanya masa berlalu sangat pantas.
Dia tidak sempat menceritakan semuanya.
Kerana isteri yang dia tunggu telah selesai membuat
check-up bulanan ibu mengandung.
"Anak ke 3," katanya.
"Samalah dengan aku," kataku.
Sebelum dia bergegas mendapatkan isterinya
yang berpakaian purdah itu.
Dia sempat berbisik pada aku.
"Itu gadisku sedang menuggu...."
Aku terpinga-pinga. "Macammana...?"
Sambil berjalan dia berpaling dan tersenyum.
"Nanti aku cerita lain," katanya.
Rupanya itulah kali terakhir aku berjumpa dengan dia.
Dalam sibuk bercerita kami lupa untuk bertukar nombor telepon.
Sampai sekarang aku masih menanti akan dia menghabiskan
ceritanya.
Dua sebab kenapa aku tidak pernah ceritakan
kisah ini dimana-mana.
Pertama: kerana aku masih menanti akan sambungannya.
Kedua: kerana kisah dia 90% adalah sama
dengan kisah aku
kerana menceritakan kisah ini seperti menceritakan
kisah hidup aku jugak.
Cuma beza 10% itu kerana mereka bertemu
jodoh akhirnya. sedang aku tidak.
Aku ada kenal seorang lagi yang ceritanya hampir
sama dengan cerita kami ini.
Aku mula yakin bahawa kisah begini adalah
lumrah hidup seorang pemuda seperti kami.
Walaupun hanya kerana seorang perempuan
kami bersyukur kerana
Allah membuka pintu hidayat buat kami.
Isteriku yang aku tunggu menepuk bahuku.
"Hai jauh termenung," katanya.
"Takda, saja terkenang kisah lama," jawap aku.
"Ingat girlfriend lama kot," usik isteriku dan disebalik
purdahnya aku nampak matanya tersenyum.
"Nanti balik abang cerita. Orang dalam perut sihat?" kataku,
sambil memimpin tangan isteriku ketempat parking kereta.
Monday, December 5, 2011
kata-kata 2(Mohd Nasir Mohd Yunan)
bersambung dari sini
pada tahun 1991 bulan januari.. aku bersama 150 orang pelajar
dari jordan dibawa kembali ke malaya oleh kerajaan kerana tarikh
terakhir(untuk iraq berundur dari kuwuit atau menghadapi serangan
dari usa) hampir tiba..
semasa tiba di subang.. sedang orang lain disambut oleh ahli keluarga
masing-masing.. aku terkonteng-konteng seorang diri tak ada ahli
keluarga atau sahabat handai yang menunggu.. 2 tahun di timur tengah
kepulangan tidak disambut sebenarnya tidak menjadi masaalah bagi aku..
aku kemudian diberitahu oleh wisma putra bahawa keluarga aku
tidak dapat dihubungi.. jadi aku pun menumpang salah seorang
pelajar dan memintanya untuk menghantar aku ke masjid india
harap-harap dapat bertemu dengan sahabat baik
aku azlan.. orang kuantan yang dah '100' tahun hidup di KL..
sesampainya aku ke masjid india.. ramai lah sahabat-sahabat dari
jemaah tabligh yang aku jumpa.. salah seorang dari mereka yang
aku kenal baik dan yang tahu aku baru kembali telah beritahu aku
yang Mohd Nasir Mohd Yunan telah kembali ke Rahmatullah 2 minggu
yang lepas di isytimak Kubang Bujuk Terengganu.. Mohd Nasir
masa tu sedang keluar 4 bulan.. lemah rasa badan aku menerima berita itu..
aku sebelumnya memang bercadang untuk ke Kampung Asam Jawa
untuk bertemu beliau.. Mohd Nasir Mohd Yunan 32.. mati muda tanpa
meninggal apa-apa.. tiada harta tiada zuriat.. umpama Musa'sb bin Umair
pemuda Mekah yang berhijrah bersama Nabi dan syahid di Uhud..
pertama kali aku bertemu Mohd Nasir di Pakistan(dis 1987)..
dia sedang bercerita tentang kebesaran Allah..
dan selama beberapa hari bersama beliau tiada cerita
lain yang keluar dari mulut beliau kecuali cerita tentang kebesaran Allah..
dan apabila ditanya tentang tattoo yang ada dilengannya pun dia berkata..
