Saturday, May 23, 2009

10 lagu melayu terhebat serta berpengaruh














lagu-lagu melayu terhebat serta berpengaruh
pada pendapat aku
perlu memenuhi kriteria ini;

a. impak pada umum semasa mula2 ia di perdengarkan
b. senikata dan melodi yang lain dari biasa
c. pernah meremangkan bulu roma aku..
aku kira aku sahaja kerana ini senarai pilihan aku..

10 lagu melayu paling hebat serta berpengaruh
mengikut pendapat aku (mengikut susunan tahun dicipta)
adalah:

1. tanya sama hati - p ramlee & normadiah
2. gurindam jiwa - r ismail & rafeah buang
3. seroja - s effendi
4. hingga akhir nanti - alleycats
5. keroncong untuk ana - kembara
6. pelangi petang - sudirman
7. apo nak dikato - blues gang
8. fantasia bulan madu - search
9. hijau - zainal abidin
10. mentera semerah padi - m nasir

sebenarnya aku hanya minat m nasir sahaja..tiada
penyanyi yang kedua.. aku boleh saja masuk 10 lagu
beliau dalam senarai ini tanpa akan mendapat
saingan.. tapi aku harus rasional.. dan tak dapat
menolak kepentingan lagu-lagu yang lain dalam
senarai diatas..

.. tanya sama hati; lagu ini dengan dua versi..
kanak-kanak dan dewasa .. simply brilliant..




.. gurindam jiwa; siapa yang berpendapat
lagu ini tidak hebat.. benar buta seni.. dizamannya
ia merupakan sebutir berlian diantara ribuan pasir..



.. seroja; senikata, melodi dan semangat dari lagu ini
seperti jeram dihulu sungai.. lembut, segar
namun gagah perkasa..




.. hingga akhir nanti; kelainan melodi yang dibawa
melampaui masanya..

.. keroncong untuk ana; sebenarnya ia merupakan
wakil dari sekian banyak lagu hebat dari kembara..
lirik dan lagunya menyentuh setiap dari diri kita semua..
mengingatkan kita bukan pada cinta.. tapi kasih sayang
orang-orang disekeliling kita..

.. pelangi petang; mesti ada satu lagu dari sudirman
.. dan lagu ini paling meremangkan bulu romaku..
senikatanya hebat.. lagu tema persahabatan murni..




.. apo nak dikato; lirik yang tradisional mengimbangi
pengaruh muzik barat dengan cantik sekali..
hingga kita merasa ianya lagu melayu tulin.. lagu
terbaik lagi unik dari kutu blues..






.. fantasia bulan madu; pengaruhnya pada muzik
semasa amat besar.. akibatnya band band rock
cintan tumbuh macam cendawan..





.. hijau; lagu ini telah meletakkan dirinya sebagai duta
pada kesedaran alam sekitar.. lagu yang ikonik dan
perlu ada dalam senarai ini..





.. mentera semerah padi; bukti yang nyata akan kehilangan
loloq dalam persada seni tanah air.. kata-katanya
yang menaikan semangat melayu.. antara lagu
terpenting dalam senarai diatas..

antara lagu yang aku terkilan tidak dapat dimasukan dalam senarai ini
adalah.. suatu masa, kupu-kupu, bonda, kias fansuri, cermin mimpi
( dari kembara dn m nasir) dan beberapa lagi lagu p ramlee,
sudirman alleycats dan tak lupa legenda dari sheila.

.. saja buat pecah kepala tak pasal-pasal..

9 comments:

bokbon said...

Keroncong untuk ana, apo nak dikato, pelangi petang.

lagu bersendirian gua.

wann said...

budi setahun segunung intan - ahmad jais & kartinah dahari, tak terpengaruh ke?

abuyusof said...

@wann.. kalau budi setahun.. masuk dlm senarai ini.. m nasir dah lama gulung tikar..

Bunga Binti Nordin said...

keroncong utk ana... mmg best..
suatu masa pon..
;)


kirim salam abiwafi
;)

abuyusof said...

@bunga.. abiwafi? insyaallah..

ismadi said...

ada satu lagu lagi dari s. jibeng tak tersenarai...bila permata cincinku hilang! terangkat..ikhlas dari hati suci beb...

muhammad rahimi bin hasan said...

salam,

apokalips

ringkas penuh makna.

Sofie Shah said...

Salam,

Hm. So, oppa does listen to other artists afterall..

"Hijau" sangat dalam, terutama kepada "anak alam" spt saya. "Tanya sama hati" just brings back lots of good memories! ^^

Azli said...

takde pink floyd ,dire straits dan bob dylan mana ada sah.. opps malay list..,,!! alt least should ada sohaimi meor or abiet g ade

where's the english list?