Monday, June 22, 2009

sentuh siti sikit














gambar diatas diambil dari satu cerita tentang datuk siti(datuk siti mana lagi!) didalam NST ahad 21hb lepas.. ada kumpulan soalan-soalan yang diringkaskan dan jawaban balas siti pada soalan itu yang lebih ringkas.. oleh kerana paper ini dalam BI soalan dan jawapannya mesti dalam BI juga kan..

saya terpanggil untuk ulas hal ini bukan sebab saya peminat..
tidak juga saya membenci.. saya tak ada apa-apa dengan siti..
tapi ada beberapa perkara yang saya tidak faham tentang soalan dan jawapannya..

soalan 1

orang tu tanya "sister siti sairah or siti saida" siti jawab " my mum, siti salmah"
apa sebenarnya orang tu tanya.. saya agak.." which of your sister do you closer to, siti sairah or siti saida".. adakah siti tak faham soalan bila dia jawab my mum siti salmah.. memanglah semua orang tahu dia sayang dan rapat dengan mak dia.. tak tanya pun orang tau..

berhati-hati menjawab soalan lebih-lebih soalan dari wartawan.. belum kira soalan dari peguam.. orang boleh buat macam-macam andaian dari jawaban yang kita beri..

soalan 2

"bad boy or boy-next-door".. saya rasa soalan panjang dia berbunyi " Whom do you attract to, a man with a bad boy image or man with the boy-next-door image"..
siti jawap "bad boy".. ini seperti membuka pekong didada suami sendiri ni.. jangan gitu.. tipu sikit apa salahnya.. untuk menjaga suami.. jawapan yang tak macam siti.. bad boy dalam bahasa orang putih bukan makna budak nakal ia agak lebih dasyat maknanya dari budak jahat dalam bahasa melayu.. siti tak faham agaknya.. datuk k bad boy, woooo kinky..

soalan 3

pass

soalan 4

"diamonds or luxury watch"... siti suka daimonds.. siti dalam bab ni memang kurang pengetahuan.. kebanyakan jenama jam 'super' seperti patek philippe, breguet, cartier, bovet, bsn(sekadar memberi beberapa nama) biasanya bertatahkan berlian pada jam mereka.. tapi berlian bukalah yang menyebabkan mereka mahal tapi design, 'workmanship' dan enjin jam itu punya complication.. jam yang harga 1 juta misalnya kalau dibuang berlian dia masih berharga sekitar 700,000.. tapi berlian yang dibuang tadi di berli oleh habib jewel akan dijual dengan harga kurang dari 100,000 ribu.. kalau pilih jam siti dapat jam dan berlian dengan harga yang jauh lebih mahal.. malangnya siti pilih berlian.. ruginya.. kalau sesak-sesak pun.. jam lebih senang dijual berbanding belian semata.. kalau siti nak berlajar beli jam jumpa saya..

soalan 5-11

pass

soalan 12 & 13

sebenarnya soalan 12 adalah soalan 13 begitu juga sebaliknya.. ianya telah ditukar turutannya.. ini tidak lain supaya tidak mengaibkan datuk siti.. sebab ianya tidak menjadi kebiasaan orang bertanya bergitu..
biasanya orang mesti tanya pasukan dulu kemudian baru tanya permain.. saya agak ini soalan trick dari wartawan saja nak mainkan siti.. so bunyinya agak begini..
"which team do you support man united or liverpool"
"liverpool"
"which of the liverpool player do you like to watch, ronaldo or beckham"
"ronaldo"

tak mungkin siti seorang yang mengikuti atau arif tentang EPL.. dia kata liverpool kerana datuk k minat liverpool(berani potong).. kerana datuk k remaja zaman 70an.. sebab di zaman tu(kecuali saya) semua orang adalah penyokong liverpool.. siti adalah remaja zaman eric cantona dan beckham, dia jadi harus sokong man united kalau dia ikut EPL.. berhati-hati menjawab soalan..

soalan 14

pass(apa punya soalan ni dan apa punya jawaban) patutnya wartawan ni dah kena pelempang.. kalau tak maknanya siti tak tau apa itu G-string..


10 comments:

lyza said...

ekekek...datuk k kinky..ewww

kalau tanya saya soalan 14, panties or G-string?
saya akan jawab, komando..

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

Keh keh keh..

Water Lily said...

Peanting untuk memahami BI ni. Sijil tanpa BI memang lepas tapi kurang nilai.

Tapi jgn pulak dok agong-agongkan seolah bahasa tu yang beri kita rezeki.

Kesian,susah kan jadi orang popular :)

Rajuna said...

atau sebenarnya siti peminat alistair edward, abas saad dan ervin boban?

Unknown said...

walau pe pn jawapan siti, aku still minat die :p

abuyusof said...

wann,

kena flying kick itu wartawan

pp,

ketawakan org kampung aok..! jgn gitu ah..

lily,

baca NST sebab murah..

rajuna,

dah lama tak dengar nama2 tu..mana mereka sekarang..

yob,

molek sikit.. bini orang tu yob..

Anonymous said...

kesian siti..
diperkotak katikkan.

FdausAmad said...

gua ada cerita ngan kak siti ni..lusa gua buat entry..

Najwa Aiman said...

14. None

Anonymous said...

hepp hepp jgn sentuh byk.
org kg tu..;)