"Allah menyesatkan sebahagian manusia dan Allah juga yang kembalikan
sebahagian manusia kedalam cahayaNya sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.."
kali terakhir aku bersama beliau(di masjid kg asam jawa)
iaitu beberapa hari sebelum aku ke timur tengah..
antara perkataan terakhir aku dengar beliau berkata:
" tiada kalimah yang lebih tinggi dari kalimah Lailaha illallah.. barang siapa
di akhir kalam dia menyebut Lailaha illallah.. maka adalah Allah akan
mewajibkan syurga baginya.. dan tiada kemulian kecuali kemulian dari
Allah.. dan tiada maksud hidup kecuali maksud hidup Rasulullah.."
beberapa hari kemudian semasa aku telah berada di kuantan.. aku
bertemu dengan seorang sahabat yang pada pagi sebelum Mohd Nasir
meninggal bersama-sama mandi dari tankungan air di tapak istimak.. katanya
" Nasir kelihatan agak lemah pagi tu.. sambil menceduk air mandian dia sempat
meminta aku supaya aku beri azam untuk keluar 4 bulan kejalan Allah untuk
mengajak manusia kepada kalimah Lailaha illallah"
Mohd Nasir Mohd Yunan dari Kampung Asam Jawa Kuala Selangor..
meninggal pada waktu Dhuha pagi itu dan dikebumikan selepas waktu Zuhur..
disembayangkan oleh l/kurang 30 ribu jemaah di tapak isytimak Kubang Bujuk
terengganu disember 1990..
aku benar-benar yakin.. tiada yang lain di akhir kalamnya kecuali:
..LAILAHAILLALLAH..
Friday, December 2, 2011
kata-kata..
sepanjang hidup aku bergaul dan berkawan..
ada beberapa kata-kata dari orang yang aku
pernah bertemu atau berkawan yang tidak pernah aku lupa..
hingga sekarang yang menjadi inpirasi hidup ini..
Brother Yahya dari Kanada:
< semasa sedang duduk berehat-rehat ditepi
sebuah masjid di Paskistan aku menunjukan pada brother
yahya pisau lipat bermata 4 inci yang aku sedang guna untuk melurut
batang sugi sambil berkata" this is sunnah"
brother yahya mencapai dibelakangnya dan mengeluarkan
sebilah pisau model yang sama dengan pisau aku..
tapi bermata 6 inci..
" this's sunnah" katanya..
kemudian aku bertanya pula," yahya tell me about the
sunnah of keeping beard "
katanya "keep the moustache very short and let the
beard flow(bukan grow) " >
Dari seorang gadis(nama rahsia):
< ditulis dalam satu surat kepada aku
" kita sambung cerita kita" >
Wan Kamarul Bahrin(aku punya classmate):
< kau mencari sesuatu yang agung.. tapi sesuatu
yang agung itu tidak ada dalam diri kau >
Allahyarham Mohd Nasir Mohd Yunan (kawan baik Yahya):
< dalam diri kamu dan dalam diri setiap umat islam
ada sesuatu kalimah yang Maha Agung.. itulah kalimah
Lailahaillah.. dan dengan kalimah itu kita akan dibangkitkan
dan dengan kalimah itu kita akan dimuliakan oleh Allah
dihadapan sekian makhluk >
seorang pegawai imigresen israel(semasa
aku cuba memasuki palestine melalui jalan
darat dari jordan):
< if you hold an american passport you can
enter our country anytime >
Allahyarham Ustaz Ashaari:
< bila di tanya oleh sahabatku Umar dari pattani
kenapa alqam masih tidak ada pengikut di pattani..
katanya" kerana kita masih belum bertemu rejal(baca:
kerana kita belum ketemu lelaki jantan islam)">
Abang Umar dari PULO pattani:
< Ustaz kata tidak ada rejal di pattani.. sedangkan
kita dah berjuang berpuluh tahun menentang kafir siam
untuk negara islam berdaulat.. dan dah beribu orang terkorban syahid..
ustaz kata tidak ada rejal di pattani? beritahu saya apa itu rejal
ustaz.. >
bersambung..
