Friday, June 12, 2009

1991












rush hour| watercolor on paper| koleksi peribadi|


Tanggal 27hb oktober 1991, jam 10 pagi,
bertempat di Masjid Greenwood,
telah berlangsung satu upacara akad nikah.

Bakal bapa mentuaku dengan mengenggam erat tanganku
(bakal menantunya) melafazkan,
"aku nikahkan dikau Azhar binti Othman orh.. silap."
"Semula," kata wali hakim.
"Aku nikahkan dikau errrr."
"Tarik nafas dan selawat," kata wali hakim lagi.
"Aku khawinkan dikau azhar.."
"Nikah," tegur wali hakim.

Tangan bakal bapak mentuaku yang ada
dalam genggamanku, kurasakan berpeluh.
"Aku nikahkan dikau Azhar bin Othman dengan anakku
Sha.. err Soleha.. ishhhh."
"Semula," ulang wali hakim
"Kalau tak boleh minta wali hakim je buat," tegur seseorang.

Bakal bapak mentua aku tidak perduli. Dia teruskan juga.
Hinggalah lafaz kali yang ke 12 barulah menjadi, dan pernikahan
aku dan isteriku disahkan oleh para saksi.

Begitulah sukar dan berazamnya seorang bapa,
melepaskan anak perempuan yang satu-satunya.

Kalau arwah ayahku masih hidup dan
menyaksikan peristiwa ini pasti dia
kagum. Kerana secekal-cekal dia pun
tak berani mengakad-nikahkan walau seorang dari
5 orang anak perempuannya.

Rasa kasih, hormat dan kagum aku pada
bapak mentuaku bermula disaat itu.
Sehiggalah dia menghembuskan nafasnya
yang terakhir pada 25hb oktober 2003.

Dan keesokan harinya pada 26hb oktober 2003,
kami memperolehi seorang penganti kepada beliau.
Anak aku yang ke 5 dilahirkan. Juga dihospital yang
sama dia mennggal dunia.

Aku menamakan anakku itu Abdullah,
mengambil sempena nama datuknya Abdul Jalil bin Abot.

Aku pernah menghadiahkan bapak mentuaku sebuah
jam tanganTitoni, tapi tak pernah aku lihat dia memakainya.
Dia tetap dengan jam Seiko lamanya.
Bila ditanya oleh isteriku kenapa dia tidak pakai jam itu.
"Sayang" jawapnya sepatah.

Semasa berita tentang seorang kanak-kanak
mati didera oleh bapanya sendiri, sekitar tahun
90an, sedih dan terkesan dengan berita itu,
bapa mentuaku telah menelefon kami minta
bercakap dengan cucunya.

Aku bersyukur kerana mempunyai seorang
bapak mentua yang baik dan penyayang pada
anak menantu dan cucu-cucunya.

Aku percaya ada ramai bapak-bapak
mentua yang baik diluar sana.
Tapi tak ramai aku rasa yang berani mengenggam
tangan bakal menantunya dan melafazkan sendiri
lafaz akad, sedangkan dia tahu yang dianya seorang
yang berdarah gemuruh.

Abah, kami anak-beranak amat
merindui abah.

Semuga Allah mencucuri rahmat keatasnya. Amin.

p/s: Nak mengesahkan cerita akad nikah diatas
boleh tanya Abdullah Jones. Dia pun ada sama.

15 comments:

Basuh Baju said...

encik abuyusof- sekiranya bapa anda masih ada, pasti beliau akan terharu membaca posting ini..

sy sgt tersentuh.

al-fatihah....

Ahmad Belia said...

saudara mempunyai bapak mertua yang baik. syukur.

N Athirah Al-Labuani said...

pesanan drpd SangPelangi: sila semak kesalahan ejaan, tanda baca dan huruf besar/kecil...

P/s: entry saya yg saudara katakan panjang tu sbnrnya menggunakan format penulisan cerpen... lagipun, saya rasa belum terlalu panjang dibandingkan dgn cerpen2 yg saya pertandingkan sebelum ini yg memerlukan 12 muka surat...

abdullahjones said...

cerpen 12 muka? itu namanya NOVPEN.

sophie said...

sudah tukar font nya..
thanx singgah my blog.. =)

kalau rajin singgah lg ke
http://myunknownart.blogspot.com/

abdullahjones said...

http://www.sangpelangi.com/pertandingan-entri-terbaik-hari-bapa-2009.html

abuyusof said...

basuh baju,

terima kasih.. semuga alfatihah awak memberi sejahtera..

ammosham,

syukur tapi rindu..

nathirah,

tak dapat focus baca panjang2 kat sini.. sakit mata.. sori.. nak print tak de kertas..

aj,

nyebuk je mu ni..

sophie,

dah pergi dan komen kat blog u..

aj,

ade lagi..

Unknown said...

bapa mertua kamu sungguh berani dan prihatin terhadap keluarga kamu...

aku harap suatu hari nnt akan peroleh bapa mertua seperti itu... insyaAllah...

@xiM said...

KENANGAN YANG INDAH PASTI TAKKAN LUPUT DARI INGATAN SAMPAI BILA-BILA KAN..

:)

al-Fatihah untuk artwah bapa mertuamu..

Ariff Budiman said...

Salam
Tahniah juga dari8 saya untuk saudara. Memang susah juga untuk membiasakan diri kita dengan keluarga yang baru. Saya amat merindui akan anak2. Apa yang saya dapat buat ialah menbahagikan masa antara anak dan isteri. Tidak mudah juga untuk melupakan kenangan indah bersama isteri tercinta yang telah tiada namun hidup perlu diteruskan. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk mengharungi hidup ini. Amin

Anonymous said...

ayah sy nikahkan anak pertamanya dgn alasan nnt org kg kata anak haram pulak.
(padahal sy tau ayah sgt besar hati akhirnya dpt merasa pengalaman indah bg seorang bapa yg punya ank perempuan)

haihh suka x nak mengaku tau.

Ami Farhani MNA said...

masha Allah..
kagum saya dengan arwah bapa mertua abuyusof.moga arwah berbahagia di sana hendaknya..ameen

ps::suka saya membaca entri2 di sini. pohon diletakkan link di blog saya ya. terima kasih

abuyusof said...

yob,

..doa saya utk kamu.

@xim,

..tq :)

saudara ariff,

..tabah menghadapi hidup yang singkat ini.

zurina,

..tak rugi sangka baik dgn orang
lebih2 ayah sendiri..

ami,

tak perlu tanya link kan saja semua orang pun suka peroleh perhatian tak kecuali saya.. tq kembali..

Unknown said...

tahniah! entri ni dapat salah satu hadiah untuk pertandingan hari bapa tu!

suara said...

Salam...
Tahniah atas kejayaan mendpt salah satu hadiah dari Sang Pelangi.

Seperti kata Rudy... Tergelak di awalnya, tapi tersendu di akhirnya...

Al-Fatihah buat ayah mertua anda...