Labels:
brother yahya,
pattani,
PULO,
rejal,
sunnah,
Ustaz Asyaari
Thursday, November 17, 2011
kentut..
siri benda #4|3.5x4.5|mixed|2011
suatu hari ketika sedang bersolat jemaah
dimasjid saidina othman ibnu affan.. seorang pemuda
disebelah kiri aku mufaraqah dan meninggalkan saf..
ini bukan pertama kali dia melakukan demikian sudah
beberapa kali ianya terjadi..
setelah sesesai solat aku lihat permuda tadi sedang solat
dihujung saf.. bermakna dia telah masuk semula saf secara
masbuq dan sedang mencukupkan raakatnya besendirian..
aku membuat keputusan untuk berjumpa pemuda itu bagi
mendapat kepastian apa yang berlaku.. bila perkara seperti
ini sering berlaku ianya menimbulkan pertanyaan yang menggangu
pemikiran..
selesai dia bersolat aku pun memanggil dia
kesuatu sudut dan kami duduk bersila bertentangan..
aku: nama adik ni siapa.
pemuda: hafiz.. kenapa cik
aku: dak.. nak tanya.. tadi kenapa adik keluar saf
dah banyak kali pulak tu saya lihat awak buat macam tu..
pemuda: oh tadi saya terkentut.. (sengih)
aku: (aku dah agak dah)kentut tu apa..
pemuda: (macam terpinga-pinga..kentut pun tak tahu agaknya fikir dia)
.. err kentut.. keluar angin..
aku: saya tahu la keluar angin dari bontut.. tapi apa sebenarnya
yang dinamakan kentut sehingga membatalkan wuduk tu..
pemuda: tak faham la apa maksud cik..
aku: istilah kentut dalam hukum yang membolehkan
terbatalnya wuduk..
pemuda: err keluar angin dari dubur la.. (katanya agak kuat)
..nak marah agaknya..
aku: begini.. mengikut ulama.. kentut dalam hukum ada 3..
1. berbau
2. berbunyi
3. berbau serta berbunyi
selain dari itu bukan kentut..
pemuda: saya tahu tu
aku: habis tu?
pemuda: habis tu apa?
(nak kena pelempang budak ni)
aku: saya duduk sebelah awak tadi.. saya tak
bau dan tak dengar apa apa bunyi pun..
pemuda: ada..
aku: kalau saya kentut sekarang ni awak rasa
awak akan bau atau dengar tak..
pemuda: hmm.. saya tahu la cik saya yang rasa..
aku: tak.. itu was-was namanya.. mainan syaitan..
pemuda itu diam sedang berfikir..
aku: awak dengar yek.. awak dengar yek..
... puuuuuuuut ( giliran aku mengeluarkan angin)
aku: hah itu baru namanya kentut..
Sunday, November 13, 2011
Sukan SEAP Sukan SEA..
saf #4|3.5'x4.5'|acrylic on canvas|2009
di Kuala Lumpur 1977.. ianya dipanggil Sukan SEAP..
pada tahun 1971 Kuala Lumpur menjadi tuan rumah
Sukan SEAP.. aku masa tu berumur 8 tahun.. masih
ingat masa tu berapa terujanya aku mengikuti setiap
acara yang ditayangkan diTV hitamputih..
athlete sanjungan aku masa tu adalah
Ishtiaq Mubarak.. athlete 110m lompat pagar..
dia memenangi acaranya dengan bergaya dengan
rambut dia yang merebang mencecah bahu berside-burn
dan bermisai.. cukup hebat.. runggi dan macho..
sebaik selesai acaranya.. aku terus terjun tingkap(aku
tak pernah guna tangga untuk keluar rumah masa kanak2)
dan aku akan berlari keliling kampung sambil melompat
apa saja yang boleh lepas.. sampai melaung2kan nama
Ishtiaq Mubarak! Ishtiaq Mubarak!
ahkirnya dengan sendirinya aku menguasai teknik
berlari lompak pagar..
aku terus menguasai acara itu disekolah..
semasa menyertai acara lompat pagar ini
didarjah 6.. sedang aku jauh meninggalkan
peserta lain aku tergelincir dan terlanggar pagar
dan tersungkur.. tapi aku sempat bangun dan mengejar
peserta lain.. tapi setelah begitu hampir untuk memotong
peserta yang dihadapan sekali lagi aku tergelincir..
itulah risiko berlari kaki ayam tanpa spike..
dalam kesakitan aku cuma mampu duduk dan menangis..
dan melihat peserta lain menamatkan acara.. aku tidak
menamatkan acara itu..
tapi aku tidak pernah putus asa dengan acara
kegemaran aku ini.. aku terus berlari melompat
apa saja dimana saja..
semua keghairahan dan kegilaan aku dalam acara
ini membuahkan hasilnya.. tanpa tunjuk ajar
dari sesiapa.. tanpa latihan yang secukupnya
tapi dibantu oleh sepasang spike yang dipinjam
2 size lebih besar.. aku berjaya jadi juara Pahang
bawah 16 tahun 1979..
di tahun yang sama jugak aku diangkat sebagai
olahraga terbaik sukan sekolah kerana disamping
lompat pagar.. aku jugak dapat emas dalam
lompat tinggi dan lompat kijang.. semua yang
lompat2 aku menang..
1980 aku berada dalam ketegori bawah 20 yang
mana tinggi pagarnya adalah standard olimpik..
oleh kerana tinggi aku cuma 5'7' ketinggian
pagar itu menjadi suatu masaalah untuk
aku pergi lebih jauh.. namun begitu aku masih
favorite untuk menang acara itu di sukan
sekolah.. tapi semua yang berlaku semasa
aku di darjah 6 dulu berulang lagi.. habis semua
pagar aku langgar.. cuma kali ini aku mendapat
gangsa..
dan itu lah kali terakhir aku dengan 110m lompat
pagar.. menghampiri zaman dewasa banyak
perkara lain datang menarik minta jauh
dari olahraga..
tapi sekarang anak-anak tidak tahu pun apa itu Sukan SEA..
Friday, November 11, 2011
banjir..
siri benda #6|5'x4'|mixed|2011
1. beberapa orang yang aku kenal semasa mengharungi banjir
singgah di masjid dan solat zohor jamak dengan asar.. di dalam
masjid masa tu air setakat betis.. beruntunglah mereka merasa
solat dalam air.. aku sendiri tidak pernah.. tapi aku jugak sempat
solat jamak dirumah.. masa zohor tu air baru hendak cecah lantai..
lepas solat baru keluar redah air untuk pindah kerumah kakak
di bandar kuantan..
2. lima hari selepas banjir hari jumaat masjid yang biasanya penuh
hanya ada 3/4 ruang masjid yang dipenuhi.. yang lain agaknya
sedang sibuk membersih rumah.. termasuklah seorang kenalan
(yang biasa sama-sama berjemaah dimasjid)yang aku terserempak
masa pulang dari masjid.. tepuk dahi dia tanda sesal terlupa jumaat..
itu belum lagi Allah hantar tsunami atau gempa..
3. seorang sahabat yang masa tu sedang bekerja di Saudi..
isterinya bersendirian dengan anak-anak menghadapi banjir..
dia dapat bantuan sumbangan RM50.00 dari kompeninya
sebuah kompeni internasional dari jepun.. (isteri dia
sampai sekarang jadi trauma setiap kali hujan lebat)..
dia punya benggang terus berhenti dan balik Malaya..
seorang derebar lori pulak dapat sumbangan
RM3,000.00 dari tokey dia..
4. banjir tu melibatkan lebih 3,000 buah keluarga..
seribu lebih kenderaan tersadai.. beribu tan sampah
yang diambil masa berminggu-minggu untuk
dipunggah oleh majlis perbandaran..
5. lepas peristiwa itu berduyung-duyung orang terutama
di sungai isap damai(kws paling teruk kena banjir) tambah
rumah jadi dua tingkat.. takut banjir melanda lagi..
tapi sampai sekarang sudah 10 tahun banjir belum
kunjung tiba..
tapi tahun ini musim banjir belum sampai.. tengoklah
dalam sebulan dua ni..
tapi aku tak risau.. sebab aku tak duduk sg. isap lagi..
Wednesday, November 9, 2011
selak kain..
father, daughter & son|3.5'x4.5'|mixed|2011
semalam diTV seorang ustaz muda bercerita tentang disiplin dalam solat..
katanya masa solat pakaian mesti kemas.. yang berlengan panjang jangan
sinsing lengan baju sampai nampak lengan.. yang berseluar katanya ada
terkadang sinsing kaki seluar tinggi sebelah.. macam ni ke kita nak
mengadap Allah raja sekian raja.. Pencipta kita..
kalau kita nak jumpa pembesar.. orang kenamaan atau menteri..
beginikah kita berpakaian.. lengan disinsing.. seluar tinggi sebelah..
katanya lagi..
habis kata saya.. nak jumpa menteri pakai kain dan baju melayu?
sebab di Malaya 90 % orang pergi masjid jumpa Allah pakai demikian..
Bagi saya Allah tidak peduli apa yang kita pakai asalkan suci dan
menutup aurat.. jangan pakai pakaian wanita.. jangan pakai sutera..
jangan pakai yang jarang hingga menampakkan warna kulit..
jangan pakai yang ketat.. jangan pakai tshirt yang bergambar
dan bertulis terutama dibelakang kerana boleh mengganggu
jemaah dibelakang..
memanglah pakaian putih.. berjubah.. berkain.. berkopiah. berserban adalah
lebih baik kerana ia adalah pakaian sunnah..
dan menambah pahala solat.. tapi Nabi berjubah berserban
bukan dalam solat sahaja.. Nabi berpakaian demikian sepanjang masa..
kemedan peperangan pun Nadi berpakaian demikian..
secara simboliknya kalau kita membezakan pakaian solat dengan
pakaian harian bermakna kita telah membezakan agama dari
kehidupan harian.. maka kita secara tidak disedari.. menolak
agama sebagai cara hidup..
pakai kain didalam jubah memang sunnah.. tapi pakai kain
dengan baju melayu dengan kemeja..? orang melayu pakai
kain kepada dua perkara yang pasti.. ke masjid dan ke tandas..
Nabi jugak pakai kain masa istinjak.. tapi Nabi jugak pakai
kain semasa membuat kerja dia.. berdakwah..
kalau nak ikut sunnah Nabi pergilah kepejabat pakai kain..
jangan kemasjid dan ketandas sahaja..
Friday, November 4, 2011
ganti nama diri..
kiah #1|3.5x4.5|mixed|2011
di Rajawali..
abdullah jones aku kenal dan berkawan sejak 25 tahun dahulu
selepas habis zaman persekolahan.. biasa la kami akan bercakap
dengan bahasa aku-kau..
abdullah 'acai' hamdan aku kenal dan berkawan kurang lebih
3 tahun.. dia masih muda dan belum
berumah tangga jadi dia bahasakan diri dia 'saya' dan
aku dia panggil 'abang abu' dan
aku bahasakan diri aku 'saya'..
begitu jugak dengan najihah.. saya-abang abu..
ali nublee aku kenal masa sama-sama buat tabligh..
agaknya lebih kurang 18 tahun lepas.. masa tu dia
masih student.. jadi aku dengan dia biasa guna
ana-anta.. atau selalunya kawan-awok(orang pahang
lah katakan)
begitu jugak dengan ajis.. kawan-awok..
bila duduk semeja dan berborak-borak.. masa ni lah
masaalah akan timbul.. aku-saya-kawan bertukar ganti
kadang-kadang jadi agak 'awkward' kata orang putih..
mengapa jadi macam ini.. kenapa bahasa melayu
ada terlalu banyak ganti nama diri.. saya, aku,
kawan, koi, hamba, orang, patek, beta, awak, kau,
engkau, mu, hang, kamu, anda dan macam-macam lagi..
tapi yang peliknya tak cukup dengan pelbagai ganti nama itu
masih ramai yang tidak menggunakan ganti nama tapi memilih
untuk membahasakan dirinya mengunakan nama sendiri(hampir
semua penyanyi dan pelakun di Malaysia) menggantikan
aku atau saya dsn..
masih kurang ajar membahasakan aku atau saya dengan ahli
keluarga yang lebih tua.. nak kata ini ajaran Islam
tidak jugak.. sebab anak-anak dan sahabat Nabi berbahasa
ana-anta sahaja bila bercakap dengan Nabi Yang Mulia..
Tapi yang pelik jugak bila berbahasa orang putih dengan
emak ayah guna I-you sahaja..
ok bahasa melayu itu unik dan dalam hal ini bertambah unik..
bahasa kita penuh kesopanan dan lemah lembut kita kata..
atau kita sahaja yang menterjemahkan sopan santun
itu demikian rupa..
bersopan santun hanya bila kepentingan diri kita
tidak tergugat.. tapi bila kepentingan diri kita tergugat
hilang segala sopan dan santun..
bersambung..
Tuesday, November 1, 2011
sampaikan..
siri benda #7|6'x4.5'|mixed media|2011
aku bercadang untuk berjumpa seseorang
dan menyatakan begini kepadanya:
" Dan.. boleh tak aku nak beritahu kau
sesuatu.. sesuatu yang mungkin menyinggung
perasaan kamu.. tapi aku sangat perlu untuk
memberitahu kamu hal ini.. untuk kebaikan kamu
sebenarnya..
Dan.. Alhamdulillah aku lihat kamu sekarang
lima waktu sembayang di masjid.. kamu tahukan
bahawa sembahyang di masjid itu satu Sunnah Nabi kita
yang amat besar..
di kabarkan dari hadis Nabi bahawa mereka-mereka
yang berada di padang mahsyar akan terlihat satu
golongan manusia yang akan menunggangi sebuah
kenderaan yang akan terbang sepantas kilat..
maka mereka-mereka di padang mahsyar nanti akan
kagum dan tertanya-tanya siapakan gerangan mereka..
adakah mereka itu para nabi atau adakah mereka itu
para syuhada..
nanti akan dikabarkan kepada mereka bahawa
mereka itu adalah dari kalangan umat Muhammad
yang bersolat jemaah di masjid setiap waktu..
Dan kamu patut bersyukur banyak-banyak kerana
Allah telah berikan hidayah pada kita untuk
menjadi pembawa rahmat dan berkat ke sekian alam..
Tapi Dan.. solat jemaah ada peraturan yang perlu
kita ikut untuk mencapai yang terbaik dan terpuji
disisi Allah.. kalau kita kurang arif malah sangat
banyak lagi yang kita tidak tahu sebenarnya dari
khazanah ilmu Allah yang maha luas.. kita kena belajar
dan rajin bertanya..
Dan.. hanya satu saja setakat ini yang aku mahu kamu tahu..
minta maaf kalau aku katakan samaada kamu perasan
atau tidak berdiri kamu didalam saf amat jarak sekali..
selalunya aku perhatikan kamu berdiri dengan menjarakkan
diri kamu lebih dari sejengkal dari jemaah yang lain..
aku tidak tahu kenapa kamu melakukan begitu tapi
adalah wajib saf itu dirapatkan sehingga bersentuhan bahu..
malah kita diwajbkan melangkah dan bergerak dalam solat
bagi menutupi ruang-ruang yang ditinggalkan kosong..
dengan menjarakkan diri kamu begitu kamu telah dengan
tidak sengaja telah merosakkan keseluruhan saf tempat
kamu berdiri.. amat rugi lah kamu.. kerana niat mendapat
rahmat Allah dengan bersolat di masjid bertukar menjadi
kemurkaanNya..
kalau kamu merenggangkan diri bagi mendapat keselesaan
semasa kamu duduk tahiyat akhir nanti.. kerana aku perhatikan
memang begitulah keadaan kamu yang berpeha besar itu..
maka aku kabarkan pada kamu.. kita kena tahu masa bila untuk
kita perlu korbankan yang sunat bagi mengerjakan yang wajb..
duduk diatas punggung dalam tahiyat akhir adalah sunat sedangkan
merapatkan saf adalah wajib.. boleh saja kamu duduk
di tahiyat akhir dengan cara duduk seperti di tahiyat awal..
tidak ada masaalah.. kerana itupun sunat juga.."
maka semua kata-kata yang aku susun di atas bermain-main
didalam kepala.. tidak tahu bila akan dapat aku luahkan
kepada rakan jemaah di masjid aku itu.. sudah lebih dari
setahun..
jadi aku tulis disini supaya ianya tidak hilang dari
kotak minda ku..
Wednesday, October 5, 2011
doa #2
siri benda #6|3.5 x4.5|mixed media|2011
Aku terlihat sebuah kereta yang sedang mahu berangkat..
semua penumpangnya yang serami 5 orang sedang menadah tangan..
berdoa barangkali.. doa menaiki kenderaan agaknya.. bersambungaan
dengan doa semuga Allah selamatkan perjalanan mereka mungkin..
Dulu Nabi(SAW) naik kenderaannya(unta).. menyebut Alhamdulillah bila duduk..
membaca doa menaiki kenderaan(Subhanallazi sahgharalana..) dan diikuti
dengan tahmid 3X, tasbih 3X dan takbir 3X.. kemudian memandang
dengan tahmid 3X, tasbih 3X dan takbir 3X.. kemudian memandang
wajah sahabat yang mengikutinya dan senyum( atau kalau tiada teman.. melihat ke langit
dan senyum).. tiada tangan yang di tadah..
Agaknya orang sekarang lebih pandai dari Nabi(SAW)..
Melihat akan gelagat umat sekarang aku rasa masih ramai yang
kurang pasti bahawa..
bukanlah menadah tangan itu adalah doa.. tapi apa yang kita pinta dengan
Allah itu adalah doa sebenarnya.. dengan lisan atau tanpa lisan.. menadah
atau tidak terangkatnya tangan..
Nabi(SAW) tidak menadah tangan bila berdoa masnun seperti
doa melihat makanan(Allahuma bariklana..).. doa makan(bismilahi wa'la barkatillah..)
doa masuk dan keluar masjid.. doa masuk dan keluar tandas.. doa
sewaktu mendatangi isteri .. doa selepas wuduk.. doa selepas azan..
doa tidur dan bangun tidur.. dll.
kalau kita nak tadah tangan pun tak salah tapi tak Sunnah lah..
bayangkan semasa nak mendatangi isteri (ehem) tadah tangan dulu..
Dan jangan lah pandang serong orang yang tak menadah tangan semasa
azan atau semasa makan dan berkata dalam hati 'tak doa ke pak lebai ni'
sedangkan ilmu kita yang cetek..
Subscribe to:
Posts (Atom)